13 December 2012

7 parah Van rempuh Bas Express di Plaza Tol Jitra


ITRA: Tujuh termasuk pemandu parah apabila van yang dinaiki warga kerja Universiti Utara Malaysia (UUM) merempuh sebuah bas ekspres di Plaza Tol Jitra, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, van yang dalam perjalanan dari Alor Setar ke UUM di Sintok tersebut merempuh bahagian belakang bas ekspres dari Kota Baharu, Kelantan yang sedang menunggu giliran membayar tol. 

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Ibrahim Mohamed Yusuf ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata van tersebut dipercayai dipandu laju.

Akibat rempuhan itu, bahagian depan van remuk teruk mengakibatkan pemandu yang dikenali sebagai Mohd Esman Osman, 54 serta penumpang hadapan tersepit, katanya.

Semua yang parah kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), sementara tiada penumpang bas ekspres itu cedera, katanya. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive