Altantuya Shariibuu, model Monggolia yang telah dibunuh kejam oleh dua anggota UTK Malaysia, sekiranya masih hidup akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 31 esok, Rabu.
Esok ayuh kita bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (S.A.M.M) menghantar kek Hari Jadi Altantuya dan surat mendesak PM harus segera mngambil tindakan saman 19 media dunia yang menyatakan Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Tindakan segera harus diambil kerana ia melibatkan imej negara. Media tersebut harus digesa menarik artikel dan memohon maaf.
Jangan hanya bertegas dengan media dan blooger dalam negara sahaja. Jika tidak ada tindakan maka rakyat berhak menajatuhkan hukuman mempersembahkan cadangan kepada DYMM Yang di Pertuan Agong agar diwujudkan untuk menyiasat keseluruhan kes Altantuya.
Sempena u/tahun kelahiran Altantuya jom bersama Solidariti Anak Muda Malaysai menghantar Kek Hari Jadi dan surat desak PM Malaysia, di hadapan JPM Putrajaya jam 11.oo pagi, 6 Mei 2009.
Kes Altantuya ini tidak akan terpadam begitu sahaja dalam masa terdekat, kerana sebuah stesen TV Hong Kong akan menyiarkan drama bersiri mengenai pembunuhan Altantuya di Malaysia. ... seterusnya DI SINI
No comments:
Post a Comment