Oleh Mohd Zuharman
KOTA BHARU, 6 Jun — Nama calon yang bakal mewakili PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
KOTA BHARU, 6 Jun — Nama calon yang bakal mewakili PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memberitahu parti Islam itu tidak menghadapi masalah menentukan calon kerana ramai calon yang berkelayakan.
Ketika bercakap kepada pemberita selepas
mempengerusikan mesyuarat exco Nik Aziz berkata, calon yang sesuai telahpun dikenal pasti dan tunggu masa untuk diumumkan.
“Dun Manek Urai adalah kerusi PAS. PAS tidak ketandusan calon untuk dipilih bagi mewakili Dun Manek Urai. Dan calon itu sudah ada tapi tak boleh beritahu lagi,” katanya.
Namun spekulasi nama calon khususnya dari PAS dan Umno telah rancak dipertuturkan. Bekas calon PAS pilihan raya umum 2004, Zamzuri Mat Lazim yang tewas kepada calon Umno, Zulkifli Omar dengan majoriti tipis iaitu 53 undi diantara nama paling popular bakal dicalonkan semula.
Manakala nama Rohani Abdul Majid, Ketua Wanita Umno Kuala Krai, pula menjadi sebutan
ramai bakal mewakili Umno pada PRK tersebut. Beliau merupakan anak tempatan yang tinggal di kampung Manek Urai Lama.
PRK N41 Dun Manek Urai akan diadakan pada 14 Julai depan ekoran kematian Adunnya, Hj Ismail Yaakub, 22 Mei lalu. Ismail memenangi pilihan raya umum 8 Mac 2008 menewaskan Zulkifli dengan majoriti 1,352 undi.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini mencadangkan Umno tidak menyertai pilihan raya kecil ini sebagaimana tindakan Umno tidak menyertai pilihan raya kecil Penanti.
Ini kerana menang atau kalah tidak akan mengubahkan kedudukan di Kelantan dan kalau kalah Umno akan malu besar dan menambah koleksi kekalahan Umno selepas Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Bukit Selambau.
Namun Umno jelas sekali akan menyertainya kerana yakin dapat mengulangi pilihan raya 2004 lalu yang dimenanginya dengan majoriti 53 undi. Ia juga bakal menilai kembali kepimpinan Datuk Mustapha Mohamad yang baru dipilih semula sebagai Pengerusi Umno Kelantan.
Kemenangan pilihan raya 2004 adalah dibawah kepimpinan Mustapha. Pilihan raya kecil ini akan menguji kepimpinan Mustapha selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum tahun lepas di Kelantan. Ketika itu Umno Kelantan dipimpin oleh Datuk Annuar Musa.
Sementara itu Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan, ketika mengulas kenyataan Nik Aziz berkata, tidak akan menggunakan khutbah Jumaat sebagai medan untuk berkempen.
Menurut Maslan, berkomunikasi secara langsung dengan pengundi adalah lebih baik daripada menggunakan kaedah tersebut.
“Pada saya, lebih baik kita bertemu pengundi walau di mana sama ada di warong, kebun, surau, kedai kopi atau di jalanan. Itu saya rasa lebih sesuai dalam konteks PRK ini,” jelasnya.
Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz sebelum ini yang berkata tidak salah menggunakan masjid untuk menyampaikan mesej politik termasuk di atas mimbar kerana politik tidak boleh dipisahkan dari Islam - TMI
1 comment:
Manek Urai adalah hidup mati UMNO. Dengan apa cara sekalipun UMNO akan pastikan calonnya menang di Manek Urai.
Post a Comment