keadaan proton wira yang remuk
Dalam perjalanan pulang dari PWTC, sebab ada kerja sikit disana, bukan kerja dengan Umno tapi aku terlibat dalam kerja-kerja di belakang tabir Anugerah Industri Muzik (AIM) yang akan diadakan pada malam besok (malam Sabtu) aku ke Ampang untuk pekena nasi kandar pelita. Lepas dah kenyang dan semua dah selesai aku pun balik melalui MRR2.
Sampai saja di susur keluar Bandar Tasik Selatan, lebih kurang 12.20 tghmlm, alamak teruknya jam kat sini. Aku dah agak tak lain tak bukan mesti ada kemalangan ni kalau tengah-tengah malam macam ni. Dulu pun seorang perempuan melayu dengan tiga lelaki cina menemui ajal nya lebihkurang jam 5 pagi juga disini.
Sah ada kemalangan dijalan bertentangan iaitu dari arah Bukit Jalil menghala Ampang. Jalan ditutup kerana dua buah kereta yang berlanggar telah menghalang lalulintas. Sebuah proton wira aeroback dan sebuah honda civic.
Seorang lelaki India telah terkorban, iatu pemandu proton wira yang dalam perjalanan dari arah Ampang menuju Bukit Jalil, telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar honda civic yang datang dari arah Bkt Jalil menuju Ampang. Pemandu honda civic tidak pula diketahui keadaannya.

No comments:
Post a Comment