07 July 2009

PRK Manek Urai : Nasib malang BN



TPM, Muhyiddin Yassin secara tak langsung mengakui memang BN sekarang sedang dalam keadaan malang. Beliau meminta agar pengundi-pengundi Manek Urai menamatkan suasana malang BN ini dengan memilih BN pada 14 Julai nanti.

Apakah nasib malang BN akan berakhir di Manek Urai? Atau BN terus menerus di timpa malang yang amat teruk selepas PRK Manek Urai?

Sememangnya BN yang tak habis-habis ditimpa malang sejak PRU12 lalu. Dengan kehilangan 4 negeri pada Pakatan Rakyat, seterusnya kalah dalam kesemua 4 PRK di Semenanjung kecuali 1 di Sarawak, BN akan terus ditimpa malang lagi selepas ini.

Walaupun mereka berjaya untuk merampas semula Perak dengan cara yang tidak beretika, itu bukanlah penyudah kepada nasib malang UMNO BN. Dikhabarkan "katak-katak" yang digunakan untuk merampas Perak dahulu kini seolah-olah sudah menyesal dengan tindakan mereka dan dikhabarkan sedang cuba berjinak-jinak untuk kembali kepada PKR. Konon nya apa yang dijanjikan najib dulu belum tertunai sepenuhnya. Pertuduhan khalwat juga akan diteruskan. Nasib kau lah katak ... MSK ada cerita penuh di sini

Apakah pengundi Manek Urai akan melayan permintaan Muhyidddin 14 Julai nanti?

Untuk pengundi-pengundi, biarkanlah UMNO BN terus menerus dirundung malang dan seterusnya berkubur. Tak perlu lah dilayan parti yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan, parti yang mempertikai kehebatan TGNA, parti yang hanya memperkayakan kroni-kroni mereka sahaja. Lupakan UMNO.

Apakah dengan hanya datang bermalam di Manek Urai, turun bersama-sama penduduk untuk menoreh getah, keperluan sekolah untuk anak-anak yang selama ini tak pernah pun diterima, pengundi patut memberikan undi pada BN? Apakah semuanya ini ikhlas dari pemerintah? Semua ini hanyalah gula-gula untuk UMNO BN menagih simpati demi satu undi untuk mereka terus berkuasa, untuk mereka terus memperkayakan diri. Pengundi-pengundi akan ditinggalkan seperti dahulu selepas 14 Julai nanti. Tiada lagi muka Muhyiddin, Mustapa, Shahrizat untuk bersama-sama menoreh getah, untuk sama-sama bermalam di Manek Urai. Percayalah ...

Lupakan BN. Lupakan UMNO ... Biar UMNO BN terus menerus ditimpa malang yang tak sudah-sudah ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive