MB Pahang Kagum Personaliti Tuan Guru Nik Aziz
Program Hujah di TV9 malam tadi yang bertajuk "Budaya Politik Kelantan, Ke Mana Arahnya" yang di pengerusikan oleh Dr. Muhamad Agus Yusuf agak menarik juga. Tetapi dari awal lagi saya tidak berapa setuju dengan panel hujah yang di jemput iaitu YB. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan YAB Dato' Seri Adnan Yaakob (MB Pahang).
Program Hujah di TV9 malam tadi yang bertajuk "Budaya Politik Kelantan, Ke Mana Arahnya" yang di pengerusikan oleh Dr. Muhamad Agus Yusuf agak menarik juga. Tetapi dari awal lagi saya tidak berapa setuju dengan panel hujah yang di jemput iaitu YB. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan YAB Dato' Seri Adnan Yaakob (MB Pahang).
Ini kerana panel tersebut bukannya dari Kelantan untuk mengupas isu ini lebih mendalam. Adalah tidak adil bagi rakyat Kelantan apabila perbincangan isu di Kelantan tetapi tiada wakil dari mereka sendiri yang lebih arif hal tadbir urus Kelantan. EXCO kerajaan negeri Kelantan seperti Dato' Husam Musa adalah panel yang paling sesuai untuk dijemput.
Satu perkara yang amat menarik dalam Hujah malam tadi ialah apabila Dato' Seri Adnan Yaakob menyatakan beliau kagum dengan personaliti Tuan Guru Nik Aziz. Beliau juga menyatakan selagi Tuan Guru Nik Aziz berada dalam PAS, Kelantan tidak boleh di tawan oleh UMNO BN. Ini merupakan satu tamparan hebat kepada kepimpinan UMNO BN, tambahan pula menjelang Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai nanti.
Jikalau diperhalusi kenyataan tersebut telah memberi momentum dan kemenangan moral lebih awal kepada PAS untuk menghadapi pilihanraya tersebut. Secocok benarlah sekiranya UMNO kena berfikir sekali lagi untuk meletakkan calon di Manek Urai kerana dibimbangi UMNO akan kalah teruk serta dimalukan, dan sudah tentunya ini merupakan satu "pembaziran wang rakyat" buat UMNO.
Rakyat Kelantan adalah golongan bijak berpolitik daripada UMNO BN, umpan pembangunan adalah taktik kuno untuk diguna pakai di zaman siber ini. Walhal sebenarnya selama ini UMNO BN telah diperbodohkan oleh rakyat Kelantan tanpa di sedari.
1 comment:
Setiap ada PRKecil, jika ada pertandingan, sekalipun dengan calon bebas,wang milik negara yang dibayar rakyat melalui berbagai cukai tetap sahaja dibajirkan, kecuali, PRK itu dimenangi tanpa tanding.
Jika UMNO ikut bertandingpun, UMNO menggunakan duit parti yang diperoleh dari yuran para ahli dan juga hasil keuntungan yang dikendali oleh UMNO. Bukan duit kerajaan yang berasal dari cukai-cukai yang perlu dibayar oleh setiap individu atau syarikat-syarikat.
Tetapi, jika ada projek-projek yang dilulus demi kepentingan rakyat, nah itu baru wang kerajaan.
Sekiranya rakyat, tidak mahu projek-projek kerajaan bagi kemudahan rakyat seperti jalan-jalan raya, pasar-pasar, mini-mini dewan, elok lah di umumkan, bahawa rakyat menolak kemudahan yang disediakan. Tetapi,kena ingat, sangat pula, sesuatu kawasan tak ada kemudahan-kemudahan yang disalahkan kerajaan. kita kena berfikir dan bertindak adil sekurang-kurang pada diri kita sendiri, keluarga kita, saudara-saudara kita, kawan-kawan kita, dan seterusnya jiran-jiran dan rakyat amnya.
Post a Comment