Setelah berjaya memporak perandakan DUN Perak dengan tindakan tak bertamaddun anak buah nya yang diketuai oleh mamak Zambry, apakah tindakan najib seterusnya? Apakah najib sedang tersenyum lebar kerana segala apa perancangan buruknya dari awal lagi telah berhasil.
Kini najib sedang berperah otak untuk strategi seterusnya... Menawan Penanti.
Kini najib sedang berperah otak untuk strategi seterusnya... Menawan Penanti.
Sebab itu lah pengumuman penyertaan bn dalam PRK Penanti sengaja dilengah-lengahkan. Pelbagai strategi buruk kotor bakal dilaksanakan demi untuk survival masa depan politik beliau dan juga umno/bn
Umno najib mungkin boleh mendabik dada, setelah berjaya menguasai DUN Perak dengan "mengheret" keluar V Sivakumar dari kerusi Speaker nya secara paksaan. tapi najib terlupa tindakan ala "Rambo" nya itu telah menyemarakkan lagi rasa kebencian rakyat seMalaysia khusus nya warga Perak sendiri terhadap kepimpinan 1 Malaysia yang di laung-laungkan nya. Tindakan najib dan konco-konconya ini telah memakan diri sendiri.
Untuk jangka pendek najib dan mamak zamby boleh merasa lega, puas hati, tapi bagaimana untuk jangka panjang. Mahathir pernah berkata melayu mudah lupa, tapi rakyat tak akan mudah untuk melupakan tragedi "7 Mei DUN Perak".
Apa pun keputusan najib untuk PRK Penanti yang telah dirancangkan nya sebelum ini mungkin kini terpaksa dirombak kembali. Kalau pun benar BN tidak akan menyertai PRK Penanti, kini perancangan itu hampir-hampir akan menjadi kenyataan. Najib tak mahu dimalukan sekali lagi.
Kalau dihitungkan penerimaan rakyat setakat ini, sudah pasti bn najib akan tersungkur teruk sekali lagi dalam PRK Penanti nanti, Insyaallah.
No comments:
Post a Comment