Dato’ Siti Nurhaliza juga telah menulis pesanan buat peminatnya di Twitter tentang pembatalan konsert pada malam ini di Banjarmasin.
Pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Sangdewi juga turut menyiarkan status berkenaan dengan hal ini di Facebooknya:
Budiey pun mencari kepastian di Twitter dan menjumpai jawapan. Setelah beberapa jam, satu berita telah disiarkan di Utusan Online di mana berita ini memberitahu suami kepada Dato’ Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid atau terkenal dengan gelaran Datuk K telah terlibat dalam satu kemalangan di New Zealand.“Kita merancang Allah menentukan. Setiap sesuatu yg terjadi itu ada hikmahnya. Moga segalanya baik-baik sahaja. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Doa kami semua mengiringi, insyaAllah, tabah hati, dan senantiasa dlm lindungan Allah s.w.t. Kekal cekal. -Sangdewi buat boss. KL-Jakarta-Pekan Baru-Jakarta- KL. (Tidak ke Banjarmasin wpun kami sudah berada di dlm kapal terbang tadi..).”
Suami penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa cedera dalam kemalangan di New Zealand hari ini dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Menurut Siti Nurhaliza, suaminya yang menunggang motosikal kuasa besar mendapat kecederaan patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya tidak membimbangkan.
Berita ini mengingatkan Budiey dengan gambar-gambar yang pernah Budiey lihat di internet seketika masa dulu di mana sebelum ini, Datuk K ada naik motor bersama Siti Nurhaliza- seterusnya
No comments:
Post a Comment