Showing posts with label UG. Show all posts
Showing posts with label UG. Show all posts

28 October 2009

Ada ahli PAS cuba runtuhkan PR?

Wednesday, October 28, 2009

Pengkhabaran tentang terdapat segelintir tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) bertiup kencang sebelum Muktamar Pas beberapa bulan yang lalu. Golongan ini digelar sebagai golongan "pro muzakarah" atau pro Unity Government (UG). Lawannya pula gelar golongan "erdogan" yang mana menyokong PR. Namun begitu, beberapa hari yang lalu Pas digoncang lagi dengan isu EGM yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Pas Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz. Melalui isu ini juga frasa "pimpinan pro Umno" dipopularkan, menjadikan isu ini semakin serius.
Isu ini menjadi bertambah panas apabila ia menjadi bola tanggung kepada pihak Umno untuk smash ke gelanggang Pas. Buktinya mudah sahaja, pada hari ini akhbar pro Umno memberi liputan khas kepada musuh Umno ini. Begitu jarang akhbar tersebut memberi perhatian dan "kasih sayang" sedemikian rupa.
Dengan tajuk muka depan yang lebih besar berbanding berita tentang belanjawan 2010.Dalam ruangan itu, para pemimpin Umno memberi komen tentang keruntuhan empayar Pas dan PR. Tujuannya hanya satu iaitu "hancurkan Pakatan Rakyat". Itulah bahayanya memberi senjata kepada lawan. Sesaat berkedip mata, musuh terus pacak senjata ke kerongkong. Itukah yang Pas mahu?
Dalam situasi memperkuatkan PR, Pas tidak perlu menimbulkan isu-isu yang tidak sepatutnya. Pas bukan parti baharu seperti PKR. Berbeza pandapat dan kewujudan masalah dalah perkara biasa tetapi mendedahkan kelemahan didepan musuh semasa pertarungan sengit berlangsung merupakan sesuatu yang agak janggal.
Apakah Pas tidak menyokong PR sepenuh jiwa raga? Wujudkah pimpinan Pas yang tidak menyokong PR? Wujudkah pimpinan Pas yang meruntuhkan PR? Apakah jika seorang pemimpin yang ingin mendaulatkan Islam di bumi Selangor dihukum sebagai pro Umno?
Salah ke jika beliau membela maruah penjawat awam? Apakah beliau tidak memahami tugas sebagai exco apabila mengkritik Selcat? Beliau dilihat lebih memahami golongan penjawat awam kerana pernah berkhidmat sebagai pegawai daerah.
Seorang lagi tertuduh sebagai pro Umno bukan calang-calang orang. Orang nombor dua Pas sendiri mendapat bahana. Beliau dihina, dikeji oleh penyokong parti sendiri. Patutkah ini berlaku? Perlukah beliau ditukar selepas memenangi pemilihan dengan tertib, demokrasi dan sokongan majoriti?
Seorang lagi yang dituduh merupakan orang lama Pas. Beliau pernah menjadi ketua pemuda Pas ketika pas ditendang dari kandang BN. Hampir 40 tahun bergiat dalam politik Pas, tiba-tiba dicadangkan ditukarkan kerana dituduh pro Umno. Tetapi dalam sidang medianya semalam beliau menyatakan bahawa beliau penyokong paling kuat PR. Bagaimana nasib ketiga-tiga pimpinan Pas ini?
Jika dibuat kajian mendalam apakah ini adil? bagaimana dengan pimpinan parti kompenan PR yang lain? Apakah mereka setia dengan PR sekiranya tiga orang dari PKR dan seorang dari Dap yang keluar PR? kenapa tajuk tentang ketidaksetiaan pimpinan Dap dan PKR tidak digembar gemburkan sampai hancur laman sesawang? Jika tuduhan terhadap pimpinan Pas yang belum tentu sahih sudah menjadi tajuk besar.
Apatah lagi pimpinan parti sendiri yang menyerang rakan sendiri. Apakah kita terdengar pimpinan PKR dan Dap membedal rakan mereka dengan tuduhan? Bila sudah terbukti rakan mereka keluar parti dan meruntuhan PR, apakah komen yang diberikan oleh pimpinan parti komponen tersebut? cuba bandingkan pimpinan PKR atau Dap dengan Pas.
Nasib masih menyebelahi Pas apabila EGM ditukarkan sebagai mesyuarat khas. Moga peristiwa dan kemenangan PR dalam PRU12 menjadi pengajaran kepada semua. Itu baharu Allah bagi sedikit, kita sudah gelabah. Bagaimana PR mahu rampas Malaysia jika perkara begini tidak diatasi? Mungkinkah rakyat akan percaya PR mampu memerintah Malaysia. Sama-sama kita fikirkan.--detikdaily

27 October 2009

Isu Kerajaan Perpaduan/EGM - Perjumpaan Sulit di rumah Hassan Ali - pkfz nizar

Ini lah sebabnya, TGNA yang lebih memahami masalah dalaman PAS, telah meminta diadakan EGM atau pun kini sudah bertukar menjadi Mesyuarat Khas. Tujuan nya bagi mengelak isu panas UG atau kerjaan perpaduan atau kerjasama PAS dan UMNO menjadi kenyataan. Sebelum isu tersebut meletup , elok lah puak-puak pro Umno ini samada di bersihkan atau disingkirkan terlebih dulu dari PAS.
Untuk makluman semua satu pertemuan tertutup telah di adakan di rumah Hassan Ali di Taman Tun Dr Ismail malam tadi dengan para-para blogger PAS juga blogger Umno. Turut hadir ialah Nasharuddin Mat Isa.
Kenapa perlu ada pertemuan sulit/tertutup ini. Ini menampakkan isu UG yang kononnya telah pun di "tutup kes" sebenarnya masih panas, masih di perbincangkan secara sulit oleh puak-puak yang diketuai Nasha, Mustafa dan Hassan Ali.
Kenapa dan apa yang mereka cari (kumpulan pro Umno dalam PAS) kalau bukan pangkat dan kedudukan? Ikuti lapuran seterusnya di sini dan di sini
Petikan artikal yang saya ambil dari Blog PAPA GOMO (blogger UMNO);-
Maka terjawap sudah akan Kerajaan Perpaduan di antara Umno dan Pas. Sesi dialog bersama Hassan Ali bertempat di rumahnya yang di hadiri Ustaz Nasha dan beberapa pimpinan PAS yang lain telah dapat merungkai apa sebenarnya yang berlaku.
Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini. Pimpinan Pas telah sebulat suara untuk keluar dari Pakatan Pembangkang yang nampaknya sudah lari dari konsep asal mereka. campur Tangan Anwar dalam banyak isu juga telah membuatkan Pas meluat dalam pakatan Pembangkang ini.
Nik Ajis telah menyatakan ada individu dalam Pas yang cuba bargabung dengan Pas. Dan ternyata Nik Ajis telah silap dalam kenyataan nya. Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.
Hussam Musa yang mana merupakan ketua Puak Edrogan lah yang telah meracuni Nik Ajis agar menolak dengan keras cadangan Kerajaan Perpaduan ini. Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas. Oleh sebab itu lah Individu seperti Haji Hadi, Ustaz Nasha, Hassan Ali dan beberapa pimpinan Pas telah di jadikan target utama Hussam Musa untuk menghancurkan Pas.
Kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno akan berlaku. Jadi marilah kita sama-sama mendoakannya agar Islam bersatu dalam membangunkan Malaysia ini. Dalam itu juga jangan kita memberi peluang kepada Musuh yang cuba menghancurkan perpaduan Islam ini. Puak Edrogan dalam Pas dan Anwar mesti ditentang agar mereka tahu kekuatan kita yang ingin lihat Perpaduan antara Islam terjalin.
Nik Ajis telah mengeluarkan Tuduhan kepada individu yang tidak bersalah. Dan wajar Nik Ajis memohon maaf atas tindakan nya yang kurang pengetahuan itu. Fitnah yang Nik Ajis lemparkan adalah sangat Berat Dosanya. Moga Nik Ajis sedar akan kesilapan yang di lakukan nya.
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

22 June 2009

UG: "Saya bukan degil tapi beristiqamah" - TGNA

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membuat kenyataan lebih 'lembut' dan memberi persetujuan bersyarat terhadap rundingan mengenai kerajaan perpaduan PAS dan Umno hasil cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau seorang yang degil kerana 'berkeras' menentang kerajaan perpaduan, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan beliau seorang yang 'istiqamah', tegas memperjuangkan perkara yang benar.

Jelas Nik Aziz, sikapnya itu semata-mata untuk mempertahankan keputusan Muktamar Tahunan PAS di Ipoh setahun lepas iaitu PAS mesti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Ada yang kata saya degil kerana enggan terima kerajaan perpaduan. Saya nak jawab saya bukan berdegil tapi saya beristiqamah. Degil bermakna kita pertahan benda salah bermatimatian, dah tahu benda salah tapi pertahankan juga, itu degil namanya. Tapi bila barang (perkara) yang benar, yang betul, itu kita istiqamah.

"Jadi kalau ada pihak dalam PAS yang nak perpaduan dengan Pakatan Rakyat, dan nak juga perpaduan dengan Umno, itu sudah kacau. Jangan buat begitu," katanya pada sidang media di kediaman Menteri Besar di JKR 10, di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata beliau boleh menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan namun ia perlu dibuat mengikut salurannya. "Kena ikut saluran, tak boleh kita nak ketepikan keputusan mesyuarat (muktamar) dan pandai-pandai buat keputusan sendiri, tak boleh.

"Kalau nak juga bawa cerita perpaduan ni, bawa dulu ke PAS Pusat, bahas di peringkat negerinegeri dan lepas tu bawa ke Pakatan. Sekarang ni Pakatan pun sudah marah pada kita," katanya.

Menurutnya, perbincangan dengan Umno juga perlu berkisar kepada isu Islam, bukan isu Melayu.

Mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri yang mahu PAS dan Umno membuka lembaran hubungan baru, ketika melawat Kuala Krai Jumaat lalu, Nik Aziz berkata beliau mahu Umno memohon maaf kepada PAS terlebih dahulu. Nik Aziz juga berkata beliau masih belum mengadakan sebarang pertemuan dengan Naib Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, dan Nasharudin juga belum menghubungi beliau untuk menjernihkan suasana tidak enak yang timbul di antara mereka berdua. Nik Aziz sebelum ini meminta Nasharudin meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Bachok kerana kesungguhannya untuk menjayakan cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Aziz berkata satu pertemuan akan diadakan melibatkan beliau, Abdul Hadi, Nasharudin dan beberapa pemimpin lain malam ini untuk meredakan ketegangan dalam parti itu. BERNAMA

21 June 2009

UMNO - Negara akan huru-hara andai undang-undang Islam dilaksanakan - Najib

Najib ; 17 Tahun Yang Lalu...

Oleh usinwafer "

Pernahkah anda melihat atau membeli serta membaca majalah ini..

Majalah ini diterbitkan pada November 1999..Penerbitnya adalah Purnama Gemilang Sdn Bhd yg beralamat Taman Sri Gombak Batu Caves Selangor Darul Ehsan..

Pengarangnya pula adalah A.Ahmade A,Rahman (Kalam Melayu)...

Saya membelinya dan masih menyimpanya dan ia masih kekal berkeadaan baik..

Sudah 10 tahun ianya tersimpan didalam kotak..dan ptg td semasa saya melakukan 5S dirumah saya menjumpainya semula..

Apa yang menariknya tentang majalah ini ianya bukan sekadar "menyerang" DR M..tetapi terselit satu kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak yg perlu kita fikirkan bersama dan membuat keputusan "menolaknya" dari memimpin negara serta tidak layak utk memimpin umat Islam di negara kita...

Adakah kenyataan seperti ini mencerminkan seorang pemimpin yg beragama Islam..sama-sama kita renungkan...


Mungkin beliau sudah lupa (almaklumlah beliau ini tergolong "Melayu Mudah Lupa")..namun sejarah tidak melupakan beliau...walaupun sudah berlalu 17 tahun lamanya...dan mungkin utk selama-lamanya..sejarah sentiasa mengingatinya...

Kemungkinan disebabkan kenyataan seperti inilah yg menyebabkan Tok Guru Nik Aziz langsung tidak memandang atau menjeling cadangan dan menentang keras cadangan "Kerajaan Perpaduan" bersama UMNO/BN..


Kepada penyokong UG...selamilah kenyataan Najib ini 17 tahun yang lalu...-

- apadianie

20 June 2009

Putuskan sepenuhnya hubungan dengan Umno

KOTA BARU, Jun 19 — Putuskan sebarang perhubungan dengan Umno. Itulah cara yang terbaik untuk menyelesaikan krisis dalaman PAS sekarang.

Pandangan ini disepakati di kalangan pemimpin PAS khasnya dari negeri ini, Kelantan. Menjelang pilihanraya kecil Manek Urai, perkara ini perlu dikuatkuasakan sepenuhnya. Mana-mana pemimpin PAS yang dikaitkan ada hubungan dengan Umno akan disisihkan dari sebarang aktiviti parti di sini.

Dalam pilihanraya kecil Manek Urai, para penceramah PAS patut di‘skrin’ sepenuhnya. Mereka yang dikira menyokong kerajaan perpaduan akan dikeluarkan dari senarai penceramah.

“Kami tidak mahu memberikan signal yang negatif kepada pengundi dan rakyat negeri ini. Ini kerana rakyat tidak boleh mendengar nama Umno sekarang, imejnya terlalu buruk,” kata seorang penganalisa politik yang juga aktivis PAS di negeri ini.

Ketika ditanya, apakah asas kepada analisa ini dan sejauh manakah ia akan tepat, beliau berkata, “kejayaan PAS mengekalkan kerajaan negeri Kelantan adalah bukti analisa ini betul”.

Bagi beliau, deria ketujuh yang ada kepada pemimpin PAS di Kelantan membuktikan perkara ini betul.

Bagi beliau, pemimpin PAS Kelantan menentang agenda kerajaan perpaduan kerana sedar ia ditolak oleh rakyat.

“Kami dapat rasa penentangan rakyat terhadapnya. Perkara ini juga disedari oleh Tok Guru Nik Aziz. Sebab itu, dari awal lagi, jika ada sahaja unsur kerjasama antara PAS dengan Umno, beliau akan menentangnya,” kata beliau lagi.

Nik Aziz mula menunjukkan penentangan terhadap hubungan dengan Umno sejak timbul isu muzakarah PAS dan Umno lagi. Beliau menekan dengan sungguh-sungguh betapa pentingnya PAS memperkuatkan hubungannya dengan Pakatan.

“Cara nak kuatkan PAS dengan Pakatan adalah menjauhkan diri dari Umno agar ia tidak dicurigai atau disalah anggap PAS cuba mengkhianati mereka,” kata aktivis PAS itu.

Nik Aziz pernah mengkritik secara terbuka Pengerusi Harakah yang juga Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali kerana dianggap memperlekehkan agenda 16 September yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapat sokongan penuh rakyat.

Mustafa kemudiannya telah menemui Nik Aziz dan menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka berdua.

Kini, krisis dalaman PAS dianggap sedang memuncak. Nik Aziz telah meminta Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa agar mengosongkan kerusi Parlimen Bachok dan menyertai Umno jika terus mahu dengan agenda kerajaan perpaduan.

Nik Aziz bukan sahaja menentang kerjasama PAS dengan Umno bahkan kerjasama antara Pakatan Rakyat dengan BN kerana Umno ada di dalamnya.

“Hina sangat ke Umno dan mulia sangat ke DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat itu,” tanya seorang pemimpin Umno.

Memang. Bagi Nik Aziz Umno terlalu hina.

“Masa dia hendakkan kita, dia akan pujuk kita tetapi bila dah tak suka, dia akan tendang sahaja kita,” kata Nik Aziz mengenang kembali bagaimana PAS ditendang dari BN 1978 lalu.

Ketika itu, Nik Aziz yang sudah sekian lama mengajar di Masjid Muhammadi di Kota Baru, juga dihalang dari mengajar di masjid negeri itu lagi.

Sejak itu, difahamkan, Nik Aziz bersumpah tidak akan memijak lagi kakinya ke masjid itu. Beliau mula mengajar di Bangunan PAS, Jalan Dato’ Pati sehinggalah sekarang.

Kini, Nik Aziz bertegas, beliau tidak akan benarkan PAS mengadakan hubungan dengan Umno. Nampaknya, penyokong PAS bersama beliau.

“PAS akan sentiasa berada di nombor 2 jika bekerjasama dengan Umno. Kalau kita di luar, kita berpeluang menjadi nombor satu dalam politik negara ini,” kata Datuk Husam Musa, penyokong kuat Nik Aziz.

Husam kalah dalam pertandingan tiga penjuru untuk jawatan timbalan presiden PAS baru-baru ini. Nasharudin Mat Isa menang jawatan itu dan menghantar signal seolah-olah perwakilan PAS menyokong agenda kerajaan perpaduan yang didokong beliau bersama Abdul Hadi.

“Semasa muktamar lalu perwakilan ditipu oleh puak-puak ini dengan agenda menyokong kepimpinan ulama, padahal sebenarnya mereka ini mahu membuat kerjasama dengan Umno,” kata penganalisa politik Kelantan itu tadi.

Dengan keadaan yang ada tiada jalan lain nampaknya. PAS perlu memutuskan sepenuhnya hubungan dengan Umno. Hantarkan mesej yang jelas bahawa tidak ada sebarang hubungan lagi dengan Umno, barulah keadaan dalam PAS akan reda semula. - TMI

17 June 2009

UG Lagi : TPM pula nak tau pendirian PAS, PKR dan DAP ...

KUALA LUMPUR, June 17 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said PAS, DAP and Parti Keadilan Rakyat (PKR) must state their stand clearly on the formation of a unity government.

He said that PAS, which had suggested the formation of the unity government, must also give a clear explanation and details on the idea.

“We want to know what is their actual stand, if there is no consensus among themselves (Pakatan Rakyat), it’s better to state this, so that when a response is required from Umno and the Barisan Nasional (BN), we won’t have any objection,” he said.

“We agree to discuss, our stand is quite clear but they start changing their posts, they have varying goalposts because they don’t know how to handle internal politics as there are differing views,” he told reporters before a meeting with the delegation to the Commonwealth Education Ministers Conference at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), here today.

Muhyiddin, who is also the Education Minister, said this when asked to comment on the statement by PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali, who wanted the PKR and DAP to be included in discussions with Umno on the proposal to set up a unity government.

Muhyiddin said Umno and the BN were ready to discuss the proposal but PAS must explain the unity government beforehand. – Bernama

"Sertai UMNO" kata TGNA pada Nasa

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Hj Nik Aziz Nik Mat hari ini meminta Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa agar menyertai UMNO sekiranya masih ingin meneruskan Kerajaan Perpaduan dengan BN, lapur The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, June 17 — A serious rift has developed in PAS after spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat told the party No. 2 Nasharudin Mat Isa to quit and join Umno if he persisted in having unity talks with the Barisan Nasional party.

11 June 2009

Alahai… Ini lah gara-gara nak sangat berkawan dengan UMNO

Oleh M3M

Tiga empat hari ni…penin teman memikior hal tentang beberapa perkara. Apa yang dibuat demer tak masuk akai langsung…. Itu yang teman penin tu….!!!

Mula-mula kisah UG yang tak semena-mena dibangkitkan oleh pimpinan tertinggi PAS [dua tiga kerat] dalam ucapan penggulungan demer. Selain UG… ditimbulkan pulak pengharaman SIS yang konon nyer terpesong dan menyesatkan.

Oooooo…. riuh rendah Satu Malaysia dibuat demer. Teman pun tak terkecuali sama. Mendidih darah weh….. Nasib baik tak der darah tinggi atau penyakit jantung ke… Kalau tidak, tau ler…. Setakat ni alhamdulillah….. masih okay lagi!! Esok-esok…. wallhu’alam. InsyaAllah… harap-harap tak der apa-apa hendak nyer.

Dua isu yang dibawa oleh pimpinan tertinggi PAS ini… boleh dan telah mendatangkan masalah pada PAS sendiri. Ai…. takkan ler demer tak tahu kut!!! TGHA bukan nyer baru dalam politik. Dah kutei…. dah seasoned…. so apa sebenar nyer nawaitu demer berbuat demikian?? Mengapa air yang tenang nak dikocak-kocakkan???

Cer tengok isu UG, dalam parti…. luar parti…. semua meroyan. Ibarat menjolok sarang tebuan pulak!! Ha…. bertubi-tubi kau kena bantai…. sampai Tok Pa surrender ler!!! Angkat tangan…. udah0udah ler tu komer!!! Isy…. malas nak sentuh pasal UG lagi, sebab semua orang dah maklum. Kita tunggu jer ler penjelasan demer. Cakap…. cakap…. jelas jangan tak jelas!!!

Ini pasal SIS pulak…. Apa hal nyer pulak menyibuk nyuruh dia diharamkan secara openly dalam muktamar. Tak ke cari penyakit??? Kalau ya pun…. buat ler ikut saluran lain. Jakim kan ada, Majlis Fatwa kan ada….. kerja haram mengharam, halal menghalal ni bukan ke kerja demer. On top of that…. tak kan ler, tak boleh buat secara yang lebih berdiplomasi sikit, mengikut saluran yang ada. Ini tak…… terus campak ‘bom’ semasa muktamar!!! Berdentuuuuummmmm!!! Mana tak riuh Satu Malaysia!!

Sekarang tengok…. apa yang dah berlaku, kesan daripada tindakan kurang cerdik dan kurang berakai dua tiga kerat pimpinan tertinggi PAS ni. Pakatan Rakyat terkesan…. imej PAS terkesan!!! Keutuhan Pakatan Rakyat diperlekeh…. kerjasama nampak goyah….. peluang PR di PRU13 pun mungkin akan terjejas akibat mulut capoi mereka. Rakyat mungkin akan hilang kepercayaan kepada kemampuan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada UBN. Kacau…. kacau….

Itu…. serba sikit kesan kepada PR. Dalam isu pengharaman SIS, PAS pulak digambarkan sebagai parti ekstrim dan tidak demokratik. Left and right kena bambu dengan pelbagai NGO dan parti-parti politik lain. Bukan ke ini tak baik untuk imej PAS. Adeh…. ngapa ler jadi macam ni!! Elok-elok orang bukan-Melayu dan non-muslim mula mengerumuni dan menerima perjuangan PAS… ini nanti, semua nyer bawak diri…. takut untuk mendekati PAS lagi. Habis ler cacat komer punyer slogan, PAS for All …. tak boleh pakai lagi!!! Orang lari…..

Pening…. pening….. Apa ler yang ada dalam kepala hotak pemimpin tertinggi PAS ini. Nak kata, tak tahu atau tak peka…. tak munasabah pulak. Bijak-bijak belaka semua nyer. Tapi… mengapa demer bercakap macam orang tak pakai otak???? Apa ler sebenar nyer muslihat demer??? Apakah tindak tanduk demer ini untuk menghalalkan satu matlamat tersembunyi yang kita semua tak tahu… tapi hanya mereka jer yang tahu…. wallahu’alam ler….!!!

Setelah PAS, tikam kawan dari belakang, boleh kah orang percaya pada PAS lagi??? Dan, yang lebih parah lagi…. orang, terutama non-muslim, akan mencurigai PAS semula. Berbaloi kah tindakan dua tiga kerat pimpinan tertinggi PAS ini?? Dan, adil kah tindakan mereka ini kepada parti PAS itu sendiri???? Komer pikirkan ler sendiri….

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive