04 September 2009

Ada orang dah mula kecut "Teloq"


Apa-apa pun takziah saya ucapkan kepada keluarga allahyarham Azman Mohd Noor bekas YB Adun Bagan Pinang dalam Parlimen Telok Kemang, Port Dickson. N9, yang telah meningal dunia pada kira-kira jam 2.30ptg tadi di Pusat Pakar Seremban.

Allahyarham telah memenangi kerusi tersebut atas tiket BN mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333.

Nampaknya UMNO BN tak dapat nak mengelak lagi. Kalau pada hari Selasa lepas SPR telah mengesahkan bahawa DUN Kota Seputeh di Kedah TIDAK KOSONG, tapi untuk DUN Bagan Pinang ini rasa saya SPR atau pun UMNO BN tak dapat nak lari dari kenyataan lagi melainkan SPR dapat mengesahkan yang YB Azman Mohd Noor "tidak mati".

Jadi dalam masa 40 hari dari sekarang, yang pasti akan ada lah satu lagi PRK. Dan akan adalah orang-orang yang dah mula kecut "teloq". Ingatkan dah selamat apabila tiada PRK di Kota Seputeh, tapi rupanya belum selamat, Bagan Pinang sedang menunggu.
Itulah ketentuan Nya. Kita tidak dapat lari.

Tunggu apa kata SPR nanti ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive