10 May 2009

Najib Semakin Buas

Belum pun mencapai usia dua bulan Najib diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6, dan walaupun tiada sebarang ucapan tahniah dari ketua-ketua negara luar, tapi anak Tun Razak ini akhir-akhir ini telah pun dikenali diseluruh dunia.
Mungkin juga demi kerana untuk menarik perhatian dunia , maka najib telah mengarahkan Tragedi 7 Mei Ipoh ini demi untuk menaikkan nama nya sebagai seorang PM yang pada awalnya kurang diambil perhatian oleh dunia luar.
Sudah tentu lah kini najib razak telah pun menjadi sebutan ramai, bukan saja di luar negara malahan di dalam negara juga. Sebut saja Tragedi 7 Mei Ipoh sudah pasti nama najib akan disabitkan.
Segala-galanya adalah berpunca dari angkara najib. Bermula dengan peristiwa 3 katak lompat disusuli pula dengan "rampasan kuasa haram" dan seterusnya adegan dalam DUN Perak Khamis lepas.
Najib lah perancang utama segala kekalutan ini. Bukan mamak zambry, mamak ni hanya pelakun sahaja. Pelakun-pelakun lain termasuk lah Ketua Polis Perak, S/U Kerajaan Negeri dan ADUN-ADUN BN. Meraka ini hanya melakunkan menurut skripseperti yang telah sediakan oleh najib.
Malaysia semakin sempit. Sempit untuk bergerak. Sempit untuk bersuara. Sempit untuk segala-galanya. Rakyat langsung tidak dibenarkan bersuara. Kebebasan tersekat dek tindakan-tindakan yang kadang-kadang diluar pemikiran kita sebagai seorang manusia yang normal.
Cubalah saudara-saudara berkumpul dengan berpakaian hitam sekarang ini. Sudah pasti saudara akan dihumbamkan kedalam lokap. Merancang untuk mengadakan Solat Hajat juga adalah satu kesalahan dibawah slogan 1Malaysia najib. Hj Mohd Sabu ditahan ala sebuah filem aksi di Kuala Lumpur semata-mata kerana merancang untuk mengadakan solat Hajat di Ipoh pada pagi 7 Mei baru-baru ini. Pernahkah saudara/i terfikir mengajak orang ramai untuk mengadakan solat hajat itu satu kesalahan? Tak pernah kan...
Walau bagaimana pun mahkamah lebih memahami erti kebebasan rakyat. Hj Mohd Sabu dibebaskan tanpa sebarang dakwaan. Yang belum faham, yang tak reti-reti bahasa adalah musa hassan.
Saudara/i juga tidak terfikir yang perjumpaan untuk menyambut ulang tahun PKR di Taman Tasik Puteri Rawang semalam yang mana telah diberikan permit terlebih awal juga telah menjadi satu kesalahan. Perjumpaan tersebut terpaksa dipindahkan ketempat lain setelah pihak polis dan penguatkuasa MDS menyerbu dan merobohkan gerai-gerai dan khemah-khemah yang telah siap didirikan untuk sambutan ini. Apakah alasan pembatalan permit tersebut? Takut kepada kebangkitan rakyat?
Dan yang terbaru berlaku di Sitiawan malam tadi di satu majlis anjuran DAP. Pihak polis telah bertindak merempuh dewan orang ramai serta merampas peralatan audio-video apabila penganjur menayangkan video yang memaparkan peristiwa didalam Dewan Undangan Negeri Perak. (disini) Majlis yang dianjurkan secara tertutup itu turut dihadiri oleh Speaker Dun V.Sivakumar, ADUN Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming. Najib kini sedang mempergunakan polis sewenang-wenangnya sebagai perisai untuk terus berkuasa.
Saya terbaca dalam akhbar hari ini, antara lain sepupu najib berkata, merujuk kepada tindakan-tindakan polis akhir-akhir ini adalah atas alasan untuk menjaga ketenteraman awam. Tapi saya ingin bertanya kepada hishamuddin, apakah dengan memakai pakaian hitam, atau mengadakan solat hajat, atau berkumpul untuk sambutan seperti di Rawang atau menonton video peristiwa 7 Mei di Ipoh itu boleh menggugat ketenteraman awam?
Untuk najib, berilah sedikti ruang kepada Pakatan Rakyat untuk sama-sama bersuara. Bukakanlah sedikit ruang untuk rakyat menyuarakan apa yang terbuku dihati, ketidakpuasan yang terpendam. Bukan untuk menjahanamkan negara.
Untuk KPN, saya tak nafikan, segala-gala yang dilakukan hanya kerana ingin menjaga periuk nasi, tapi berpada-pada dan bertimbang rasa lah apabila berhadapan dengan rakyat. Memang PDRM berkuasa, tetapi rakyat juga inginkan sedikit ruang untuk bersuara. Bertindaklah seperti seorang manusia, bukan haiwan ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive