23 October 2009

Kerajaan 1Malaysia semakin kelakar

oleh Pak Awang

Salam malam Jumaat,

Pak Awang tak ingat nak tulis apa-apa malam jumaat ni tapi rasa macam tak leh nak tidor kalau tak merepet sikit malam ni. Pasai depa ni duk mengarut lebih-lebih sangat ni. jadi Pak Awang nak tulis juga sikit saja malam ni.

Mula kes kelakar Tee Kiat dengan Soi Lek. Awal2 dulu bagai nak rak punya gaduh, tau-tau petang ni leh duk semeja untuk bersama demi kepentingan parti konon. Pulak dah. Dulu pakat-pakat tak percaya. Hang tak percaya kat aku. Aku tak percaya kat hang. Hang tak betul. Dia ni tak baik. Penghunjung leh pulak duk sama-sama, leh pulak lupakan kisah lalu demi parti demi penyokong. Wakaka kelakar, orang penang kata lawak. Ala-ala lawak ghazal parti Kepala Batas ditahun 60an 70an dulu la pulak depa ni. Pak Awang dah kata dari awal lagi depa ni macam budak-budak main perang-perang, lepas habis main, geng jahat geng hero boleh duduk sama sembang2. Macam juga dengan WWE McMohan tu, Atas pentas hang hempuk aku, aku hempas hang, aku terajang hang, hang pulas kaki aku, belakang stage depa duk minum sama, gelakkan penonton yang dah kena tipu. Itu politik MCA. Lawak, lawak ...

Yang ni pak awang tak nak komen banyak nanti kata tak hormat keputusan mahkamah. tapi sekadar nak ulang balik saja la. Bukan nak kata keputusan mahkamah tak betoi. Betoi sangat keputusan tu. Tak dak yang tak betoi, segala-galanya betoi. YB Tian Chua di kenakan hukuman penjara 6 bulan dan didenda 3ribu. Katanya dia gigit sorang polis ni yang sebelum tu dah tumbuk dia. Tak tau pula pak awang kata polis ni senang-senang boleh tumbuk orang. Mungkin atas sebab nak mempertahankan diri la kot. Alasan yang selalu diguna oleh polis la. Tapi yang paling syok nya depa tengok rakaman video, tapi tak nampak pun YB TC gigit polis tu. Jadi tang mana bukti dia gigit polis tu. Ooooppppssss ... bukan pertikai keputusan mahkamah tapi sekadar pak awang bertanya. Alasan untuk salahkan YB TC semua orang tau ... YB TC akan kemukan rayuan. Kita tunggu.

Correct ... Correct ... correct ... tiada kes kata Nazri Aziz. Lawak lagi. Suruhanjaya yang ditubuhkan kata ada kes. Linggam boleh disabitkan kerana mengatur perlantikan hakim-hakim. Bila pi kat depa, depa kata tak dak kes terhadap Linggam ... Emmmmmm Pak Awang nak tanya sikit la kat si Nazri ni, pasai apa yang hangpa susah payah pi tubuh Suruhanjaya hari tu? Untuk apa kalau dah cadangan dia macam tak berguna. Buang karan jer la kerja-kerja ahli-ahli Suruhanjaya tu hari tu. Atau sekadar tak mau bagi orang bising bila DSAI keluarkan kes tu? Jadi utk itu tubuh kan lah Suruhanjaya konon untuk siasat, padahal hangpa dah ada perancangan lain ... lepas ni kita tutup kes. Pasai apa kes ditutup? Pasai banyak ikan-ikan jerung terlibat kan ... Kah kah kah ... hangpa tipu rakyat demi nak jaga perut masing-masing.

Penat bila memikirkan keadaan yang berlaku di keliling kita ni setiap hari. Tapi apa yang kita sebagai rakyat boleh lakukan. Macam pak awang dan kebanyakan blogger ni boleh la meluahkan ketidakpuasan hati melalui luahan hati di sini. Tapi itu pun sekadar tulis, bagi orang baca. Tak lebih dari itu pun. Tak akan dapat apa-apa, hang tulis la apa pun depa tetap macam depa, cuma satu kalau terlebih tulis baru depa mai cari di rumah. Tapi bagi rakyat biasa, mau tidak mau TERPAKSA terima juga lah apa saja yang dipersembahkan oleh kerajaan yang tak pernah sedar diri ini. Tiada ruang untuk rakyat membantah, menyuarakan sesuatu. Berhimpun depan Sogo ramai-ramai sat lagi air asid depa sembor, gas depa tembak. Dah tu nak buat mcam mana lagi. Betul ka tak betul ka terpaksa lah pakat-pakat duk diam saja.

Mereka akan terus menerus menipu, mempermainkan pemikiran rakyat yang pada anggapan mereka semua rakyat bodoh. Mereka akan menggunakan segala kekuatan, segala tembok yang ada untuk mempertahan pemerintahan jijik mereka. Kata-kata manis yang diucapkan setiap hari malaui media perdana sekadar untuk survival untuk terus memerintah dengan cara yang semakin tidak betul. Rakyat semakin menyampah. Teruskan lah ...

Banyak lagi pak awang nak tulis, tapi simpan la untuk esok pula ya ...

Wassallam ... Pak Awang KB

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive