Bertempat di salah sebuah rumah orang kuat UMNO di dalam Parlimen Kota Raja, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang juga merupakan EXCO Kerajaan Selangor, Yb Dato Dr Hassan Ali telah sudi MENGIMAMKAN majlis tahlil dan solat isya berjemaah.
Ianya merupakan suatu majlis tertutup oleh sebuah famili UMNO yang hanya mengundang saudara mara terdekat bersama dengan jiran tetangga dan Ajk masjid berhampiran.Apakah ini akan menjadi bunga bunga tanda awal Dr Hassan Ali bakal meninggalkan Pakatan Rakyat yang semakin panas dengan tindakan ADUN Gombak Setia itu mengkritik kerajaan pimpinan Khalid LEMBU..?
Beberapa bulan yang lalu isu Arak dan kini isu SELCAT.Selesai mengimamkan solat isya, Hassan Ali telah memberikan tazkirahnya yang mengingatkan betapa penting mempraktikkan amalan kehidupan Islam yang sebenarnya dalam sesebuah keluarga.
Ketika menyampaikan tazkirahnya itu, beliau berkesempatan untuk “meluahkan” rasa kecewanya apabila mendapati ada ramai rakan rakan Ahli Mesyuarat Negeri dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor tidak menyokongnya untuk membawa mekanisme pengawalan jualan arak yang menjadi punca masalah sosial dikalangan remaja islam…!
“ Yang paling kuat menentang saya ialah wakil rakyat dari kawasan sinilah…! Yb kawasan saudara semua...” jelas Dr Hassan Ali disambut dengan ketawa sinis hadirin malam tadi. - info Corner
No comments:
Post a Comment