31 May 2014
29 May 2014
Hasan Malek terlibat kemalangan
.KUALA PILAH: Domestic Trade, Cooperative and Consumerism Minister Datuk Seri Hasan Malek was involved in a minor road accident involving two cars at Km2 of the Jalan Melang-Kuala Pilah on Wednesday night.In the 8:20pm incident, Hasan along with his driver Nordin Mohammad and bodyguard Sergeant Mohamad Noor was in a Toyota Harrier sport utility vehicle (SUV) travelling from the Kuala Pilah parliamentary office heading to Hasan's home in Seremban.
Kuala Pilah police chief Superintendent Azmi Abdul Rahim said when the SUV approached a T-junction, a Honda City suddenly came out into the SUV's path.
14 May 2014
DS Anwar Ibrahim & Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di KL
Pengarah Komunikasi KEADILAN
19 November 2013
Seorang maut, 7 cedera nahas dekat Terowong Menora, Ipoh
ROSAK... Kelihatan salah sebuah kenderaan kelihatan remuk selepas terbabit dalam kemalangan di KM 257 Laluan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora arah utara yang melibatkan dua buah treler dan dua buah kereta di Ipoh pada Isnin. -Foto BERNAMA17 August 2013
Ustaz Azhar Idrus kemalangan
Keadaan kereta jenis Volkswagen Golf GTI milik penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus yang terbabit dalam kemalangan apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Kampung Pengadang Baru di Kuala Terengganu, Sabtu.KUALA TERENGGANU: Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus terbabit dalam kemalangan apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Kampung Pengadang Baru di sini, Sabtu.Dalam kemalangan kira-kira 7.45 pagi itu Ustaz Azhar dan isterinya selamat dan tidak mengalami kecederaan manakala pemandu sebuah lagi kereta dan anak saudaranya cedera dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ) di sini.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata kemalangan itu berlaku ketika Ustaz Azhar atau nama sebenarnya Zamrul Idrus, 49, dan isterinya dalam perjalanan ke Bukit Payung di Marang."Ketika tiba di tempat kejadian, kereta jenis Volkswagen Golf GTI yang dipandu Ustaz Azhar bertembung dengan kereta Proton Iswara dari arah bertentangan. Dia dan isterinya tidak mengalami kecederaaan."Pemandu kereta Proton Iswara, Che Daek Abdul Rahman, 58, mengalami kecederaan di bahagian dada manakala anak saudaranya, Iskandar Mohd Saidi, 12, bengkak di kepala akibat terhantuk dan luka di tangan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.Di TERENGGANU Zamri berkata Ustaz Azhar membuat laporan polis pada kira-kira 11 pagi di Balai Polis Trafik Daerah Kuala Terengganu dan telah memberikan keterangan berhubung kemalangan itu.Sementara itu, Ustaz Azhar ketika ditemui pemberita enggan mengulas berhubung kemalangan itu. - BERNAMA
13 December 2012
Datok K patah bahu tangan dan kaki dalam kemalangan di New Zealand. Siti batal konsert
“Salam, maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua team konsert, CT tak dapat ke sana kerna ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahami ya.”
05 July 2012
12 November 2011
Saya hanya memikirkan akan mati sambil teringatkan wajah ibu.- Farhana
25 June 2011
Pesawat papa terhuyung-hayang - Anak Allahyarham
Nur Ilyani yang juga anak kedua daripada lima beradik itu berkata, arwah bersama ibunya pergi ke Padang dari Melaka kira-kira jam 2 petang kelmarin.
“Sebaik mama melihat keadaan pesawat yang dipandu papa itu, dalam hati mama terdetik akan kejadian itu kerana mama sering mendengar cerita daripada rakan mengenai keadaan pesawat sebelum terhempas.
“Mama sangat terkejut dengan kejadian itu. Selepas terhempas saya difahamkan papa diberi bantuan kecemasan dan dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Surau Nur As-Sobirin, Bandar Tasik Puteri, Rawang, di sini.
18 May 2011
Dakwa pencegah maksiat sebabkan kematian - Dr Asri
[Berita penuh menyusul]
21 December 2010
Kemalangan di Cameron Highlands -"Kepala mereka pecah dan otak bertaburan di atas jalan"

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, 24 pelancong Thailand dan tiga rakyat tempatan terbunuh manakala 10 lagi parah apabila bas persiaran dua tingkat dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, berhampiran Kampung Juang, di sini.
Monat berkata, sebelum kejadian dia yang memandu Proton Satria bersama seorang di sebelahnya, melihat bas terbabit yang datang dari arah bertentangan meluru laju ketika muncul dari selekoh tajam di depannya.
Melihat keadaan itu, dia memperlahankan kenderaan kerana tidak sedap hati melihatkan keadaan badan bas dua tingkat itu yang tidak stabil dan senget seperti mahu terbalik.
“Firasat saya benar-benar berlaku apabila bas itu merempuh konkrit pembahagi jalan menyebabkan ia terbalik ke laluan bertentangan dan menggelongsor sebelum terhumban ke dalam longkang satu meter,” katanya.
Menurutnya, jarak kereta dipandunya dengan tempat bas itu terhumban ke dalam longkang kira-kira 50 meter.
“Tindakan saya memperlahankan kelajuan menyelamatkan nyawa saya dan rakan kerana jika tidak pasti kereta kami dihimpit bas itu kerana kenderaan kami berada di depan sekali ketika kejadian,” katanya.
Monat berkata, selepas memberhentikan kenderaannya, dia bersama rakan segera ke tempat kejadian dan hatinya sayu apabila melihat ramai penumpang bergelimpangan atas jalan.
“Sebahagian besar mereka parah dan sudah tidak bergerak, dipercayai sudah meninggal dunia. Saya mengangkat beberapa mangsa yang parah ke tepi jalan,” katanya.
Seorang lagi saksi yang menaiki bas henti-henti yang ketika itu berada tidak jauh di belakang kereta dinaiki Monat, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, berkata dia tidak berani membantu mangsa kerana begitu ngeri melihat keadaan beberapa penumpang terutama yang tercampak atas jalan dan diseret bas.
Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Damai, di sini, berkata dia menaiki bas itu bersama tiga rakannya untuk bercuti ke Cameron Highlands.
“Bas kami berhenti mengejut sebelum pemandu memberitahu berlaku kemalangan. Saya bersama rakan turun untuk menghulurkan bantuan selepas melihat dari jauh terdapat ramai orang bergelimpangan atas jalan.
“Bagaimanapun, saya membatalkan hasrat itu kerana terlalu takut melihat keadaan mangsa yang bergelimpangan dan tersepit dalam bas dalam keadaan mengerikan.
“Saya percaya kebanyakan mangsa sudah meninggal dunia selain kaki dan tangan mereka patah, malah kepala beberapa mangsa juga pecah dengan otak bertaburan atas jalan. Keadaan ketika itu begitu menyayat hati dan menakutkan,” katanya - Metro
Bas melulu ketika turun bukit Cameron Highlands - Berita Harian
SIMPANG PULAI: “Saya melihat bas persiaran itu terhoyong-hayang dan laju turun bukit membelok selekoh tajam. Selepas itu, bas dua tingkat itu terus langgar konkrit pembahagi jalan sebelum terbalik ke dalam longkang dengan bahagian bumbung menghentam batu bukit,” kata Monat Rahen, antara saksi terawal yang melihat kemalangan itu di Kilometer 15 di sini, pagi semalam. Monat, 19, berkata, dia menyaksikan kejadian itu ketika bersama seorang lagi rakan menaiki kereta dalam perjalanan menghala ke Cameron Highlands. “Kami lihat ada penumpang tercampak keluar dari bas, termasuk kanak-kanak dan warga emas. Keadaan menjadi cemas apabila kebanyakan penumpang cedera dan menjerit meminta tolong,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Seorang lagi saksi, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, berkata ketika tiba di kawasan kemalangan itu, dia melihat ada seorang warga emas berusia lingkungan 60-an sudah tercampak keluar dari kenderaan itu.
Dia juga melihat mayat bergelimpang atas jalan raya, termasuk ada kanak-kanak terbaring dalam longkang dipercayai tercampak dari bas serta beberapa mangsa yang cedera dan berlumuran darah keluar dari bas yang terbalik.
“Saya bersama tiga lagi rakan lain dalam perjalanan bercuti di Cameron Highlands menaiki bas henti-henti bersama lebih 10 penumpang lain. Pemandu bas kami terpaksa menghentikan kenderaan selepas laluan itu ditutup. Saya dan penumpang lain berusaha membantu, tetapi keadaan terlalu ngeri.
“Tangisan dan jeritan meminta tolong kedengaran dari bas yang terbalik, selain kelihatan banyak darah di bahagian tempat duduk. Sejurus kemudian, pasukan penyelamat tiba dan saya melihat ada mayat dibawa keluar dari bas berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Ahmad Aminudin Abdul Rahim, berkata ketika tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari, beliau melihat ada beberapa tubuh bergelimpangan di jalan raya dan ada yang terhumban dalam longkang, tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa sudah meninggal dunia.
Bagaimanapun, katanya, kebanyakan kepala dan tubuh cedera parah, manakala semua mangsa dalam bas tersepit di tempat duduk.
“Saya ada nampak seorang kanak-kanak dalam bas dan mendengar bunyi orang mengerang kesakitan, jadi kami berusaha menyelamatkan nyawa mereka,” katanya.
Beliau berkata, mangsa pertama yang cedera dikeluarkan pada jam 12.13 tengah hari, manakala, mangsa terakhir pada jam 2.55 petang, manakala sebahagian besar mangsa duduk di tingkat atas bas berkenaan - BH
30 November 2010
Kucupan terakhir!

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Hayati Husin, 30-an hanya mampu bersujud sambil mendakap kepala suaminya yang ditimpa batang pokok sebesar dua pemeluk.
Sumber polis trafik berkata, kemalangan ngeri itu berlaku apabila Mohd Helmi Hussin, 37, sedang menunggang motosikal bersendirian arah Jalan Raja Chulan, di sini.
Menurutnya, sebatang tunggul pokok setinggi kira-kira 10 meter tiba-tiba tumbang lalu menimpa mangsa yang dipercayai tidak sempat mengelak.
“Difahamkan, mangsa baru saja menghantar isterinya Hayati yang bekerja di sebuah bank tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum menaiki motosikal untuk ke tempat kerjanya di sebuah bank berhampiran Jalan Raja Chulan, di sini.
“Namun, selepas beberapa minit menghantar isterinya, mangsa dihempap tunggul pokok yang rebah menyilang di jalan berkenaan. Kejadian itu menyebabkan kepala dan tubuh mangsa cedera parah dan dia mati di lokasi kejadian,” katanya.
Isteri mangsa yang dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh rakan sekerja bergegas ke lokasi kejadian.
Suasana di tempat kejadian menjadi pilu apabila Hayati dipapah rakan tidak dapat menahan sebak dan kemudian bersujud sambil mencium kepala suaminya sebagai tanda kasih.
Episod sedih itu turut meruntun hati beberapa anggota polis trafik dan orang ramai yang mengerumuni lokasi kejadian.
Anggota polis trafik bersama anggota bomba dan penyelamat serta kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berusaha memindahkan mayat mangsa selain mengalihkan batang pokok terbabit yang menghalang laluan.
Hayati kemudian turut menaiki kenderaan polis menghantar jenazah suaminya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.
Bapa saudara Hayati yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Ngah berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anak buahnya memberitahu mengenai kemalangan kira-kira jam 9 pagi.
Dia yang dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan, bergegas pulang ke ibu kota dan terus ke HKL.
Menurutnya, melalui gambar dirakam kawan arwah di tempat kejadian, dia mendapati pokok itu sudah reput. Katanya, kejadian malang itu mungkin dapat dielak jika pihak bertanggungjawab melakukan pemantauan dan menebang pokok yang boleh membahayakan nyawa.
“Namun, kami reda dengan apa yang berlaku dan berharap perkara seumpama itu tidak berulang,” katanya.
Jenazah mangsa disembahyangkan di Masjid HKL sebelum dibawa ke kampung halaman mangsa di Ipoh, Perak untuk dikebumikan. - myMetro
30 October 2010
Senarai mangsa korban nahas bas di Genting Sempah

Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;
Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;
Mohamad Firdaus Rosedi, 16;
Mohammad Yussof A. Akhit, 16;
Mohd Ridzuan Husin, 17;
Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17
15 October 2010
... apa perasaan anda?... lihat isteri dimamah api di depan mata
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pemandu kereta berusia 40-an itu sempat ditarik keluar oleh orang ramai yang cuba membantu sebaik menyedari kereta dinaiki mangsa mula terbakar.
Bagaimanapun, isteri mangsa yang tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduk hadapan tidak dapat ditarik keluar sebelum kereta itu terbakar dan meletup beberapa kali.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Honda City yang dinaiki mangsa bersama suaminya dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan pelbagai guna Honda CRV.
“Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta mangsa diheret kira-kira 100 meter. Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabit berpusing dan merempuh pembahagi besi di tengah jalan sebelum terbakar,” katanya.
Menurutnya, beberapa pemandu kereta yang melihat kejadian itu membantu mengeluarkan mangsa sebaik menyedari api mula marak membakar kereta mangsa.
“Bagaimanapun, hanya suami mangsa berjaya dikeluarkan manakala isterinya, Loo Chooi Wen, 42, gagal diselamatkan. Identiti suami mangsa belum dikenal pasti.
“Pada masa sama, pemandu Honda CRV yang merempuh mangsa berjaya ditarik keluar oleh orang awam. Kedua-dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya.
Bagaimanapun, pemandu CRV terbabit hanya cedera ringan.
Katanya, satu jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak dipanggil bagi memadamkan kebakaran sebelum mengeluarkan mayat mangsa yang rentung.
“Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
“Berdasarkan siasatan, polis menemui kesan brek pada permukaan jalan menunjukkan kenderaan terbabit cuba berhenti selepas berlanggar, namun diseret hingga merempuh besi penghadang jalan,” katanya.
Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
14 October 2010
Lagi Kemalangan Maut : 6 terbunuh di Kampar
KAMPAR, 14 Okt —Enam orang, iaitu empat lelaki dan dua perempuan, terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang pokok dan terbakar di tepi jalan di Km 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Abdul Aziz Salleh berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu ialah pemandu kereta Lim Kar Wai, 20, Yap Heng Loong, 21, Soo Poi Wan, 18, Wong Chee Keong, 23, dan Tang Wai Leong, 18.
Seorang lagi mangsa wanita yang masih belum dikenal pasti identitinya, meninggal dunia di Hospital Kampar pada pukul 4.50 pagi, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata lima mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan mengalami kebakaran 80 peratus di badan.
Kesemua mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.
Abdul Aziz berkata kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Lim dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampar dikatakan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh sebatang pokok di kanan jalan dan terbakar.
Akibat kemalangan itu, kereta jenis Honda City tersebut musnah terbakar dan pasukan bomba dan penyelamat dari sini dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran dan mengeluarkan kesemua mangsa. — Bernama
11 October 2010
Senarai 12 mangsa kemalangan lebuhraya
Polis melaporkan mereka terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.
Mangsa tersebut ialah
Tiga lelaki warga Myanmar itu ialah
Pemandu van Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat,
Melaka hulur sumbangan pada mangsa kemalangan lebuh raya
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) berkata kerajaan negeri memberikan bantuan sebanyak RM1,000 bagi menguruskan pengkebumian setiap jenazah manakala mangsa yang cedera parah juga diberi RM1,000 dan cedera ringan sebanyak RM500.
“Kepada semua keluarga yang terlibat saya harap mereka bersabar,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah mangsa kemalangan itu di Hospital Melaka di sini, awal pagi hari ini.
Turut menziarahi mangsa, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan isteri Toh Puan Zurina Kassim, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.
Dalam kemalangan ngeri jam 6.40 petang semalam, seramai 12 orang maut manakala lebih 40 lagi cedera.
Semua mangsa yang meninggal dunia dan 11 yang cedera dihantar ke Hospital Melaka manakala mangsa lain dihantar ke Hospital Tampin dan Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban.
Mohd Ali akan mencadangkan kepada kerajaan supaya had laju bas ekspres dihadkan tidak melebihi 90 km sejam, sebagai langkah membendung kemalangan seumpama itu.
Suasana sedih dan tangisan anggota keluarga menyelubungi suasana bilik mayat hospital Melaka sebaik jenazah 12 mangsa kemalangan itu tiba pukul 12 tengah malam tadi.
Mohd Ali berada di bilik mayat itu sehingga pukul 4.30 pagi tadi bagi mententeramkan anggota keluarga yang begitu sedih selepas dipanggil untuk membuat pengecaman jenazah terbabit.
Sebuah balai polis bergerak diwujudkan berhampiran bilik mayat itu bagi memudahkan anggota keluarga terbabit berurusan.
Setakat ini, kawasan bilik mayat itu dipenuhi dengan anggota keluarga mangsa yang menunggu untuk membawa pulang jenazah bagi dikebumikan di kampung masing-masing hari ini.
Bedah siasat dan pengecaman mangsa yang terbunuh dijangka selesai pagi ini. — Bernama
11 September 2010
Kanak-kanak mati digilis keretapi di Kajang
Kajang Police Chief ACP Sakaruddin Che Mood said the incident happened when Affissyau Qi Abdul Zaman 11 could not free his leg which had become trapped on the railway track
“The victim was with four other friends who however escaped unhurt ” he added Affissyau Qi’s body was sent to the Serdang Hospital and police are investigating the case – Bernama
07 September 2010
Pesawat terhempas di Gunung Pulai
Sebuah pesawat dua tempat duduk telah terhempas di Gunung Pulai semasa melakukan penerbangan latihan pada kira-kira jam 9.45 pagi ini.12 July 2010
Akibat "Drink and Drive"
Kemalangan berlaku dipercayai akibat mereka, mungkin juga pemandu mengambil minuman keras semasa memandu. Bau minuman keras yang kuat dapat dihidu dari 3 rakan pemandu yang terselamat. Mengikut kata saksi, kereta tersebut melambung selepas melanggar pembahagi jalan sebebelum terbalik.
Keadaan kemalangan yang mengakibat kesesakan lalulintas yang teruk sehingga jam 10 mlm
Orang ramai cuba mengeluarkan pemandu yang tersepit
Ketibaan pasukan Bomba dan Penyelamat











