Saya terpanggil untuk mencatatkan kata-kata yang diluahkan oleh Syed Hamid Albar setelah tidak berjawatan menteri berikutan peristiwa terkini yang memalukan. Katanya, "UMNO perlu memberi tumpuan kepada aspek imej, kredibiliti, dan integriti jika mahu dilihat sebagai parti paling relevan membela nasib dan kepentingan orang Melayu.
Pernyataan ini sama sekali tidak memeranjatkan. Sumbernya pula daripada seorang mantan menteri yang tidak popular. Sekali gus tidak membayangkan pegangan majoriti pemimpin dalam UMNO.
Rakyat sudah muak mendengar retorik yang tidak berkesudahan itu. Pemimpin UMNO hanya pandai berkata-kata macam burung tiong. Tidak ada hasilnya. Tidak ada perubahan yang dibuat untuk membuktikan mereka sudah sedar. Retorik. Retorik. Retorik.
Imej pemimpin UMNO yang terpahat dalam pemikiran rakyat ialah elitis yang sombong. Mereka berlagak seperti bangsawan zaman feudal. Sentiasa menunjuk-nunjuk kesenangan diri. Sentiasa mahu dihormati. Sentiasa mahu bakti (sebenarnya tanggungjawab) yang dicurahkannya dibalas oleh rakyat. Jika tidak, mereka bising bagai murai tercabut ekor. Buktinya ialah curahan kemarahan Muhyiddin selepas kalah dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Kini mereka menukar taktik tersebut dengan berpura-pura menghayati kehidupan rakyat yang susah di Manek Urai. Sanggup menoreh getah. Sanggup tidur di rumah rakyat miskin. Sanggup berkain pelekat melawat kampung. Mereka berharap lakonan terbaru ini akan mencairkan rakyat Manek Urai, bersimpati kepada mereka, dan bersedia mengundi BN dalam PRK 14 Julai 2009 nanti. Tidak tahulah sama ada pengundi Manek Urai termakan atau tidak dengan lakonan palsu itu. Merelah yang lebih tahu tentang hal ini.
Baru-baru ini Zambry pula yang menjadi murai tercabut ekor. Dia tidak menyalahkan rakyat yang mengusirnya, sebaliknya menghentam pihak lain yang didakwanya telah mengapi-apikan sentimen kebencian terhadapnya tanpa mahu melihat ke dalam diri sendiri. Selain diusir, dia juga mengadu rakyat enggan bersalam dengannya. Nampak benar dia telah membakulsampahkan ijazah tinggi yang diperolehnya. Cakapnya macam orang sekolah atap berdebat di kedai kopi.
Jika dia mementingkan kredibiliti, dia akan melakukan muhasabah diri. Dia akan tanya dirinya sama ada rakyat percaya atau tidak kepadanya sebagai MB. Kejadian itu menunjukkan dia tiada kredibiliti. Dalam politik berteraskan demokrasi, kuasa berada dalam tangan rakyat, bukan di tangan mahkamah atau istana atau SPR atau polis. Demi kredibiliti, dia perlu menjadi MB yang dipilih dalam kalangan ADUN pilihan rakyat, bukan dalam kalangan ADUN yang merampas kuasa kemudian dilegitimasikan oleh mahkamah.
Jika dia mementingkan integriti, dia akan sentiasa jujur kepada diri sendiri dan orang lain. Menafikan hak 54% pengundi yang memilih PR sebagai kerajaan selepas PRU Ke-12 melalui rampasan kuasa dan beriya-iya mempertahankannya atas alasan mendapat majoriti dan diperkenan sultan tidak menunjukkan UMNO-BN ada kredibiliti dan integriti. Perolehan kuasa secara itu dianggap bacul dan melanun. Mahukah UMNO dilabelkan sebagai lanun?
Imej orang bacul hina pada pandangan rakyat. Orang yang tiada kredibiliti tidak akan mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat. Orang yang tiada integriti akan sentiasa dicap sebagai pengkhianat kerana mengkhianati hak rakyat. Manusia jenis inilah yang tidak akan rasa bersalah apabila memperhamba rakyat, sedangkan mulut mereka berkata, "Kamilah hamba rakyat."
Ungkapan itu bergema semasa PRK Kuala Terengganu yang lalu. Yang mengucapkannya ialah Najib sendiri. Walau bagaimanapun, Si Tiong ini tidak faham kata-kata yang diucapkannya. Tindak tanduk UMNO-BN dalam kempen menampakkan sifat elitis yang pandai berpura-pura. Faktor itulah yang menyebabkan rakyat tidak memilih mereka.
Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, Zambry perlu banyak beristiqfar. Dia perlu menyedari kedudukannya sekarang tidak sekuat mana. Dia hanya menjadi mangsa kegelojohan Najib. Kedua-dua mereka tersepit dicelah-celah kebangkitan suara rakyat. Rakyat sebagai tuan akan terus bersuara. Semua rakyat Malaysia menerima ungkapan ini: Suara Rakyat Suara Keramat.
Tidak perlulah keras kepala. Kata orang tua-tua, "Ikut rasa binasa", "Ikut hati mati". Bubarkanlah DUN Perak dengan segera untuk menghidupkan demokrasi dan menamatkan kemelut politik yang tidak berfaedah ini serta menyuburkan tamadun Melayu. Campakkanlah Ketuanan UMNO jauh-jauh. - utara online
3 comments:
Teh tarikkkkkk satu...
Bismilah Hir Rahman NIr Rahim
Pandai sungguh susunan ayat blogger ini . Pandai bermain madah pujangga. Anyway " BUBARKAN DUN NEGERI PERAK " apa blogger dah gila ke? Bagi puak UMNO BN ni bila da dapat jawatan tertinggi dalam kerajaan nak di suruh lepaskan jawatan , jangan mimpilah atau sori lah brader . Apa gila ke nak lepaskan jawatan Menteri besar Makamah . Hello brader lu pikir senang ke nak dapat jawatan menteri besar perak .Kalau dilepaskan alamatlah kena tunggulah musang berjanggut beb. Kalau tak blogger tak percaya cuba tanya dengan isteri MB makamah . For sure jawapanya tetap sama , APA LU GILA KA? GUA DAH BELI MACAM2 FESYEN BAJU . Cara jalan MB Makamah dan isteri pun dah lain macam beb . So blogger jangan nak memandai mandai nak suruh MB Makamah bubarkan dun Perak ok.
Mamak! Cancel teh tarik!.... Saya nak ke kedai Pak Mat sebelah... kopi tiam seberang jalan pun nampak lebih menyelerakan...
Post a Comment