Formula 1 : Iklan bergerak. Itulah hakikatnya.
Pasukan atau penaja-penaja kepada sesuatu pasukan ingin mengiklankan/mempromosikan barangan mereka melalui satu saluran yang cukup berprestij keseluruh dunia.
Sebagai contoh, kita ambil saja syarikat minyak negara, PETRONAS. PETRONAS kini sedang dalam proses memperkembangkan sayap perniagan nya keseluruh dunia. Sebelum dapat menembusi pasaran ke sesuatu negara itu PETRONAS perlu memperkenalkan namanya terlebih dahulu. Untuk itu PETRONAS menyertai Formula 1. Bermula dengan Pasukan RedBull Sauber PETRONAS dan seterusnya BMW Sauber F1. Tapi malang bagi PETRONAS pasukan BMW Sauber akan menarik diri dari menyetai F1 bermula tahun hadapan.
Jadi kita sebagai rakyat biasa dan mungkin juga sebahagian besar kakitangan PETRONAS tidak mendapat apa-apa pulangan secara langsung hasil dari penajaan PETRONAS tersebut. Bagi PETRONAS, hasilnya memang ada. Nama PETRONAS kini dikenali hampir keseluruh dunia.
Samalah juga dengan 1Malaysia F1 Team yang telah dilancarkan oleh Najib Razak baru-baru ini. Pasukan yang diterajui oleh Tony Fernandez AirAsia dengan kerjasama Proton dan Naza dan di sokong oleh AAM, MAM dan SIC akan mula bersaing dalam arena Formula 1 mulai tahun hadapan.
Saperti saya katakan di atas tadi, kita tidak akan mendapat apa-apa pulangan melainkan beberapa kerat rakyat Malaysia yang akan diambil bertugas dengan pasukan tersebut. Itu saja. Bercakap soal pemindahan teknologi, tanyalah PETRONAS, apa teknologi yang telah dipindahkan ke Malaysia hasil dari kerjasama dengan BMW atau yang terdahulunya semasa pasukan Sauber PETRONAS yang menggunakan enjin Ferrari. Apakah Ferrari telah menunjukajar PETRONAS untuk membina enjin Formula 1? PETRONAS sekadar menukar nama Ferrari kepada PETRONAS pada enjin Ferrari yang digunakan dalam pasukan mereka.
Apa sudah jadi dengan beberapa kakitangan PETRONAS yang dihantar ke Switzerland pada awal penubuhan atau diawal kerjasama PETRONAS dengan Sauber dahulu. Apa sudah jadi dengan Sauber PETRONAS Engineering (SPE)? Adakah PETRONAS telah berjaya mengeluarkan enjin Formula 1 sekarang ini? Kalau ya kenapa Pasukan 1Malysia F1 tidak menggunakan enjin PETRONAS sebaliknya menggunakan enjin Lotus? Rakyat bawahan ingin tahu apa hasilnya dari pelaburan berbillion ringgit wang rakyat itu. Projek penyertaan PETRONAS dalam arena Formula 1 ini adalah hasil dari idea PM terdahulu, Mahathir. Apabila Mahathit pergi, projeknya juga kini hanyut entah kemana. Hasilnya "kosong" ... tiada sebarang teknologi yang dipindahkan yang dapat memberi menafaat secara langsung kepada rakyat, kecuali kepada PETRONAS sendiri. Namanya kini dikenali.
Begitu juga lah yang bakal terjadi kepada pasukan F1 1Malaysia nanti. Rakyat hanya dapat melihat selain dari beberapa orang yang bakal menjadi "krew" kepada pasukan tersebut. (itu pun kalau adalah) Pemegang "lolipop", pengangkat tayar, pencuci helmet pemandu, sebaliknya bagi kerja-kerja teknikal yang lain bakal diisi oleh orang luar. Melainkan beberapa jurutera PETRONAS yang dulunya bertugas dengan Pasukan Sauber PETRONAS yang mungkin akan diterima masuk dalam pasukan 1Malaysia ini.
Bagi pemilik pasukan, AirAsia, Proton dan NAZA penubuhan pasukan Formula 1 ini adalah untuk "menjual nama" mereka kepersada antarabangsa. Tidak ada sebab lain dari itu. Saya tidak kisah AirAsia dan NAZA, mereka syarikat persendirian. Mereka punya hak mutlak untuk mempromosikan atau memperkenalkan nama masing-masing dengan apa cara sekalipun, tapi bagaimana dengan Proton, syarikat milik kerajaan. Seperti kata Najib, kerajaan bakal terlibat dalam pasukan ini melalui Proton. Kerajaan akan menyalurkan peruntukan (yang tidak diberitau jumlahnya) dalam pasukan ini kepada Proton. Kerajaan akan menggunakan wang rakyat. Disini rakyat patut mempersoalkannya.
Apakah Malaysia masih belum dikenali dunia? Atau Najib ingin memperkenalkan 1Malaysia nya yang rakyat sendiri pun belum memahami apa itu 1Malaysia? Atau Najib ingin memperkenalkan diri beliau yang punya banyak kes kontroversi itu? Sebenarnya Najib Razak telah dikenali seluruh dunia melalui kes Altantuya.
Saya ada terbaca komen Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam, antaranya beliau berkata ".... ada khabar angin menjelaskan, beberapa kojahanan F1 sebelum ini pun tidak mendapat sambutan rakyat, sehingga pihak penganjur terpaksa memberi tiket percuma kepada penjawat kerajaan"
Buat pengetahuan Datuk, apa yang Datuk katakan itu sebenarnya bukan khabar angin, ia benar-benar terjadi. Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terpaksa membeli tiket-tiket bagi tempat duduk Grand Stand yang harganya mencecah RM2ribu setiap satu (pakeg untuk 3 hari - Jumaat, Sabtu dan Ahad termasuk makan, pengangkutan, baju T, dan topi) dan diedarkan kepada pelanggan-pelanggan, ketua-ketua jabatan kerajaan yang ada urusan dengan syarikat-syarikat terbabit atau pelajar-pelajar dan juga rumah-rumah anak-anak yatim.
Boleh dikatakan hampir 90% penonton yang memenuhi tempat duduk Grand Stand setiap kali perlumbaan F1 diadakan di Sepang adalah pemegang TIKET PERCUMA. Siapakah kita rakyat Malaysia yang sanggup untuk membeli tiket Grand Stand dengan harga tersebut? Yang ada hanyalah pelancong-pelancong luar. Rakyat Malaysia hanya sanggup membeli tiket RM200 sahaja. (Maaf lah kalau ada pembaca yang masuk ke Grand Stand dengan tiket sendiri)
Itu lah sebenarnya Formula 1. Jangan harap kita rakyat bawahan akan mendapat keuntungan secara langsung dari acara ini. Melainkan penjual berger (kosong - sekadar roti dan sekeping berger tanpa sayur) dan air samada di dalam kawasan litar atau disekitar stesen PETRONAS dihadapan litar dengan harga RM6. Untuk memiliki topi Ferrari? Sediakan RM180.00.
Inilah yang dibangga-banggakan oleh pemerintah kita bermula dari Mahathir dan kini Najib. Apakah ini bertepatan denga konsep 1Malaysia? Malas saya nak ungkapkan slogan nya ... menyampah ... Slogan saya "cakap tak serupa bikin" wahai Najib
3 comments:
Salam Aidilfitri,
Mungkin saudara terlupa tentang Alex Yoong yang menyertai pasukan Minardi dahulu. Pemandu F1 Malaysia pertama. Sekarang dimana beliau? Apa dah jadi dengan pemandu Malaysia pertama tersebut? Saya bersetuju dengan artikal saudara, sebagai rakyat kita tidak akan mendapat apa-apa pulangan baik acara F1 di Sepang maupun pasukan-pasukan dari Malaysia yang telah dan bakal menyertai acara sukan yang berpretasi tinggi ini. Wasallam
1Malaysia - Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan - tapi apa yang rakyat didahulukan dalam psukan formula 1 yg ditubuhkan ini.tidak ada kene mengena dengan rakyat langsung. ini semua urusan perniagaan airasia naza dan proton. janganlah demi untuk menghalalkan sesuatu projek, nama rakyat disabitkan. sesungguhnya rakyat get nothing from this project.
tak lebih tak kurang sama macam kejohanan perahu layar monsoon cup di terngganu.. ape faedah nya bagi rakyat ganu khas nya,,,malaysia am nya?
hampeh...
Post a Comment