Showing posts with label radioaktif. Show all posts
Showing posts with label radioaktif. Show all posts

19 May 2011

Lynas : Apa yang perlu anda tahu

oleh pemudatua.blogspot.com

Sebagai seorang ayah kepada 3 orang anak yang masih kecil, menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mereka walaupun terpaksa berkorban nyawa. Saya rela mati untuk tujuan itu. Sebagai seorang Hamba dan Khalifah di bumi Allah ini, saya merayu belas ihsan dan redha dari Allah sebelum saya pergi menemuinya. Selagi Nafasku di Kandung Badan, selagi itu Jihad Pena ini akan saya teruskan.

Setiap wanita yang bergelar ibu, dengan derita 9 bulan memikul beban di badan dan bercengkang mata setiap malam pasti tidak akan rela dengan apa pun ancaman lebih-lebih lagi ancaman sisa radioaktif yang terbukti banyak berlaku di setiap negara yang melombong ‘nadir bumi’ atau ‘rare earth’ khususnya di China. Kanser, Leukemia, Kecatatan malah kematian khususnya dari kalangan kanak-kanak cukup ketara dan tidak dapat dijankau oleh setiap akal manusia yang waras untuk membiarkan tamak haloba menguasai jiwa dan seterusnya menodai sifat kasih sayang itu, lebih-lebih lagi kepada zuriat keturunan empunya diri. ... seterusnya

18 May 2011

Lagi ahli politik Australia gesa henti Lynas

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Australia Barat, Lynn MacLaren menggesa Parlimen Australia Barat menghentikan rancangan projek melibatkan proses nadir bumi yang menghasilkan thorium oleh syarikat Lynas di Malaysia.

Menurut Maclaren, pemprosesan nadir bumi itu sangat bahaya kerana bimbang memberikan impak kepada kesihatan dan keselamatan rakyat.

“Ini jauh lebih bahaya daripada mengangkut bijih besi yang diumumkan Menteri baru-baru ini sehingga memutuskan operasinya dibawa keluar daripada kota pelabuhan Australia.

“Berdasarkan cadangan awal, bahan yang mengandungi radioaktif, thorium akan dilakukan penghantarannya melalui Fremantle yang akan diproses di Malaysia.

15 May 2011

UMNO Lah Sisa RadioAktif

Oleh pemudatua2011

"Beberapa perkembangan terbaru dilihat sejak akhir-akhir ini cukup menjurus kepada tekanan perasaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang sudah memuncak tidak terkawal sehingga terpaksa bertindak ‘semborono’ melebihi mereka-mereka yang biasanya diklasifikasikan sebagai tidak waras atau gila sehinggakan mereka-mereka yang telah dikategorikan sebagai gila pun akan menuduh UMNO terlebih gila. Tahap gila itu jika dirujuk ke Hospital Bahagia pun, tidak akan melayakkan mereka untuk menerima rawatan kerana harapan untuk pulih sudah tiada.

Provokasi melalui akhbar Utusan Meloya dan media TV3 suku yang diputar ulang kepada rakyat bermula dari isu tuduhan liwat Saiful, Video Seks DSAI, Kristian Agama Rasmi, Kerjasama PAS dan DAP ditambah pula dengan kemungkinan cubaan bunuh dan culik kepada keluarga DSAI cukup jelas menjurus kepada niat jahat dan terdesaknya pihak tertentu yang rakus untuk mengekalkan kuasa melalui kaedah hutan rimba walaupun ia dilihat oleh rakyat yang waras fikirannya cukup jijik dan jelek.

05 May 2011

Renungan : Sisa radioaktif masih bertaburan di Bukit Merah

Pada 28 tahun yang lalu, Ng Toong Foo, seorang peniaga berusia 38 tahun ketika itu, menerima tawaran projek pengendalian sisa kilang daripada Asian Rare Earth, kerana tertarik dengan harga tawaran yang tinggi. Beliau mengupah empat orang pekerja, termasuk tiga orang pemandu lori dan seorang pemandu jentolak untuk mengangkut sisa buangan dari kilang.

Sisa yang berwarna putih ini basah dan lembut, tiada bezanya dengan lumpur, namun berbau masam jika dihidu. Pihak kilang memberitahu Ng bahawa sisa ini boleh dijadikan baja. Jadi Ng bersama pekerjanya mengangkut sisa tersebut dari kilang untuk dibuang ke ladang kebun yang berdekatan, termasuk kebun sayur pakciknya untuk dijadikan "baja", atau membuang begitu sahaja di tepi kawasan perumahan dan jalan raya.

13 April 2011

Ahli politik Australia kutuk pembuangan sisa radioktif di Kuantan

KUALA LUMPUR: Ahli politik Australia, Robin Chapple, meluahkan rasa tidak senangnya terhadap pembuangan sisa radioaktif di Gebeng, Pahang yang sudah pun diluluskan kerajaan Barisan Nasional.
Loji memproses sisa radioaktif di Gebeng Pahang itu yang dikenali sebagai Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) akan beroperasi sepenuhnya bulan September ini di bawah seliaan Lynas Corporation.
Lynas Corporation adalah syarikat Australia yang mempunyai lombong di Kwinana, Mount Weld, Australia Barat. Apabila beroperasi sepenuhnya nanti, loji di Gebeng, Pahang akan memproses mineral thorium dari lombong di Mount Weld.
Chapple yang merupakan ahli Majlis Perundangan Australia Barat, berharap kerajaan negaranya tidak bersubahat dalam membuang sisa radioaktif di Malaysia.
“Saya berharap kerajaan pimpinan Barnett (Ketua Menteri Australia Barat) tidak akan bersubahat dalam membuang sisa radioaktif di negara lain.
“Barnett perlu mengambil tindakan untuk memaksa Lynas memastikan tiada thorium meninggalkan tapak lombong Mount Weld,” kata Chapple.
Chapple menyuarakan kebimbangannya ekoran sebelum ini, syarikat Magellan Metal, sebuah syarikat perlombongan bahan radioaktif terpaksa menghentikan eksport hasil lombongnya kerana mineral yang dieksport tidak dikendalikan dengan betul sehingga berlaku kebocoran plumbum yang merbahaya kepada penduduk yang berada di sepanjang laluan mengangkut mineral itu.
Justeru, beliau mengutuk sekeras-kerasnya rancangan Lynas untuk menggali dan mengeksport bahan radioaktif dari Australia untuk ‘dibuang’ di Pahang.
“Saya mengutuk sekeras-kerasnya cadangan Lynas untuk membuang bahan radioaktif itu ke kawasan komuniti perikanan di Pahang. Saya sudah berhubung dengan komuniti di Malaysia dan mereka tidak mahu melihat sisa toksik dibuang di kampung mereka. Malah Ahli Parlimen Kuantan juga meminta sebarang sisa dari bahan radioaktif itu dipulangkan semula ke Australia,” kata Chapple.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sekarang ini sedang dalam usaha untuk menghentikan operasi loji tersebut di Pahang. Beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN, menggesa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub untuk menubuhkan badan bebas mengkaji impak radioaktif kepada persekitaran Gebeng. Ini kerana Gebeng terletak bersebelahan laut yang bersambung terus dengan Sungai Balok yang datangnya dari kawasan perindustrian menempatkan loji itu.
Beliau juga mengingatkan Adnan bahawa Gebeng terletak berhampiran dengan Cherating, sebuah kawasan perikanan.
Malah Adnan selaku Menteri Besar, kata Fauziah, mempunyai amanah untuk menjaga kepentingan rakyat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11359

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive