03 June 2009

DR MANSOR KINI SAH TKM1 P. PINANG

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Dr Mansor Othman, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di kediaman rasmi Yang Dipertua Pulau Pinang, Seri Mutiara, di sini, sebentar tadi.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan TYT mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohamad Fairus Khairudin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang meletakan jawatan untuk melanjutkan pelajaran serta membersihkan nama daripada fitnah.
Turut hadir menyaksikan acara tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Dr Mansor telah menang di dalam pilihanraya kecil DUN dengan majoriti yang besar iaitu sebanyak 5,558 undi mengalahkan tiga calon bebas yang kesemuanya hilang wang pertaruhan. UMNO BN tidak menyertai pilihanraya kecil Penanti kerana mengetahui terlebih awal pasti kalah di DUN berkenaan sekalipun memberikan alasan kononnya pilihanraya kecil tersebut adalah permainan politik PKR. Sementara itu majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan diadakan berasingan pada tarikh yang akan ditetapkan.
Pagi ini juga Dr.Mansor dikatakan akan mengotakan salah satu piagamnya untuk membuka Pusat Khidmat dalam masa 48 jam di jalan masuk Taman Guar Perahu. Pusat Khidmat baru itu juga sebagai mengantikan Pusat Khidmat Fairus yang terletak di Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam. - GB

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive