02 May 2009

Umno Kedah - Kenapa Mesti Bertuankan Orang Luar?

Surat dari seorang ahli Umno Kedah - Saad Nordin - kepada BERNAMA

Misi nak rampas balik Kedah dari parti pembangkang dilihat sebagai mimpi sahaja kerana teori "seberang" yang mahu dilaksanakan di Kedah tidak akan menjadi.

Sebagai ahli Umno Kedah, saya terasa amat malu kerana terpaksa "bertuankan" orang luar untuk jadi pengerusi Badan Perhubungan Kedah.

Majlis Tertinggi Umno perlu memikirkan kembali tindakan membawa masuk orang luar ke Kedah sebagai pengerusi Badan Perhubungan kerana di Kedah masih ramai pemimpin yang mampu merampas kembali Kedah dari pembangkang. Tetapi kerana mereka yang ada kuasa di peringkat bahagian di Kedah "takut bersuara", maka inilah sebenarnya berlaku...beku dan kaku... Mungkin inilah budaya dalam Umno agaknya. Apabila permimpin berundur, mereka sudah tidak ada tempat lagi dalam parti.

Jangan disamakan keadaan Kedah dengan tindakan MT melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang. Politik Pulau Pinang lain, politik Kedah lain. Sebelum terlambat, bawa bincang-bincanglah. -- seterusnya DI SINI

di petik dari BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

orang kedah sendiri pun tumbang inikan pula orang sabah.............bawa masuk banyak2 duit dari sabah belum tentu boleh lagi. kes samala dgn dulu2 nak lantik raja N9, semua puak2 daerah gaduh, nak bagi adil pangge raja dari seberang.......lantik saja TUN M habis cerita

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive