03 June 2009

SPRM cepat bertindak bila membabitkan Pakatan Rakyat, tapi bagaimana dengan UMNO BN?

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas fail dan dokumen daripada pejabat exco Kedah berhubung dakwaan seorang Exco negeri itu telah membuat tuntutan berlebihan sejak beliau dilantik Mach tahun lalu menimbulkan persoalan sama ada SPRM benar-benar bebas dan telus dalam mengambil tindakan terhadap sesuatu tuduhan rasuah.
Pegawai SPRM cawangan Kedah juga mengambil dokumen daripada pejabat Menteri Besar berkaitan tuntutan sebanyak RM150,000 oleh exco terbabit.Berdasarkan laporan sebuah akhbar arus perdana bahasa Inggeris minggu lalu mengenai isu tersebut SPRM dilihat begitu pantas melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk membanteras gejala rasuah dalam negara.
Namun tindakan cepat bagaikan kilat membabitkan seorang exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak pula dilihat dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional.
Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang bakal menelan kos RM12.8 bilion sudahpun didedahkan minggu lalu malah Pengerusi PKRZ pun sudah menyerahkan laporan audit kepada SPRM.
Sehingga kini SPRM masih membisu dan tidak memanggil pemimpin-pemimpin BN yang nama mereka disebut dalam laporan audit tersebut. Semalam Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bernilai RM300 juta runtuh walaupun ia baru berusia setahun jagung.

Rakyat akan melihat apakah SPRM akan menyiasat kontraktor yang membina stadium tersebut dan merampas fail dan dokumen daripada Jabatan Kerja Raya yang memantau projek tersebut.Bagaimana pula dengan tuduhan rasuah terhadap dua bekas ecxo Pakatan Rakyat Perak yang menyeberang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bebas, Mohd Jamaluddin Mat Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Jailu melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar? Perbicaraan kes mereka sepatutnya didengar di Mahkamah Sesyen Ipoh 10 Feb lalu tetapi sehingga kini SPRM terus membisu seribu bahasa.
Dakwaan kedua-dua ADUN tersebut melompat daripada Pakatan Rakyat kerana menerima habuan wang ringgir tidak disiasat oleh SPRM tetapi badan yang sama juga begiti cepat menuding jari menuduh ada elemen salahguna kuasa apabila Speaker DUN Perak V. Sivakumar menggantung Dr Zambry Abd Kadir dan enema exconya.
SPRM bagaimanapun petah bercakap mengenai dakwaan rasuah Menteri Besar berhubung lembu korban dan kereta rasmi walaupun pejabat Peguan Negara belum lagi mmeberi apa-apa komen mengenai kertas siasatan kes tersebut.
Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didapati terbabit dalam rasuah politik semasa kempen pemilihan Umno baru-baru ini juga terpelas daripada siasatan SPRM malah badan itu mengambil sikap menyepi.
Dasar pendakwaan terpilih ini dilihat rakyat sebagai sikap dwi standar tegar yang diamalkan oleh SPRM dalam memilih-milih tuduhan rasuah mana yang patut disegera siasat dan kes mana yang patut ditunda sehingga luput daripada ingatan.Memori rakyat terhadap kes-kes rasuah pemimpin Umno dan BN yang dilupakan SPRM bagaimana pun tidaklah sependek SPRM - tva

2 comments:

Anonymous said...

Biasala bro'

Ni kan 1Malaysia (Pakatan) Rakyat didahulukan.

Anonymous said...

woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
SPRM TToooooooooooooooooooooooooooooooooooooollllllloooooooooooooooooooooooooooongggggggggggg komen...
Sucikan diri badan kamu itu.. daripda tomahan ini............
kakakakakakakakakakakakakaka..
ARRRRRRRRRRAMAITIIIIIIIIIIIIIIIII.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive