NAMPAKNYA akhir-akhir ini tindakan dan keputusan pemimpin UMNO semakin bercelaru. Lihat bagaimana takutnya kepimpinan BN khususnya UMNO hendak bertanding di DUN Penanti.
Mereka mencari pelbagai alasan yang tidak masuk akal, tapi hakikat sebenarnya bukan soal pembaziran dan sebagainya yang sengaja diada-adakan tapi soal janji Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang diadakan pada bulan Ogos tahun lepas tidak pernah tertunai. Inilah yang amat membimbangkan BN khususnya UMNO untuk bertanding di DUN Penanti.
Cuba kita lihat tindakan kepimpinan BN khususnya UMNO yang tidak mahu bertanding di DUN Penanti dan dalam waktu yang sama dalam diam-diam menyokong calon Aminah Abdullah terkenal dengan panggilan Kak Min dan di gelar oleh Naib Presiden PKR sebagai Minah Ronggeng.
Kita katakan yang Kak Min atau Minah Ronggeng ini mendapat sokongan daripada pucuk pimpinan BN khususnya UMNO kerana beliau mendapat liputan yang cukup luas daripada media arus perdana. Belum pernah dalam sejarah negara ini media arus perdana memberikan liputan yang begitu baik kepada calon bebas.
Akhirnya segala-galanya terbukti apabila Kak Min atau Minah Ronggeng dalam satu kenyataan sebelum pilihanraya yang mengatakan wanita UMNO menyokong beliau dan kenyataan itu tersiar dalam Malaysiakini.
Dalam soal ini nampaknya Kak Min tertipu dan kepimpinan UMNO sudah dimatikan pemikiran oleh Tuhan. Oleh kerana mereka tidak bertanding mereka melemparkan sokongan kepada Kak Min atau Minah Ronggeng ini dan pada hari pilihanraya mereka menyediakan bas-bas rombongan membawa penyokong mereka makan angin.
Persoalannya betulkan sokongan yang dibuat kepada Kak Min atau Minah Ronggeng ini kerana undi yang diperolehi hanya mendapat 392 undi di belakang seorang lagi calon bebas Khan Ari yang memperolihi 494 undi. Nampaknya dalam soal ini Kak Min atau Minah Ronggeng benar-benar tertipu.
Sementara bagi kepimpinan BN khususnya UMNO yang tidak mahu bertanding tak payahlah melemparkan sokongan kepada calon bebas lain seperti Kak Min atau Minah Ronggeng itu dengan membuka ruang publisiti dalam media arus perdana. Semua orang tahu yang kepimpinan BN khususnya UMNO memberikan sokongan kepada calon bebas.
Kita katakan Tuhan sudah matikan pemikiran pemimpin UMNO. Kerana tindakan bodoh mereka tidak bertanding tapi melemparkan sokongan kepada Kak Min dan dalam waktu yang sama membawa keluar penyokong mereka dihari pilihanraya.
Mungkin dengan membawa keluar ramai pengundi mereka rasa berjaya mengurangkan jumlah kehadiran pengundi tapi mereka lupa dengan tindakan mereka yang tidak masuk pilihanraya DUN Penanti dan membawa para pengundi keluar akan menambah majoriti yang di perolehi oleh calon Pakatan Rakyat yang kini diwakili oleh Dr. Mansor Othman.
Akhirnya Dr. Mansor Othman menang dengan majority 5558 undi dan ketiga-calon bebas hilang wang pertaruhan malah yang paling malang kepimpinan BN khususnya UMNO habis duit matlamat tak sampai kerana Dr. Mansor Othman menang dengan lebih besar calon bebas yang di sokong secara senyap hanya dapat 392 undi." -- utara online
No comments:
Post a Comment