18 September 2009

Sehari di Sandakan - Pemandangan yang tak pernah saya lihat dan mungkin anda juga

Sementara menantikan penerbangan balik ke KK jam 2.20 ptg tadi, saya sempat berjalan-jalan di sekitar bandar Sandakan yang pertama kali saya sampai ini. Seperti dimana-mana bandar samada di Sabah atau di semenanjung, keadaan hari ini begitu sesak ketika ramai yang keluar membeli belah bagi persiapan Aidilfitri. Kenderaan berasak-asak, ditambah pula dengan penutupan beberapa batang jalan disekitar bandar kecil ini.
Beberapa perkara yang menarik perhatian saya pagi tadi. Pertama, Pasar "devider". Belum pernah saya temui sebelum ini, pembahagi jalan dijadikan tempat untuk berniaga oleh peniaga-peniga kecil. Mungkin bagi penduduk tempatan perkara sebegini sudah menjadi kebiasaan, tapi bagi saya adalah sesuatu yang baru ...

Dan yang paling menarik dan agak terkejut saya dibuatnya ...., lihat saja gambar di bawah ini yang diambil sekitar jam 11.00 pagi di sebuah restoran makanan segera terkenal. Apabila ditanya dengan pekerjanya, katanya pemandangan sebegini adalah perkara biasa ... Masyaallah ... Apa sudah jadi? Nak dikatakan non-muslim kenapa ia bertudung???

Adik ini dalam lingkungan 13-14 tahun bersama mungkin kakak atau ibunya ... tapi bagaimana yang di bawah ini ???


Termasuk suaminya (tiada dalam gambar)

Kalau yer pun "tak dapat berpuasa" kenapa mesti makan di sini ... Mana Majlis Agama Islam Sabah? ... Inilah dia Negara Islam 1Malaysia Najib Altantuya ... Sedih saya melihatnya

3 comments:

anakpahang said...

Salam.

Saya pernah berkhidmat di Sabah selama 7 tahun.

Tahun pertama menjalani ibadah puasa di sana terasa amat sukar dan sedih lebih-lebih lagi kali pertama berjauhan dengan keluarga.

Suasana yang paling memeranjatkan adalah serupa dengan paparan oleh mimpi senja.

Ini bermakna telah berbelas tahun saya kembali ke Semenanjung nampaknya ianya masih tidak berubah.

Wahai pemimpin-pemimpin UMNO yang masih mengaku memperjuangkan kesucian agama Islam , ke mana kamu selama ini sehinggakan fenomena ini masih tidak berubah.

Shalehudin said...

Salam Tuan,
Memang terkejut pun, sombong dan angkuh ni bukan pakaian umat Islam..

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari kami di IMCurtain.com. Maaf Zahir dan Batin!

p/s: Kami ingin mengajak para blogger semua untuk menyertai komuniti blogger kami di IMCurtain.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive