Kegawatan politik semasa tanahair khususnya di pihak pemerintah yang zalim akan terus diuji. Najib dan sekutu-sekutunya tidak dapat lari dari ujian ini. Walau pun mereka cuba mengelak dengan pelbagai helah, namun apa yang jelas sekarang, ujian-ujian getir akan terus melanda mereka.
Apabila BN menerima kekalahan di PRK Terengganu, mereka cuba mengelak dengan tidak meletakan calon di PRK Penanti. Alasan diberikan kononnya PRK Penanti permainan politik pihak pembangkang (Pakatan Rakyat). Pembaziran wang rakyat. Akhirnya calon PR hanya berdepan dengan calon-calon bebas termasuk seorang calon wanita bekas Ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang, Kak Min atau Minah Ronggeng, gelaran yang diberikan oleh cheGuBard.
Walau pun diawal tempoh berkempen pelbagai isu cuba disensasikan oleh Kak Min, antara nya mendapat sokongan dari pihak Umno, tawaran jawatan dan juga wang ringgit dari pihak Keadilan untuk tidak bertanding, yang sedikit sebanyak rasa-rasa boleh mengganggu gagat calon PR. Bagi UMNO BN pula mereka amat berharap agar calon PR dapat ditewaskan oleh calon-calon bebas tersebut terutamanya Kak Min, tapi segala "lawak" Kak Min tidak berhasil. Calon PK menang. UMNO BN "selamat" dari dimalukan.
Kiranya UMNO BN juga meletak calon di sini sudah pasti mereka juga akan tersungkur. Ini lah yang menjadi sebab musabab utama kenapa UMNO BN tidak meletakkan calon mereka di Penanti. bukan pembaziran. Isu pembaziran sekadar alasan untuk tidak mahu menanggung malu.
Kalau sebelum itu UMNO BN telah menerima kekalahan 2-1 apabila tiga PRK dijalankan serentak, iaitu di Batang Ai, Sarawak, Bukit Selambau, Kedah dan Bukit Gantang Perak. Mereka hanya dapat memikat pengundi Batang Ai, itu pun dengan pelbagai tipu helah, seperti yang di lapurkan oleh Mafrel.
Belum pun reda PRK Penanti tiba-tiba timbul pula PRK Manek Urai. Belum sempat bernafas Najib dah buat kenyataan yang BN akan meletakan calonnya di sana. Tidak pula membazir kali ni ye. Maka berduyun-duyun lah juru angguk, pemutar alam UMNO turun berkampung di Manek Urai.
Ayam belum berkokok masing-masing dengan pisau penoreh telah sama-sama penduduk tempatan turun ke ladang getah untuk sama-sama menorah getah. Pemimpin berjiwa rakyat konon. Nak ambil hati pengundi. Bagaikan pesta dibuatnya. Penduduk Manek Urai tersenyum riang. Apa tidaknya, pelbagai bantuan datang mencurah-curah. Tapi itu bukan bantuan pilihanraya atau "mee segera" tapi semua nya telah lama dirancang, kebetulan saja ianya terjadi semasa kematian ADUN disana. Penduduk tersenyum lagi.
Kebetulan pula terdapat sedikit krisis dalam PAS ketika itu, iaitu selepas Muktamar PAS yang berlangsung di Shah Alam. UMNO BN percaya mereka pasti boleh menawan Manek Urai. Helikopter bersimpang siur. Penduduk keluar ramai-ramai tapi bukan nak sambut menteri datang tapi nak tengok "besi terbang" secara dekat. UMNO BN penuh yakin. Tambahan pula katanya calon PAS sekadar pemborong ikan, manakala calon mereke bekas seorang pengurus.
Tapi malang. Pemborong ikan telah berjaya menewaskan seorang pengurus. Muhyiddin malu. UMNO malu. Najib malu besar. Walau pun begitu, untuk menutup malu, katanya mereka berjaya. Berjaya mengurangkan majoriti.
Najib garu kepala. Pening. Terus keluar negara. Diserahkan kepada Muhyiddin apabila tiba-tiba muncul lagi PRK. Untuk kali kedua PRK dalam Parlimen Permatang Pauh, kawasan Parlimen DSAI selepas Penanti, iaitu Permatang Pasir.
Rohaizat sorang peguam, calon muka tempatan diletakan sebagai calon BN untuk berdepan dengan calon PAS. Konon nya pilihan yang tepat seperti yang didakwa. Tanpa diduga UMNO BN, PAS telah membongkar cerita siapa Rohaizat sebenar, ditambah dengan kenyataan dari Majlis Peguam bahawa Rohaizat telah ditarik balik lesen guaman nya akibat dari salahlaku dalam satu kes melibatkan wang pelanggan.
UMNO menafikannya. Penafian tidak berjaya apabila rakan kongsi Rohaizat turut secara tidak langsung "berkempen" untuk PAS. UMNO mati akal. Tapi katanya itu masalah peribadi, tidak melibatkan karier politik calon mereka. Satu kenyataan yang bodoh dari "orang-orang pandai". Tapi mereka terlupa, pengundi Permatang Pasir tidak sebodoh mereka.
Maka pak-pak angguk, pak turut, pembodek sekali lagi turun berkampong di Permatang Pasir. Nasib baik bukan musim menuai atau membajak sawah di Permatang Pasir, kalau tidak boleh tengok Muhyiddin turun sawah, Khairi membajak atau Ali Rustam pandu mesin menuai padi. Kemenagan dalam tangan dakwa UMNO BN.
Yang benar tetap benar. BN tergolek sekali lagi di Permatang Pasir. Kasihan. Keputusan kini 7-1.
Angin PRK berarak ke Kedah. ADUN Kota Seputeh dari BN didakwa telah dua kali gagal hadir sidang DUN. Speaker menulis surat kepada SPR memaklumkan hal tersebut. Ramai berpendapat SPR akan menyebelahi BN. Tekaan tepat. SPR ingin menutup malu BN. Diisytihar bahawa TIADA PRK di Kota Seputeh. UMNO BN lega. Teramat lega. Kalau diadakan juga PRK, jawapannya 8-1 lah.
Tapi langit cerah UMNO BN tidak lama. Mereka cuma dapat bersenang sekadar cuma 4 hari. Tiba-tiba hari ini ADUN mereka dari DUN Bagan Pinang dalam Parlimen Telok Kemang telah kembali ke rahmatullah petang tadi. Tiada alasan untuk SPR untuk tidak mengadakan PRK di sana.
Oleh itu untuk semua yang terlibat terutama Pakatan Rakyat, mulalah dari saat ini untuk mengatur segala strategi terbaik bagi menawan Bagan Pinang dari BN... Insyallah.
1 comment:
Allahummansur Muslimin nawal Mujahiddin fiil kulli makan wa fiil kulli zamman..wa khusus'an Pakatan Rakyat.
Allahuakbar!
Post a Comment