Showing posts with label pahang. Show all posts
Showing posts with label pahang. Show all posts

05 December 2013

Banjir Pahang Johor semakin buruk

PAHANG
  • Banjir Pahang
 1 / 1 
KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila lebih 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir, manakala dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam ini.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kedua-dua beranak itu dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber.

Kedua-dua beranak itu, Jamal Ali, 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai 'Megat' berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam.

30 March 2013

Siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat di Felda Lepar Hilir 1, Gambang, Pahang


JMR_PhgKUANTAN30 MAC: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Felda Lepar Hilir 1, Gambang malam ini melalui rangkaian internet.
Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara barisan penceramah ialah Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abdul Hamid dan ahli parlimen Kuantan, Fauziah Salleh.
Turut hadir Pengerusi DAP Pahang yang juga Adun Triang, Leong Ngah Ngah dan Pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar Pas Pahang, Andansura Rabu
Untuk tonton, KLIK INI.
Manakala Radio KOBAT FM turut membawakan siaran langsung dari tapak ceramah di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan melalui pautan DISINI.
Selamat mendengar!
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48718

12 September 2012

Masuk Kristian dapat benih sawit .....

ERMA YUSNIDA JUSOH & IZZATUL IZUAN TAHIR
12 September 2012
Mohd Sahfri Abdul Aziz
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Perpaduan dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz
KUANTAN  -  Masyarakat Orang Asli yang sudah memeluk Islam jadi sasaran gerakan mubaligh Kristian dari luar negara yang dipercayai sudah menyusup masuk ke negara ini sejak beberapa tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Perpaduan dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz berkata, pihaknya mengesan kegiatan kumpulan itu termasuk taktik mereka yang mengumpan kumpulan sasaran dengan kebendaan.
"Setakat ini, tujuh hingga lapan kampung Orang Asli di negeri ini dikesan  sudah dimasuki kumpulan mubaligh dari negara jiran itu yang berusaha mengkristiankan saudara baru Orang Asli," katanya.
Menurutnya, kumpulan dipercayai dari Singapura, Filipina dan Indonesia itu turut menawarkan benih sawit dan getah kepada saudara baru Orang Asli.

18 May 2011

Lagi ahli politik Australia gesa henti Lynas

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Australia Barat, Lynn MacLaren menggesa Parlimen Australia Barat menghentikan rancangan projek melibatkan proses nadir bumi yang menghasilkan thorium oleh syarikat Lynas di Malaysia.

Menurut Maclaren, pemprosesan nadir bumi itu sangat bahaya kerana bimbang memberikan impak kepada kesihatan dan keselamatan rakyat.

“Ini jauh lebih bahaya daripada mengangkut bijih besi yang diumumkan Menteri baru-baru ini sehingga memutuskan operasinya dibawa keluar daripada kota pelabuhan Australia.

“Berdasarkan cadangan awal, bahan yang mengandungi radioaktif, thorium akan dilakukan penghantarannya melalui Fremantle yang akan diproses di Malaysia.

01 April 2011

Tipu kawasan balak : Adnan Yaakub digesa letak jawatan

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 1 April: Berikutan satu laporan polis dibuat terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pembantunya yang juga Setiausaha Umno Bentong, Shamsuddin Ibrahim berkaitan penipuan kawasan balak oleh seorang ahli perniagaan, Pakatan Rakyat (PR) negeri Pahang mendesak Adnan melepaskan jawatannya.
Pengerusi PR Pahang yang juga Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata, Adnan perlu melepas jawatan atau bercuti bagi membolehkan pasukan penyiasat melaksanakan tugas mereka secara bebas dan telus berhubung dakwaan penipuan tersebut.
Minggu lalu pengasas dan pemegang saham sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM), Lee Sin telah membuat laporan polis terhadap Adnan Yaakob dan pembantunya yang merupakan Setiausaha Umno Bentong, Shamsudin Ibrahim di balai polis SEA Park, Kuala Lumpur kerana didakwa menipunya sebanyak RM300,000.
Lee Sin  dalam laporannya menyebut, beliau telah membeli lebih 10 peratus saham kepunyaan Shamsudin seperti dipersetujui pada 2000 dengan dijanjikan balak di kawasan 10,000 ekar tanah milik Umno di Nenasi Pekan.
Berita yang dipetik laman Malaysiakini bertarikh 25 Mac, menyebut sebagai sebahagian daripada perjanjiannya, Shamsuddin dilantik sebagai pengarah urusan tetapi kemudiannya lesen pembalakan dikeluarkan tidak mengikut perjanjian.
Tuan Ibrahim berkata, oleh kerana kes tersebut telah dilaporkan kepada polis maka PR Pahang memandang serius di atas tuduhan yang dikenakan ke atas Adnan selaku seorang penjawat awam peringkat tertinggi negeri sehingga boleh memberikan implikasi negatif kepada perjalanan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri.
“Justeru kami segera menuntut agar Datuk Seri Adnan mengambil tanggungjawab dengan penuh kejujuran memelihara nilai integriti dan responsbiliti pentadbiran. Kami tidak mahu negeri ini terjebak kedalam situasi yang boleh menghilangkan kepercayaam umum yang akhirnya memberi kesan kepada pembangunan negeri terutama dari aspek ekonomi. Kami bimbang kes sebegini jika tidak ditangani secara adil dan bebas boleh menghilangkan keyakinan pelabor untuk menanam modal di negeri ini.
“Tuntutan kami terhadap Menteri Besar, Dato’ Seri Adnan Yaakob supaya berundur dengan melepaskan jawatan atau bercuti adalah relevan kerana tunduhan yang dihadapkan kepada beliau adalah berat kerana ia melibatkan tuduhan melakukan jenayah iaitu penipuan dan salah guna kuasa,” katanya.
Tambah Tuan Ibrahim, PR Pahang berharap siasatan dapat dilakukan secara adil dan bebas demi memperlihatkan keadilan masih wujud dalam negara ini.- HD

25 January 2010

Ahli Parlimen PKR Bandar Indera Mahkota letak jawatan Timb. Pengerusi II PKR Pahang


Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail Umum Letak Jawatan Timbalan Pengerusi II PKR, Pahang


Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail (foto) hari ini mengadakan satu sidang media mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi II, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang berkuatkuasa serta merta.
Tindakan tersebut dilakukan setelah mendapati pucuk pimpinan PKR Pahang tidak lagi memberi kepercayaan kepada beliau untuk bersama-sama membangunkan parti itu di negeri ini. "Saya amat terkilan dengan beberapa tindakan kepimpinan parti yang begitu jelas membelakangkan saya dalam banyak program yang diadakan mutakhir ini" katanya.
Azan juga menegaskan beliau masih kekal sebagai Ahli Parlimen Indera Mahkota, dan tidak sama sekali akan keluar parti biarpun terdapat "khabar angin" yang disebarkan oleh ahli-ahli pemimpin PKR sendiri .
"Saya masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat (PR), cuma ada beberapa perkara penting yang perlu diselesaikan terlebih dulu jika benar PR bercita-cita dan bersungguh-sungguh untuk menawan Pahang dalam pilihanraya umum ke 13 nanti." katanya. - Pahangdaily

17 January 2010

Pakatan akan kuasai Pahang di PRU 13

KUANTAN, Jan 17 – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Pahang Datuk Fauzi Abd Rahman berkata Pakatan Rakyat (PR) tiada pilihan kecuali menguasai kepimpinan kerajaan negeri itu dalam pilihan raya umum ke-13 bagi memenuhi aspirasi rakyat.
Malah kata beliau, bukan mustahil untuk pihaknya mencapai sasaran tersebut jika dilihat pada senario semasa yang menunjukkan kelemahan pentadbiran pimpinan Umno-Barisan Nasional.“Lima puluh tahun selepas Hiroshima dan Nagasaki dihancurkan, Parti Liberal Demoratik (LDP) membawa Jepun menjadi kuasa ekonomi kedua terkuat di dunia selepas Amerika Syarikat, tetapi Umno dan BN selepas lima puluh tahun memerintah Malaysia membawa negara ini ke ambang kehancuran,” kata beliau.
Bukan hanya Jepun, bahkan negara-negara seperti Korea Selatan dan Singapura jauh terkedepan dalam bidang ekonomi berbanding Malaysia yang jauh lebih kaya dari negara-negara ini dengan sumber alam semula jadi.
Fauzi berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen PKR Pahang bertemakan “Menggilap Harapan Rakyat” pagi tadi.“Bermula PRU-12 tahun 2008 yang lalu, Umno dan BN sudah semakin kehilangan kuasa.“PRU-12 menyaksikan BN hilang kuasa di lima negeri dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, BN juga hilang penguasaan dua pertiga di Parlimen.
“Harus diingat di Semenanjung Malaysia dalam PRU-12 lalu, tiga parti dalam Pakatan Rakyat bertanding melawan 14 parti komponen BN, dan Pakatan Rakyat berupaya mengatasi BN dalam undi popular,” jelas Fauzi.
Bekas pemimpin Umno ini juga percaya BN hari ini semakin berada dalam ketakutan yang tergambar dengan ugutan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menyatakan kesediaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap penasihat PKR Datuk Anwar Ibrahim dalam kes penggunaan kalimah “Allah”.“Bila masa pula Anwar terlibat dengan isu ini? Siapa yang sibuk berdemonstrasi baru-baru ini?” katanya.
Kerisauan BN ini, jelas Fauzi banyak berpunca dari keadaan ekonomi negara yang semakin teruk, dikhuatiri BN akan diketahui rakyat.
UBS Investment Research mendedahkan tahap rizab antarabangsa Malaysia telah merudum sebanyak 25 peratus pada tahun lepas, malah dari 40 buah negara di rantau ini yang dikaji oleh UBS, Malaysia berada di tangga ke-38.
“Ini semua berlaku tidak lain tidak bukan kerana salah guna kuasa dan rasuah yang berleluasa di kalangan pemimpin BN.
“Ini diakui sendiri oleh Tun Dr. Mahathir yang menyifatkannya sebagai kebusukan yang sudah merebak sehingga ke usus,” kata Fauzi.
Fauzi dalam ucapannya juga merujuk keadaan negeri Pahang yang semakin teruk kebelakangan ini dengan jumlah hutangnya sahaja mencecah hampir RM1 bilion, ditambah dengan defisit bajet negeri sudah masuk tahun ke-12 berturut-turut.
Beliau turut mendedahkan ada sebuah syarikat yang ditawarkan sejumlah besar tanah negeri bagi menyelesaikan hutang kerajaan negeri dengan syarikat tersebut yang berjumlah lebih kurang RM200 juta.
“Jika ini menjadi amalan Kerajaan Pahang, gagal bayar hutang bagi tanah, gagal bayar hutang bagi tanah, akhirnya tanah mana yang tinggal untuk rakyat negeri ini,” jelas Fauzi.Ucaptama dan penutup dijangka disampaikan oleh Anwar yang juga ketua umum PR pada pukul 4.45 petang ini. - TMI

26 September 2009

Negeri Najib Altantuya : Seorang penduduk terpaksa melacur demi baju raya 7 anak

Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tersepit dengan kemiskinan seorang ibu sanggup melacurkan diri dengan meninggalkan tujuh anaknya di Pahang sejak awal Ramadan lalu, semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membeli pakaian raya baru anak-anaknya sempena Aidilfitri.Ibu terbabit mendakwa apa yang dilakukannya pengorbanan kecil bagi memastikan anak-anaknya dapat menyarung baju raya selain bergembira seperti kanak-kanak lain.
Aktiviti ibu berkenaan dibongkar wartawan Harian Metro yang membuat tinjauan ke sebuah rumah pelacuran di Jalan Thamby Pillay, Jalan Brickfields di sini dan menemuinya yang menawarkan seks pada caj RM40 untuk sekali perkhidmatan.Selepas dipujuk dan dibayar sejumlah wang, ibu terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Mek, 43, bersetuju mendedahkan kepayahan hidupnya hingga terpaksa menjadi pelacur pada bulan Ramadan.

Menurutnya, dia terdesak untuk membesarkan tujuh anak berusia empat hingga 18 tahun selepas ditinggalkan suami yang juga seorang penagih dadah tegar.

“Suami saya sudah kerap ditangkap polis dan disumbat ke pusat pemulihan hingga saya lali, malah tidak ingat berapa kali dia dihantar ke sana.“Kali terakhir selepas dibebaskan dari pusat pemulihan di Kuala Lipis, Pahang, Januari tahun lalu, dia hanya insaf sebulan di rumah sebelum kembali terjebak atas hasutan kawan-kawan lamanya,” katanya yang berkahwin pada usia 18 tahun.
Menurutnya, kehidupan suaminya itu menyebabkan dia dan anak-anak terabai.“Hidup saya susah dan banyak bergantung belas ihsan keluarga, selain hasil pajakan seekar dusun buah-buahan.“Kesempitan hidup saya menjerut perasaan dan diri saya selepas dipujuk rakan lama sekolah supaya berhijrah ke ibu kota untuk menjalankan kegiatan pelacuran dengan dijanjikan pendapatan lumayan,” katanya.
Mek berkata, walaupun mulanya malu, namun dia menebalkan muka demi memastikan nasib anak-anaknya yang ditinggalkan sementara bersama ibu bapanya tidak terus sengsara.“Walaupun mulanya, Ila (rakannya) memberitahu pekerjaannya sebagai GRO atau teman minum pengunjung kelab dangdut di Chow Kit, namun saya sebaliknya dibawa ke sebuah rumah tumpangan di Brickfields.“Di situ, saya diperkenalkan kepada seorang lelaki yang juga ‘bapa ayam’ sebelum ditawarkan ‘kerja’ pelacur dengan pendapatan RM20 bagi setiap pelanggan. Lelaki itu menerima komisen RM20 bagi sewa bilik yang saya gunakan,” katanya.
Menurutnya, walaupun pada mulanya dia ‘segan’ untuk menawarkan khidmat seks ‘pakej’, namun dia berubah fikiran apabila mendapati kerjaya barunya itu amat mudah dan tidak memenatkan.“Sebelum bertolak ke ibu kota, tiga minggu lalu, saya menipu keluarga dan anak-anak kononnya ingin membantu rakan berniaga tudung sempena Ramadan di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini.“Kerja saya bermula jam 9 pagi dan tamat jam 10 atau 11 malam. Dalam tempoh berkenaan saya memperoleh tidak kurang 10 pelanggan. Jika ditolak komisen, saya mengutip RM200 sehari,” katanya yang mendakwa turut ditemani lima rakan lain.
Katanya, dia diberikan kondom dan buku nota kecil oleh bapa ayam yang digunakan bagi menanda jumlah pelanggan diperoleh setiap hari sebelum pendapatannya itu dibayar serentak setiap hujung minggu.“Setakat semalam, saya mengutip lebih RM5,400 dan separuh sudah saya kirimkan ke kampung halaman untuk persiapan menyambut Aidilfitri.“Malah, saya menggunakan cuti Ahad lalu untuk membelikan baju Melayu, songkok dan baju kurung untuk tujuh anak saya,” katanya.
Ditanya, sama ada dia sedar wang digunakan terbabit haram di sisi Islam, Mek memberi alasan dia tidak mempunyai pilihan lain apatah lagi dengan tahap pendidikannya yang rendah.“Biar dosa ini ditanggung saya. Lagipun saya melakukan kerja ini hanya untuk sebulan sebelum kembali semula ke kampung di Pahang untuk menyambut hari raya bersama anak-anak.“Lebih penting, anak saya tidak berlapar dan mampu tersenyum dan memakai baju baru di pagi raya. Jika keadaan masih tidak berubah dan saya masih gagal mendapat kerja tetap selepas ini...ada kemungkinan saya akan kembali semula ke sini,” katanya tanpa rasa kesal pada riak wajahnya.

03 September 2009

Pemerintahan Najib Altantuya: Kerajaan Pahang berhutang 5 billion - RM3,370 seorang

Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, 3 September – Akibat dari jumlah hutang kerajaan negeri Pahang yang begitu besar, setiap rakyat Pahang, sama ada tua, muda, besar, kecil atau masih di dalam buaian sudah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370 seorang.

Inilah yang berlaku di Pahang ekoran saman terhadap kerajaan dan juga hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.

The Malaysian Insider sebelum ini telah melaporkan perihal tindakan dua buah syarikat, Spag’n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd, yang menyaman Kerajaan Negeri Pahang, Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kerana ingkar janji dengan saman masing-masing berjumlah RM209 juta dan RM24 juta.

Sebelum laporan tersebut, Kerajaan Negeri Pahang juga telah diheret ke mahkamah oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM) kerana tuntutan hutang penghakiman berjumlah RM63 juta. SGM diberitakan telah mendapat perintah mandamus bagi memaksa Menteri Besar Pahang melunaskan bayaran ini.

Tuntutan hutang juga memaksa anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang, Astana Golf & Country Club disita kerana kegagalan membayar tunggakan pinjaman berjumlah RM40 juta.

Terbaru, seperti didedahkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR, Azan Ismail, SGM sekali lagi telah mengemukakan saman kepada Kerajaan Negeri Pahang, kali ini saman ingkar janji yang berjumlah lebih RM100 juta.

Sebuah lagi syarikat, Asia Chart Sdn Bhd pula telah membuat dua saman berasingan terhadap Kerajaan Negeri Pahang dengan nilai hampir RM200 juta. Kedua-dua saman ini, menurut Azan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan kira-kira dua minggu yang lalu.

Dalam pendedahannya, Azan menaksirkan bahawa jumlah keseluruhan saman yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno dan BN, termasuk tuntutan dari pelbagai pihak ketika Pahang masih di bawah teraju Tun Khalil Yaakob, adalah dalam lingkungan RM5 bilion.

Bagi Azan, ini melambangkan sikap Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno dan BN yang tidak bertanggungjawab serta memperjudikan masa depan negeri dan rakyatnya.

Azan tidak menjumpai alasan lain mengapa berlakunya sebegitu banyak tuntutan hutang terhadap Kerajaan Negeri Pahang, selain kerana masalah rasuah, kronisme, penyelewengan dana dan salahurus hasil negeri, sepanjang Pahang dikuasai oleh Umno dan BN.

Sementara kalangan pemimpin Umno dan BN mengumpul kekayaan dan mengagih laba dari kontrak demi kontrak yang diagih sesama sendiri, hak dan nasib rakyat Negeri Pahang diketepikan, keluh Azan.

Bila negeri mula menghadapi masalah, yang menjadi mangsa adalah rakyat, rakyatlah yang akan menanggung bebannya melalui kenaikan cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya.

07 August 2009

Najib Altantuya : PR Bantah pembinaan kilang simen di Jebak Puyuh

Oleh Zukri Aksah

KUALA KRAU, 6 Ogos – Setelah terhimpit dengan beban hutang yang semakin bertambah membukit, Kerajaan Negeri Pahang yang terdesak dalam mencari sumber pendapatan negeri yang baharu telah bercadang mahu membina sebuah kilang simen di Gunung Jebak Puyuh, Kuala Krau, dalam kawasan rekreasi Hutan Lipur Gunung Senyum.

Projek yang dicadang untuk dibangunkan dengan kerjasama syarikat YTL yang bernilai RM1.2 bilion ini telah menerima tentangan hebat dari penduduk tempatan, bahkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung tersebut pernah memanggil sebuah stesen televisyen tempatan untuk membuat liputan bantahan.

Ini kerana kerajaan negeri dalam membuat cadangan ini, walaupun mendakwa telah merujuk kepada Jabatan Geologi, Alam Sekitar dan pakar sejarah tempatan, tetapi tidak pernah mendapatkan pandangan Jabatan Pelancungan, Perhilitan, Felda, Felcra, JBA dan persatuan penduduk, padahal merekalah yang akan menerima kesannya nanti.

Gunung Jebak Puyuh merupakan gunung tercantik di antara lima gunung yang terdapat dalam kawasan Hutan Lipur Gunung Senyum, dikatakan memiliki khazanah alam yang telah terbina sejak jutaan tahun lalu, termasuk gua batu kapur yang nilainya dianggarkan termahal di dunia. Tahun lepas sahaja ia berjaya menarik 30,000 pelancong untuk datang melawatnya. Gunung Jebak Puyuh juga adalah penting sebagai kawasan tadahan air.

Atas kesedaran ini, sekumpulan penduduk tempatan telah berhimpun semalam bagi menyuarakan bantahan terhadap cadangan kerajaan negeri ini, kerana bimbang dengan risiko masalah kesihatan, masalah alam sekitar dan terjejasnya sumber ekonomi penduduk di kawasan terbabit.

Atas rasa prihatin, para pimpinan Pakatan Rakyat Kuala Krau turut turun menyertai perhimpunan tersebut sebagai tanda sokongan, antaranya ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, YDP PAS Kawasan Kuala Krau, merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang dan Naib Presiden PAS Pusat, juga Saudara Suhaimi Said, Ketua PKR Cabang Kuala Krau.

Tuan Ibrahim dalam ulasannya, risau pembangunan kilang simen di Jebak Puyuh boleh mengakibatkan Loji Air Lubuk Kawah terdedah kepada pencemaran. Kesan pencemaran ini bukan hanya melibatkan penduduk di sekitar tapak projek, tetapi seluruh perkampungan di sepanjang 50 km Sungai Pahang, dari Kuala Krau ke Temerloh ke Felda Gugusan Jengka, yang berkapasiti penduduk seramai 300,000 orang.
Sementara Suhaimi pula dalam kenyataannya membidas Kerajaan Negeri Pahang yang dilihat tergesa-gesa mahu melaksanakan projek ini semata-mata mahu meraih hasil kewangan yang tinggi, akibat dari tekanan hutang yang semakin berganda dari sehari ke sehari. Pada masa yang sama, pandangan rakyat setempat yang sepatutnya didahulukan telah diabaikan sambil merisikokan pula keindahan flora dan fauna dan keselamatan penduduk di situ.

Bagi penduduk pula, mereka merasa hidup mereka tidak akan aman lagi selepas ini. Risiko paling nampak adalah ancaman debu berbahaya yang bukan hanya mengancam kesihatan mereka, tetapi juga hasil tanaman dan kebersihan Sungai Senyum serta Sungai Pahang.

Kalau cadangan projek kuari di Gua Kota Gelanggi sebelum ini boleh dibatalkan kerana bantahan penduduk atas alasan alam sekitar, sejarah dan pelancongan, maka atas alasan yang sama, ditambah dengan ancaman kesihatan terhadap penduduk, tidak ada sebab untuk kerajaan negeri tidak mengambil tindakan yang serupa, membatalkan terus cadangan pembinaan kilang simen di kawasan ini. TMI

12 July 2009

Pahang di ambang bankrap

Saman lagi RM200 juta, Pahang di ambang bankrap

Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Julai 11 – Tidak cukup dengan masalah penyitaan Astana Golf & Country Club dan tuntuan hutang RM63 juta oleh Seruan Gemilang Makmur, Kerajaan Pahang sekali lagi dilanda musibah. Kes kali ini melibatkan saman ingkar janji, dan menyaksikan tuntutan dari dua buah syarikat sekaligus.

Sumber dari Siasahdaily menyatakan yang syarikat terlibat adalah Spag’n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd, dengan saman masing-masing berjumlah RM209 juta dan RM24 juta. Pihak-pihak yang disaman pula ialah Kerajaan Negeri Pahang, Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang, dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider, merasakan isu ini bukanlah sesuatu yang pelik dan mengejutkan, lebih dari dulu ia sudah dijangkakan.

Fauzi, di sekitar tahun 2001, ketika masih bersama Umno dan masih bergelar Adun Beserah, telah membuat laporan polis ke atas Tun Khalil Yaakob kerana salahurus hasil negeri, spesifiknya konsesi pembalakan semasa Khalil masih lagi menjawat jawatan Menteri Besar Pahang.

Laporan itu diberitakan telah dipanjangkan ke BPR (sekarang SPRM) tetapi sehingga kini belum ada khabar tentang perkembangannya.

Fauzi menjelaskan, ketika membuat laporan tersebut, beliau telah memberi amaran yang akibat salahurus ini, Pahang akan menghadapi masalah di hari muka. Ternyata apa yang diramal beliau itu sedang berlaku satu-persatu.

Kesannya, tambah Fauzi lagi menyaksikan Pahang mengalami kekurangan yang serius dalam perolehan hasil negeri, inilah yang menyebabkan belanjawan negeri mencatat defisit selama dua belas tahun berturut-turut. Keadaan ini membantutkan perkembangan ekonomi negeri, kerana pelabur akan semakin takut untuk datang melabur di sini.

Dalam merungkai masalah ini, Fauzi menegaskan yang Pakatan Rakyat sedia untuk memberi komitmen bagi membaik-pulih kedudukan ekonomi dan kewangan negeri jika mendapat mandat daripada rakyat.

Andai senario ini berterusan dan berulang, dibimbangi rakyatlah yang nanti akan terpaksa menanggung beban hutang negeri dengan kenaikan pelbagai jenis cukai.

Bagi Fauzi perlu ada tindakan segera untuk menyelamatkan Negeri Pahang sebelum terlambat. Kalau tidak, bukan sesuatu yang mustahil Pahang bakal menjadi negeri pertama yang diisytiharkan bankrap. -TMI

08 May 2009

UMNO BN D PENGHUJUNG HAYAT - 101 Sertai PKR di Felda Lepar Utara

KUANTAN [12.45 pm] - Seramai 101 orang ahli UMNO Felda Lepar Utara dekat sini bertindak menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam. Majlis penyerahan borang telah disempurnakan oleh Dato' Fauzi Abd Rahman (foto), Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang dan dihadiri oleh kira-kira 200 orang penduduk setempat.
Majlis penyerahan borang keahlian semalam telah diketuai oleh Saudara Atan iaitu bekas Ketua Cawangan UMNO Lepar Utara. Menurut beliau, keputusan ini diambil selepas menyedari yang mereka sering ditipu dengan berbagai dakyah yang ditaburkan oleh para pemimpin UMNO selama ini. Sedangkan, nasib dan masa depan generasi Felda pada masa akan datang terus terabai tanpa pembelaan yang sewajarnya.
"Pemimpin UMNO setempat pasti gelisah dengan kemasukan kami ini, kerana tonggak kekuatan parti itu di kawasan Parlimen Paya Besar telah berjaya dibolosi. Malah ramai ahli UMNO kawasan ini yang kecewa sebenarnya melihat senario semasa yang menyaksikan Ahli Parlimen dan tiga ADUN dalam kawasan Paya Besar telah dikenakan tindakan tatatertib oleh Lembaga Displin UMNO baru-baru ini. Biarpun mereka tidak mengakui bahawa kes itu melibatkan unsur rasuah politik wang, namun kami yakin dan percaya bahawa unsur itu berlaku. Tambahan rasuah sebenarnya sudah menjadi darah daging UMNO sejak dulu, kini dan selamanya" kata beliau.

"Selaku ahli UMNO saya tidak pernah merasa tertekan dalam perjuangan selama ini. UMNO boleh menggunakan segala kemudahan awam yang ada dan tidak pernah timbul masalah samada perjumpaan itu ada permit atau tidak. Bila melangkah ke Pakatan Rakyat. Semuanya nampak kelihatan sukar, tidak ada lagi peluang menggunakan kemudahan orang ramai. seolah-olah semua kemudahan tersebut hanya disediakan untuk puak-puak UMNO sahaja" tambah Atan lagi.
Menurut maklumat, berikutan dengan tindakan dan keputusan itu pihak polis dilihat senantiasa berlegar dan memantau kawasan kediamannya. Namun, baginya itu adalah pengalaman baru dan membuatkan beliau lebih cepat matang dalam perjuangan ini. Dalam majlis tersebut Saudara Atan telah menyerahkan 94 borang keahlian yang sudah ditandatangani, sementara 7 lagi borang sedang diisi ketika majlis itu berlangsung. Buat masa ini keahlian UMNO di Felda Lepar Utara adalah seramai 400 orang.
Susulan daripada 101 orang ahli menyertai PKR dan akan diikuti oleh 100 lagi yang lain dalam masa terdekat ini. Maka keahlian penyokong Pakatan Rakyat bakal mengatasi keahlian UMNO di kawasan berkenaan. Difahamkan juga atu seminar mengenai "Masa Depan Peneroka-Peneroka Felda" akan diadakan di Felda Lepar Utara bagi memantapkan kefahaman para peneroka disana tidak lama lagi. -- PDO

23 November 2008

Adnan Yaakob: I Was Slandered By A Blogger - malaysiakini

Pahang hires pensioners to battle bloggers

TEMERLOH, Nov 23 – The Pahang government has appointed three pensioners as bloggers to thwart slanderous comments and allegations posted on the Internet.
State Information, Science, Technology and Innovation Committee chairman Datuk Mohd Sharkar Shamsudin said the bloggers, who would be paid allowances, would be provided with computers and the Internet access in their homes.
The pensioners can capitalise on their experience to explain the actual situation to the people besides providing feedbacks and opinions to the government, he told reporters after attending the Senior Citizens Day organised by the Pahang Chapter of the Malaysian Government Pensioners’ Association here today.
“More bloggers will be appointed. We value pensioners’ thoughts in our efforts to improve the state’s economy and prosperity and unity of the people,” he said.
Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob told the state legislative assembly recently that he was slandered by a blogger. – Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive