Ini lah sebabnya, TGNA yang lebih memahami masalah dalaman PAS, telah meminta diadakan EGM atau pun kini sudah bertukar menjadi Mesyuarat Khas. Tujuan nya bagi mengelak isu panas UG atau kerjaan perpaduan atau kerjasama PAS dan UMNO menjadi kenyataan. Sebelum isu tersebut meletup , elok lah puak-puak pro Umno ini samada di bersihkan atau disingkirkan terlebih dulu dari PAS.
Untuk makluman semua satu pertemuan tertutup telah di adakan di rumah Hassan Ali di Taman Tun Dr Ismail malam tadi dengan para-para blogger PAS juga blogger Umno. Turut hadir ialah Nasharuddin Mat Isa.
Kenapa perlu ada pertemuan sulit/tertutup ini. Ini menampakkan isu UG yang kononnya telah pun di "tutup kes" sebenarnya masih panas, masih di perbincangkan secara sulit oleh puak-puak yang diketuai Nasha, Mustafa dan Hassan Ali.
Kenapa dan apa yang mereka cari (kumpulan pro Umno dalam PAS) kalau bukan pangkat dan kedudukan? Ikuti lapuran seterusnya di sini dan di sini
Petikan artikal yang saya ambil dari Blog PAPA GOMO (blogger UMNO);-
Maka terjawap sudah akan Kerajaan Perpaduan di antara Umno dan Pas. Sesi dialog bersama Hassan Ali bertempat di rumahnya yang di hadiri Ustaz Nasha dan beberapa pimpinan PAS yang lain telah dapat merungkai apa sebenarnya yang berlaku.
Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini. Pimpinan Pas telah sebulat suara untuk keluar dari Pakatan Pembangkang yang nampaknya sudah lari dari konsep asal mereka. campur Tangan Anwar dalam banyak isu juga telah membuatkan Pas meluat dalam pakatan Pembangkang ini.
Nik Ajis telah menyatakan ada individu dalam Pas yang cuba bargabung dengan Pas. Dan ternyata Nik Ajis telah silap dalam kenyataan nya. Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.
Hussam Musa yang mana merupakan ketua Puak Edrogan lah yang telah meracuni Nik Ajis agar menolak dengan keras cadangan Kerajaan Perpaduan ini. Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas. Oleh sebab itu lah Individu seperti Haji Hadi, Ustaz Nasha, Hassan Ali dan beberapa pimpinan Pas telah di jadikan target utama Hussam Musa untuk menghancurkan Pas.
Kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno akan berlaku. Jadi marilah kita sama-sama mendoakannya agar Islam bersatu dalam membangunkan Malaysia ini. Dalam itu juga jangan kita memberi peluang kepada Musuh yang cuba menghancurkan perpaduan Islam ini. Puak Edrogan dalam Pas dan Anwar mesti ditentang agar mereka tahu kekuatan kita yang ingin lihat Perpaduan antara Islam terjalin.
Nik Ajis telah mengeluarkan Tuduhan kepada individu yang tidak bersalah. Dan wajar Nik Ajis memohon maaf atas tindakan nya yang kurang pengetahuan itu. Fitnah yang Nik Ajis lemparkan adalah sangat Berat Dosanya. Moga Nik Ajis sedar akan kesilapan yang di lakukan nya.
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
2 comments:
Posting oleh papa gomo itulah sebenar-benar FITNAH.
Perpaduan sebenar bukan perpaduan di antara PAS dgn UMNO semata2 tetapi perpaduan sebenar adalah perpaduan seluruh parti politik dan seluruh rakyat Malaysia.
Usahlah mempercayai walau sepatah perkataan pun jika diterbitkan oleh puak2 munafikin dan fasik itu.!!!
Tidak ada puak Erdogan atau puak Erbakan, itu hanyalah label yang ditandakan oleh musuh PAS yakni UMNO bagi memecah belahkan PAS.
Tinggalkanlah daripsda memperkatakan Erdogan atau Erbakan lagi. PAS sedang memacu perubahan bersama Pakatan Rakyat.
Apa pun besok jawapan MUKTAMAD akan diperoleh!!!
Hidup ISLAM!!!
Terima kasih Kuda Perang atas penjelasan anda.
Post a Comment