KUANTAN [12.45 pm] - Seramai 101 orang ahli UMNO Felda Lepar Utara dekat sini bertindak menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam. Majlis penyerahan borang telah disempurnakan oleh Dato' Fauzi Abd Rahman (foto), Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang dan dihadiri oleh kira-kira 200 orang penduduk setempat.
Majlis penyerahan borang keahlian semalam telah diketuai oleh Saudara Atan iaitu bekas Ketua Cawangan UMNO Lepar Utara. Menurut beliau, keputusan ini diambil selepas menyedari yang mereka sering ditipu dengan berbagai dakyah yang ditaburkan oleh para pemimpin UMNO selama ini. Sedangkan, nasib dan masa depan generasi Felda pada masa akan datang terus terabai tanpa pembelaan yang sewajarnya.
"Pemimpin UMNO setempat pasti gelisah dengan kemasukan kami ini, kerana tonggak kekuatan parti itu di kawasan Parlimen Paya Besar telah berjaya dibolosi. Malah ramai ahli UMNO kawasan ini yang kecewa sebenarnya melihat senario semasa yang menyaksikan Ahli Parlimen dan tiga ADUN dalam kawasan Paya Besar telah dikenakan tindakan tatatertib oleh Lembaga Displin UMNO baru-baru ini. Biarpun mereka tidak mengakui bahawa kes itu melibatkan unsur rasuah politik wang, namun kami yakin dan percaya bahawa unsur itu berlaku. Tambahan rasuah sebenarnya sudah menjadi darah daging UMNO sejak dulu, kini dan selamanya" kata beliau.
"Selaku ahli UMNO saya tidak pernah merasa tertekan dalam perjuangan selama ini. UMNO boleh menggunakan segala kemudahan awam yang ada dan tidak pernah timbul masalah samada perjumpaan itu ada permit atau tidak. Bila melangkah ke Pakatan Rakyat. Semuanya nampak kelihatan sukar, tidak ada lagi peluang menggunakan kemudahan orang ramai. seolah-olah semua kemudahan tersebut hanya disediakan untuk puak-puak UMNO sahaja" tambah Atan lagi.
"Selaku ahli UMNO saya tidak pernah merasa tertekan dalam perjuangan selama ini. UMNO boleh menggunakan segala kemudahan awam yang ada dan tidak pernah timbul masalah samada perjumpaan itu ada permit atau tidak. Bila melangkah ke Pakatan Rakyat. Semuanya nampak kelihatan sukar, tidak ada lagi peluang menggunakan kemudahan orang ramai. seolah-olah semua kemudahan tersebut hanya disediakan untuk puak-puak UMNO sahaja" tambah Atan lagi.
Menurut maklumat, berikutan dengan tindakan dan keputusan itu pihak polis dilihat senantiasa berlegar dan memantau kawasan kediamannya. Namun, baginya itu adalah pengalaman baru dan membuatkan beliau lebih cepat matang dalam perjuangan ini. Dalam majlis tersebut Saudara Atan telah menyerahkan 94 borang keahlian yang sudah ditandatangani, sementara 7 lagi borang sedang diisi ketika majlis itu berlangsung. Buat masa ini keahlian UMNO di Felda Lepar Utara adalah seramai 400 orang.
Susulan daripada 101 orang ahli menyertai PKR dan akan diikuti oleh 100 lagi yang lain dalam masa terdekat ini. Maka keahlian penyokong Pakatan Rakyat bakal mengatasi keahlian UMNO di kawasan berkenaan. Difahamkan juga atu seminar mengenai "Masa Depan Peneroka-Peneroka Felda" akan diadakan di Felda Lepar Utara bagi memantapkan kefahaman para peneroka disana tidak lama lagi. -- PDO
No comments:
Post a Comment