08 May 2009

Sivakumar dah buat lapuran, Apa Tindakan Polis?

Speaker DUN Perak, V. Sivakumar ... Berdasarkan kepada fakta di atas, saya mendapati mereka yang terlibat dalam kejadian (yang disebut) di atas telah melanggar Seksyen 124 dan 323 Kanun Keseksaan dan undang-undang lain.

"Dan dengan ini saya datang meminta pihak polis mengambil segala tindakan undang-undang yang wajar supaya membela kedaulatan undang-undang negara dan menegakkan keadilan," adunya lagi kepada polis ...

V Sivakumar, Speaker DUN Perak, telah pun membuat lapuran polis atas apa yang telah berlaku ketika persidangan Dewan yang penuh kontrovesi dalam sejarah Malaysia semalam. Lapuran telah dibuat di IPD pada jam 11.30 pagi tadi seperti yang dilapur oleh Malaysiakini.

Berdasarkan pengalaman, pihak polis agak lembab sikit untuk mengambil tindakan bila lapuran dibuat oleh pihak pembangkang. Tidak seperti lapuran yang dibuat terhadap Hj Mohammad Sabu (lapuran oleh polis sendiri) yang kononnya ingin menganjurkan perhimpunan haram di Ipoh semalam. Begitu cepat polis bertindak.

Kita tunggu saja apa tindakan polis terhadap lapuran Sivakumar ini ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive