19 September 2009

Negara Islam Najib Altantuya : Kenapa hukum Islam terus dipermainkan?


Selepas Najib dan Shahrizat, terbaru. seperti yang dilapurkan Malaysian Insider hari ini, Sisters In Islam (SIS) pula akan memfailkan rayuan agar hukuman rotan yang telah dijatuhkan ke atas seorang model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno ditangguhkan.

Apakah semua ini? Ini kah keadaan dalam sebuah negara Islam seperti didakwan Najib atau ini kah negara Islam ala Najib? Fikir-fikirkan lah wahai saudara-saudara Islam ku, apakah hukum-hukum Islam akan terus dipermainkan oleh mereka-mereka yang mengaku Islam?

Lapuran penuh di Malaysian Insider
Makan di siang hari di Sandakan ... di sini

3 comments:

Anggerik Kota said...

Salam,
Tidakkah kita boleh melihat bahawa apa yang dikatakan "hukum Islam" itu tidak semata-mata menyebat orang?

Tidakkah Kartika boleh "dihukum" dengan cara lain, selain daripada menyebatnya dengan rotan?

Barangkali apa yang dikatakan "hukum Islam" itu masih perlu ditafsirkan semula dalam konteks masa dan masyarakat yang telah berubah, dan tidak dilaksanakan begitu saja seperti dalam konteks masyarakat Islam 15 abad yang lalu.

sheikh teluk intan said...

Salam sahabat,

Hukum yang sudah jelas dalam Al-Qur'an dan Hadis Nabis, tidak boleh tafsirkan semula dalam konteks semasa. Sepatutnya kita yang patut sesuaikan diri dengan perintah Allah dan Rasul yang sesuai untuk masa dulu , kini dan selamanya. Macam perintah solat, kalau ikutkan kesibukan kita diabad yang serba maja ini, kita tak perlu solat untuk memajukan ekonomi negara yang sedang tenat . Tapi Perintah Allah itu wajib kitya tunaikan.

Lainlah perkara-perkara yang hukumnya masih dalam lingkungan ijtihadi, maka bolehlah ulama (bukan semua orang) melakukan ijtihad yang lebih menepati kehendak Al-Qur'an dan Sunnah.

Ini komen Pak Sheikh kepada saudari kita seperti diatas.

Dan sempena sambutan Aidil Fitri, Pak Sheikh ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada akhi dan famili. Semoga ceria dan dirahmati Allah.

MANSOR JUNUS said...

Undang2 Syariah kata hukum sebat. Kalau kita menuntut sebaliknya bererti kita menyanggah hukum Allah SWT. Siapakah kita yang berani berbuat demikian. Lagi pula, arak itu jelas merosakan. Kenapa pula ada yang masih tunjuk simpati. Sepatutnya hukum2 yang seumpama itu sudah dilaksanakan dengan lebih meluas. Kalau orang bukan Islam yang menentang, lojiklah. Ini orang Islam sendiri yang heboh. Mereka ini lebih tahu dari Allah SWT ke ? Kalaulah mereka ini pandai sangat, pergilah ajar Polis bagaimana nak benteras jenayah yang semakin banyak dalam negara kita. Bukankah itu akan lebih memberi manfaat kpd rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive