18 May 2009

POLIS - Jangan berkumpul di SUK Perak

IPOH: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkumpul di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai hari ini bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdulah, berkata polis akan mengambil tindakan kepada mereka yang tidak mematuhi arahan ini."Polis diarah berada di kawasan bangunan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku", katanya.

Pejabat Menteri Besar Perak dan anggota EXCO kerajaan negeri terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Selain polis, beliau berkata, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga diarah berkawal di bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu.

Katanya sehingga jam 6.30 petang semalam keadaan adalah terkawal.-Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Ok lah Polis!!! mari semua rakyat Perak berkumpul di Pangkor.
Zambrie GanDela tu ketutunun siapa? tolong semak sikit...!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive