04 July 2009

PRK MANEK URAI : Calon PAS sertai konvoi bermotosikal


MANEK URAI, 4 Jun : Pagi tadi telah berlangsungnya program konvoi bermotor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang dihadir hampir golongan besarnya adalah dikalangan anak muda.

Hampir lebih 300 pemuda menyertai program tersebut. Setiap Unit Peti Undi(UPU) telah menghantar seramai 30 orang peserta yang usianya mencecah 21 tahun ke atas dan mereka termasuk dari kelab kereta nasional, motosikal klasik dan motosikal berkuasa tinggi.Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau percaya dan yakin bahawa golongan muda hanya mahukan PAS dan Pakatan Rakyat mengembalikan kegemilangan negara setelah dihancurkan oleh BN dengan pelbagai penyelewengan.

Tambah beliau lagi, dengan melihat kehadiran anak muda yang begitu ramai pada pagi tadi, ini menunjukkan bahawa golongan beliau lebih yakin dengan kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat."Walaupun BN menyembunyikan segala kepincangan yang berlaku namun rakyat terutamanya golongan belia mudah menghidu kerana teknologi maklumat sekarang semakin canggih," katanya.

Konvoi bermotor tersebut melalui Kampung Peria, Sungai Sok, Chuchuh Puteri, Lata Rek, Laloh dan berakhir di Manek Urai.

Turut hadir di program tersebut adalah calon PAS DUN Manek Urai iaitu Saudara Fauzi Abdullah. -- prkn41

1 comment:

Anonymous said...

KITA PILIH PARTI YANG BUKAN SETAKAT PANDAI BUAT JANJI DENGAN RAKYAT. SAYA BARU SAJE BACA POSTING INI (MANA PERGI JANJI KERAJAAN BERJIWA RAKYAT? ADUAN KEPADA PERDANA MENTERI TIDAK MENDAPAT RESPONS) http://www.luahfikiran.blogspot.com. JADI SEKARANG KITA NAK PERCAYA KEPADA SIAPA?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive