Showing posts with label pak awang. Show all posts
Showing posts with label pak awang. Show all posts

06 August 2010

Apakah Melaka nak iktiraf mengandung tanpa nikah - Pak Awang

Salam untuk semua
Lama dah pak awang tak merepek kat sini. Tak sihat sikit. Tuan empunya blog ni pun dah lama tak menghubungi pak awang bercerita tentang situasi politik semasa tanah air kita yang tercinta ni. Kita sayang kat negara kita Malaysia – Tanah Airku – tapi silap sikit pasai ianya tengah diterajui oleh seorang hamba Allah yang kononnya hebat … tapi hebat untuk depa adalah.

pak awang dan orang kampong duk macam tu juga. Buat lah 1Malaysia ka, 2malaysia ka atau 10Malaysia pun, pak awang tetap pak awang … tak cari tak makan lah … hahaha nak tergelak pak awang … rakyat di dahulukan kepala bapak depa ….. dahulukan depa dulu ada lah … mampuih depa nak dahulukan rakyat … tulis besar-besar segenap simpang, pacak papan berderet tepi jalan, depa gah dengan 1Malaysia … gah dengan tema … tapi tu semua hanya di atas kertas, di papan-papan tanda saja, realitinya habok pon tak dak … rakyat macam pak aang dok macam tu juga.

Sebenarnya pak awang bukan nak cerita pasai 1Malaysia ni, pak awang nak cerita pasai cerita di negeri Hang Tuah tu … Ketua Menteri dia, Ali Rustam baru-baru ni buat gempak seluruh Malaysia – dia nak buat sekolah untuk pelajar mengandong … alasan nya nak bagi penjagaan yang baik untuk ibu dan “anak-anak haram” dan untuk mengurangkan gejala pelajar mengandung. Tak mau jadi macam negeri Mad Said, yang baru-baru ni pak awang ada terbaca sebanyak 27 pelajar sekolah di Terengganu disahkan mengandung. Yang menariknya sekolah yang bakal di adakan di Jasin itu akan dikendalilkan oleh Majlis Agama Islam Melaka.
Nampak nya Majlis Agama pun bersetuju dengan alasan cetek Ali ni ... Tapi Majlis Agama pun nak kata apa dah KM nya nakkan macam tu .... kerja bodoh.

Pak Awang yang tak berapa cerdik ni, tak nampak pun dengan mendirikan sekolah tersebut akan dapat mengurangkan gejala pelajar mengandung. Yang pak awang nampak ianya akan secara tak langsung menggalakkan lebih ramai pelajar sekolah di Melaka ni nak mengandung. Apa nak susah, “buat” saja dengan “boyfriend”, mengandung, pi saja sekolah tu, sekolah khas yang telah siap tersedia.
Bagi pak awang cadangan Ali ni memang mengarut. Cari lah idea lain wahai Ali kalau nak jadi popular, bukan bermain dengan ‘dosa’.

Jangan lah kerana bekas KMnya, Rahim Tamby Chik di dakwa telah “memengandongkan” budak bawah umur sehinngga menyebabkan Ketua Menteri P.Pinang sekarang masuk penjara, maka tradisi “mengandung” ini hendak diteruskan lagi oleh Ali. Cukup lah dengan kes Rahim Tamby Chik tu wahai Ali.
Apakah Melaka nak mengiktirafkan kejadian mengandung tanpa nikah?

Mungkin lepas ni Ali juga nak buat sekolah untuk peragut , ajar bagaimana nak jadi perompak bank pula … kahkah kah kah … macam-macam hang buat Ali ai … nak dapat nama la katakan … Tapi jangan terkejut … itu lah sikap pemimpin-pemimpin UMNO sekarang.

Maaf lah, setakat tu saja yang pak awang boleh pikiaq, nak tulis secara ilmiah, tulisan lebih baik pak awang tak reti, pasai pak awang tak sekolah tinggi …

Ok lah kot setakat tu, ....
Selamat Malam semua … pak awang nak tidoq … kalau ada cerita lagi timbul dalam kepala otak ni, esok pak awang tulis lagi ..
Assalamualaikum

26 April 2010

BN ada duit - Pakatan hanya air liur ...

oleh Pak Awang KB

Salam tengahari untuk semua ...

Pertama pak awang nak ucap tahnaih kepada najib dan geng2 1malaysia dia lah pasai menang prk hulu selangor semalam tu. tak pa lah adat bertanding memang akan ada kalah menang, belum ada dalam sejarah pilihanraya di dunia ni yang semua parti betanding akan sama-sama menang atau sama-sama kalah ... main bola pun kalau seri depa kena tandang penalti. tak pa lah yang tu dah kita nak kalah tetap akan kalah lah ... kena terima dengan hati terbuka.

Maka pakatan pun "mungkin" akan buat "post mortem" untuk mencari sebab-sebab kekalahan prk hs ni aganya lepas ni. tak pa buat lah demi untuk mencari punca atau sebab kekalahan. walaupun tak banyak majoriti, tapi kalah tetap kalah. cari lah sebabnya sebagai persediaan untuk sebarang prk mendatang atau pun juga sebagai persediaan pru13.

Pak awang tak akan buat apa-apa post mortem lah. apa kejadahnya pak awang nak buat. untuk apa? tapi walaupun pak awang tak buat "post mortem" pak awang dah ada sebab kekalahan pkr semalam. rasanya bukan pak awang saja. ramai orang tau, ramai orang bercakap dikedai-kedai kopi, kopitiam, warong tomyam, asal ada ruang untuk bercerita, orang politik semalaysia akan bercerita perkara yang sama. sebab musabab kekalahan pkr.

Sebab utama ... bn tabur duit, projek yang bukan sikit di HS ... itu sebab utama yang pak awang nampak. apa yang bn tak berikan pada pengundi HS? semua depa dapat ... sekolah baru, surau baru, tokong baru, jalan baru termasuk lah persimpangan bertingkat seperti yang dijanjikan najib (padahal benda tu dah lama dalam perancangan). ... sebenarnya tak dapat lagi pun itu hanya janji saja dulu

orang felda pula jangan cakap lah ... bekas peneroka dapat 50ribu sorang ... tapi hutang ... kahkahkah. bayar seribu saja dulu. hutang lagi 49ribu. bila nak bayar pun tak tau. kata najib pastikan bn berjaya ambil semula selangor dalam pru13 nanti baru depa bayar kot ...

tapi hari ni najib kata itu semua bukan gula-gula pilihanraya atau disebut "beli undi" ... itu semua adalah sebagai curahan pembangunan untuk rakyat HS ... hahaha macam kawan pak awang (stone) kata tadi lah Kepala Otak hang lah najib ... memang pak awang pun nak kata macam tu juga ...
dan lagi, sebagai parti yang memegang tampuk pemeritahan negara hangpa boleh buat apa saja. hangpa boleh gunakan segala jentera kerajaan, siapa yang akan berani menentang? Polis SPR JHEOA Felda Mahkamah dan bermacam lagi agencsi-agensi kerajaan telah najib gunakan untuk mencapai cita-cita politik haprak dia ...
Pakatan ada apa? Hanya air liur, untuk berucap, berceramah ... itu pun silap-silap kena kejar dek anjing-anjing najib yang sentiasa berkeliaran disetiap ceramah pakatan

salam dari pak awang

14 November 2009

YB2, jangan duk buat perangai bagi pengundi meluat - bhg 2

oleh Pak Awang

Salam dan selamat malam/pagi (1.37 am)

Lama dah pak awang tak menulis. Bukan apa, komputer pak awang buat hal. ni dah ok dah la. last sekali yang pak awang tulis kat sini pasai kereta buruk, kereta 15 tahun ke atas yang kerajaan najib suruh pi buat pemeriksaan tiap tahun bila nak perbaharui cukai jalan. lepas pak awang tulis tak berapa hari, depa mansuhkan syarat tu. tak payah lagi nak pi periksa kat puspakom. Depa buat kerja bodoh. oppss bukan kerja bodoh, tapi kerja kurang cerdik. kalau kata bodoh depa marah. kata kurang cerdik tak pa.

Awat sebelum depa umumkan depa tak fikir habis-habis dulu baik buruk dia. Bila dah umumkan baru kata terpaksa ditarik balik kerana mendapat bantahan dari rakyat. apakah ini sengaja diaadakan dan kemudian ditarik balik, konon untuk menunjukkan kerajaan peka terhadap masalah rakyat? kemungkinan itu ada ...

Ni la pak awang duk tengok akhir-akhir ni banyak sangat cerita-cerita mengarut, cerita yang buat bagi orang ramai/pengundi/rakyat marah, menyampah dengan YB2 ni. yang bukan YB pun tumpang sekaki nak tunjuk taring masing-masing. tunjuk taring yang tak mendatangkan faedah baik pada parti maupun diri depa sendiri.

Ni kisah zul nordin kulim bandar baru dengan siva ni. yang si siva pun satu hal. yang hang pi sabitkan dengan zul tu apa pasai. biar pi lah kat anwar sorang. lagipun anwar tak sebut sapa-sapa pun. dia cuma pesan kat yb2 ni, buat kerja ikut apa yang dah ditetapkan parti. parti ada undang-undang, jangan buat memandai sendiri-sendiri. dan kalau tak boleh hangpa boleh belah dari parti. itu yang anwar cakap.

Tau-tau mai si siva ni sudah sound kat zul nordin. kata kata-kata anwar tu ditujukan pada zul. menggelupur la zul. cabar siva letak jawatan, untuk bertanding tunjuk sapa kuat. zul kata kalau dia kalah dia sanggup tinggalkan pkr. belum sampai satu hari. masuk anwar kata semua dah setel, zul dan siva dah berbaik. kah kah kah kah ... betoi ka ni?

Tapi walau pun anwar dah kata selesai isu siva dgn zul ni, tapi rakyat/pengundi dah tau cerita depa ni. Hangpa ingat rakyat boleh lupa ka sikap kebudak-budakan yb2 ni.

Lepas tu tau-tau masuk pula che gu bard melalui blog dia juga sudah bantai zul ... alahai apa cerita ni che gu bard. jangan la duk buat perangai budak-budak macam tu. Ini yang kadang-kadang pak awang tak faham dengan pemimpin-pemimpin kita ni, terutama dari PKR, perangai depa macam budak-budak la. serius pak awang cakap, yb2 pkr ni banyak songeh. hal kecik-kecik pun depa besar-besarkan ... untuk apa?

Kenapa akhir-akhir ni macam-macam cerita yang berlaku dalam PKR? YB keluar parti lah macam yang berlaku di port klang baru-baru ni. dah keluar sudah lah, siap umum kata sokong BN pulak tu. ni mesti kes nak panaskan punggung pimpinan-piminan PKR la ni.

Macam yang pernah pak awang tulis sebelum-sebelum ni la, yb2 ni keja jaga tingkah laku, perangai. jangan main serbu saja. setiap apa yang hendak dilakukan kena fikir pengundi, yang pangkah korang dulu tu. ingat lepas 4/5 tahun depa nak kena pangkah lagi. kalau hangpa buat perangai tak senonoh, sapa nak pangkah hangpa lagi?

Alah biasa lah, mana ada manusia ni dijadikan "perfect" 100 peratus. ada kurang sana sini. tapi bila nak pebetoi tu jangan la dok heboh satu dunia. masuk surat khabar, hang kata aku tak betoi, aku kata hang tak betoi ... penghujung nya sapa yang betoi? dua-dua lingkup. mai pilihanraya nanti pengundi dah tak mau pangkah dah, so apa jadi? tergolek lah jawab nya kan.

Betoi kalau yb2 ni tergolek, bagi diri depa sendiri, depa tak kisah. semua ada kerja sendiri, ada loyar, ada akauntan, ada engineer, tokey itu, tokey ini, tapi macam mana dengan parti, bila dah calon-calon nya tergolek? Apa lagi dengan parti-parti la sekali jalan. Ha tang ni yang kita tak mau.

Ingat, kebanyakan penyokong PKR adalah mereka-mereka yang tak suka atau menentang pemerintahan mahathir suatu ketika duhulu. nak masuk PAS katanya depa-depa ni bukan dari kategori ustaz-ustaz, bukan dari orang-orang alim, orang yang tak pakai ketayap, ditambah pula dengan simpati mereka pada saudara anwar. jadi seolah-oleh mereka terpaksa menyertai atau menyokong PKR, dan sebenarnya bukan dari hati yang tulus ikhlas. Di sini jelas menunjukkan bahawa keihlasan atau kesetiaan mereka pada PKR agak rapuh, kurang. Oleh sebab itu lah, segenap pimpinan PKR patut menunjukkan suatu tahap kerja yang boleh dibanggakan oleh pengikut atau penyokong. Bukan kerja "cin-cai". Dan lagi satu, jangan ada sifat "syok sendiri". Kalau ada sikap sebegini, tak lama lah jawabnya.

Jadi untuk yb2 ni, tunaikan lah amanah rakyat sebaik mungkin. jangan asik nak bersepak terajang antara pemimpin-pemimpin. kalau ada yang tak kena sikit-sikit tu, duduk bercerita dalam bilik kebal yang berita tak boleh keluar. yang rakyat tak tau apa jadi kat dalam tu. selesai kan yang mana tak betul dengan cara yang bersopan, bukan melaui akhbar. bagi pak awang setiap masalah mesti ada jalan untuk selesai. jangan duk heboh satu dunia. jangan bagi pengundi nampak yb depa pun tak betoi, macamana nak tolong rakyat ... alahai punah hangpa nanti dikerjakan pengundi pada PRU akan datang.

Ingat tu wahai YB2 dan juga yang bukan YB tapi ada cita-cita nak jadi YB ...

salam ...

01 November 2009

1Malaysia Najib Altantuya - Orang susah di penanyakan ...

oleh Pak Awang
Salam dan selamat malam
Pak awang ada kereta proton saga buruk sebuah. Buat pi pasar, pi solat jenazah, pi makan kenduri. Semua boleh lagi walau pun dah lebih 15 tahun umur dia. Pak awang jaga baik-baik. Servis ikut aturan. Jadi injin memang orang kata tip-top la. Pasai tu pak awang berani bawa pi kuala lumpur bila teringat nak pi tengok cucu di sana. Dia tak pernah meragam, dia tak pernah buat hal lagi atas jalan selama pak awang pakai dia.
Tapi baru-baru ni depa dah bagitau,, depa kata mulai tahun depan ni, kereta-kereta yang umur 15 tahun keatas ni sebelum boleh hidupkan cukai jalan, kena bawa kereta pi periksa kat puspakom dulu. Haram jadah betoi la depa ni. Kalau tak bawa pi periksa tak boleh nak hidupkan cukai jalan. Mampuih ....
Ni hangpa ingat orang yang pakai kereta-kereta 15 tahun lebih tu orang senang ka? Kalau kami ni orang senang kami tak pakai la kereta buruk ni. Alahai apa yang hangpa duk pikir dalam kepala hotak tu hanya nak buat duit, hangpa bukan pikir pun orang-orang susah di kampong-kampong ni macam aku ni.
Lepas tu katanya insuran pun dah naik. RM35o paling kurang. Dah tak dak dah insuran 3rd party. Tak tau la RM350 apa punya party dah kata 3rd party tak dak, jangan party tupperware dah lah. Jadi campur pi tolak mai dah tentu la kena siap paling kurang RM500 tiap tahun untuk terus guna kereta. Tak dak rm500, ha tolak saja kereta buruk tu dalam sungai lepas tu kayuh basikal, puas hati seduit tak kena.
Depa ni tak pernah nak pikir langsung kat orang-orang kampung. Yang tak dak kerja tetap, yang dok pi ke laut, toreh getah, pi bendang, Kami nak juga guna kereta takut-takut kot-kot sakit demam ka apa ka, senang nak bergerak. Tapi dah kami tak berapa ada duit jadi kami guna la kereta-kereta lama, kereta buruk, tu pun hangpa nak pekena juga lagi?
Awat selama ni hangpa duk teropong pasai kononnya hangpa tak dapat apa-apa dari orang kampong, orang susah, orang tak kerja jadi hangpa cari jalan nak pekena kami. Cukai pendapatan dah kami tak bayar jadi hangpa "cukaikan" kami dengan cara macam ni Piiiraaaaahhhh .....
Macam ni ka najib yang hang kata 1malaysia hang tu dahulukan rakyat? Kepala hotak hang lah dahulukan rakyat konon, hangpa nak tekan rakyat lagi ada lah. Pasai apa, pasai nak kenyangkan puak-puak hangpa tu ...
Wassalam

31 October 2009

Tubuh pasukan petugas peringkat tinggi mana pun .. penghujung "tiada kes"

Salam dan selamat tengahari
Ni pk awang nak cerita sikit pasai najib umumkan penubuhan pasukan petugas peringkat tinggi bagi menyiasat lapuran Ketua Audit Negara 08. ...
Kerajaan menubuhkan pasukan petugas peringkat tinggi, diketuai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menyiasat laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa yang disebut dalam laporan itu.
Pak awang nak kata la, hangpa tubuh lah menatang apa pun, badan apa pun, suruhanjaya apa pun, jawapan nya nanti tetap sama. Orang besar terlepas, yang kecik-kecik kat bawah ni yang sangkut. orang penang kata "pi mai pi mai dok tang tu juga". ... Ayat penghujung, penutup cerita tak mau bagi rakyat bising ... 'setelah disiasat didapati tiada kes, fail ditutup" ... rakyat dak muak dah dengan permainan hangpa tu.
Ambil saja contoh kes "correct, correct , correct" ... VK Lingam.
"Nampak macam saya, suara macam suara saya, tapi saya tak pasti adakah itu saya" ... antara kata Lingam pada anggota panel penyiasat semasa proses sisatan dijalankan. Dia ni pun boleh hantaq pi India belakun filem India.
Suruhanjaya Siasatan Diraja, yang diketuai oleh Tan Sri Haidar Mohamed Nor, mendapati ada kes terhadap dakwaan yang mengatakan Lingam terbabit dalam penentuan perlantikan Hakim-hakim di Malaysia. Tapi penghujung nya, kes ditutup, tiada kes. Lingam dok gelak seronok dirumah. Hahahaha aku dah kelentong puak-pauk ni.
Dah tu macam mana orang nak percaya kat hangpa. Terang-terang hangpa pembohong rakyat. Ni najib tok sah duk perabih duit rakyat, tubuh itu tubuh ini, nak siasat itu, nak siasat ini, lepas tu "kes ditutup". Apa kejadah ya hangpa tubuh suruhanjaya kalau dah cakap suruhanjaya hangpa tak pakai.
Ni sama la dengan yang ini, tubuh pasukan petugas untuk menyiasat penyelewengan seperti yang terdapat dalam lapuran Ketua Audit Negara 2008. Ni hangpa jangan mengarut lah buang masa saja. Mampuih lah ....
Wassalam

24 October 2009

Jangan rosakan PAS dengan perangai hangpa tu ... pkfz nizar altantuya

oleh Pak Awang
Salam dan selamat pagi semua dari Pak Awang.
Apa kabar? Sihat lah rasanya kan. Kalau tak sihat tak boleh lah nak ngadap laptop/pc ni kan. Kalau yang tengah kerja, selamat bertugas dari pak awang, kalau yang tak kerja macam pak awang (yang dah pencen ni) ni buat lah apa-apa saja yang boleh mendatangkan kebaikan pada diri, kaum keluarga, pada masyarakat setempat dan pada sesiapa saja yang dirasakan memerlukan pemerhatian atau pertolongan kita. Jadikan lah masyarakat sekeliling kita sebagai kaum keluarga kita, tak kira dia cina ka, india ka, mat salleh ka, siam ka atau sesiapa saja.
Ni la pak awang duk tengok dalam sehari dua ni macam kalang kabut sikit dalam Pakatan Rakyat ni, baik PAS mau pun PKR. Yang diam mungkin DAP. Depa ni nampak rilex, tak dak apa kes yang boleh disabitkan setakat ni. Bab PKR pun rasa pak awang dah setel kot. Setakat ni tak dak lagi kenytaan-kenyataan panas dari pimpinan mereka mengenai kes Pengerusi PKR Sabah. Nak kata berebut pun tak juga kot. Cuma salah perhitungan dipihak pemimpin atasan. Tak pa lah kalau dah selesai bagus sangat lah.
Bukan apa pak awang kesian tengok pada pemimpin-pemimpin politik kita ni. Kadang-kadang nak kata depa tak sekolah, tak patut sangat. Masing-masing belajar tinggi, tapi bila mai tang bab nak ambik hati rakyat depa macam tak berapa nak reti. Yang depa duk pulun hanya pasai jawatan, pangkat. Depa macam tak tau nak mententeramkan keadaan. Sikit-sikit bercakaran. Awat depa ingat rakyat kat bawah ni tak tau ke keadaan depa kat atas sana. Jangan la duk buat perangai macam tu. Nawaitu nak kena betul.
Ni pasai jawatan Pengerusi PKR Sabah. Pak awang dah tulis dua tiga hari lepas dah. Jadi tak payah pak awang ulang lagi. Cuma pak awang nak pesan apa-apa pun kita kena ikut kehendak ramai. Bagi saja pada sesiapa yang mendapat sokongan, bukan pada seseorang yang nak "syok sendiri". Ingat, untuk menang pilihanraya, macam semua kita berharap, hanya lah dengan sokongan orang bawahan, pengundi, rakyat bukan dengan pemimpin yang punya kuasa. Walau sebesar mana kuasa kita ada pun, tapi rakyat tak suka, tak jadi jugak. Ingat tu ya. Jangan dok asik nak jawatan tinggi, tapi sokongan tak dak. Kalau itu lah yang diharapkan, nawaitu kita dah tersasar, bukan nak sokongan rakyat, tapi nak kembongkan poket. Dapatkan sokongan dulu, kerana ianya penting.
Tak pa kita tengok lepas ni siapa yang akan menggantikan YB Azmin selaku Pengerusi PKR Sabah. DSWA akan umumkan Pengerusi baru. Semalam pak awang ada terbaca tapi tak ingat tang mana kata besar kemungkin Dr Jeffry Kitingan akan mengambil alih jawatan tersebut. Kita tak kisah siapa, yang pasti ianya mendapat sokongan padu dari semua.
Dalam pada krisis YB Azmin di Sabah ni hampir nak selesai, tiba-tiba meletup pula krisis terbaru PAS. Sebenarnya bukan kes baru, Kes ini sebenarnya adalah lanjutan dari krisis dalaman PAS sejak akhir-akhir ini, antara puak TGNA atau kumpulan Edrojan dengan kumpulan Ulama' yang di ketuai TGHH, yang pro UMNO. Persegeran itu nampaknya sudah sampai ke kemuncak nya apabila TGNA semalam telah mengeluarkan kenyataan meminta agar di adakan EGM atau Perhimpunan Agung Luar Biasa bagi memilih pimipinan baru PAS. Bagi pak awang, tak semudah itu TGNA nak meminta diadakn EGM kalau situasi dalaman masih lagi boleh diperbetulkan.
Ini yang pak awang kata nawaitu kita kena betul. Niat suci di hati. Apa yang kita cari. Jawatan atau betul-betul nak memperjuangkan parti. Islam atau rakyat. Kenapa mesti ada pemimpin pro UMNO dalam PAS? Apa yang mereka cari sebenarnya. Apakah kerana ada jalan-jalan yang konon nya cerah untuk jawatan yang di inginkan, perjuangan parti diketepikan atau di lupakan dulu buat sementara. Hahahaha hangpa silap la ... Sebab apa pak awang kata silap?
Silap sangat la sebab depa dah tak ingat pada perjuangan asal parti, meletakkan Islam pada tepat yang sebaik mungkin. Sebaliknya depa lebih kepada jawatan. Konon nya kalau depa ni "team up" dengan UMNO ada yang boleh jadi jadi Menteri Besar, ada yang duk nampak nak jadi Exco dan macam-macam lagi dalam kepala hotak masing-masing. Pasai tu depa jadi macam ni. Otak depa dah dok nampak RM bukan Islam bukan rakyat lagi. Betul tak?
Hassan Ali, kalau dulu kemana saja bersongkok hitam, tapi baru-baru ni pak awang tengok songkok dah hilang, ingat kan pakai ketayap putih, tapi rupa-rupanya rambut dia yang putih ... Biar pi la nak jadi orang muda, dalam kepala duk nampak jawatan MB yang kononnya ditawar UMNO kalau depa join UMNO ... Nak tergelak pun ada pak awang ni dengan sikap Hassan Ali. Ceramah dia bukan main berapi-rapi, nasihat itu nasihat ini, tapi diri sendiri pun macam putar alam jugak rupanya ...
Ni hangpa ubah la pemikiran tu. Balik ke jalan asal, kejalan yang benar. Perjuangan untuk parti, untuk Islan bukan perjuangan untuk jawatan untuk kuasa atau untuk RM. Awat tak reti-reti sangat ni. Belajar masing-masing tinggi, tapi otak macam letak kat kepala lutut. Ingat lah PRU13 semakin hari semakin hampir. Buat la sesuatu yang boleh buat bagi orang ramai/rakyat/penyokong suka bukan asik nak bergeseran, bertelagah sesama sendiri. Rakyat meluat. Kalau ya nak jawatan, keluar PAS masuk saja mana-mana parti yang cepat dapat jawatan. Senang cerita. Tak payah nak sibuk-sibuk dalam PAS ni, bukan hangpa saja yang rosak, parti juga terbabit sama ... Tolong jangan rosakkan PAS dengan perangai hangpa tu ...
Kita tengoklah nanti samaada EGM dapat diadakan atau tidak dan tengoklah nanti siapa yang akan ditendang keluar ... TGNA dah kata, "kalau nak berpecah pun, pecah lah apa nak buat" ...
Wassallam ...

23 October 2009

Kerajaan 1Malaysia semakin kelakar

oleh Pak Awang

Salam malam Jumaat,

Pak Awang tak ingat nak tulis apa-apa malam jumaat ni tapi rasa macam tak leh nak tidor kalau tak merepet sikit malam ni. Pasai depa ni duk mengarut lebih-lebih sangat ni. jadi Pak Awang nak tulis juga sikit saja malam ni.

Mula kes kelakar Tee Kiat dengan Soi Lek. Awal2 dulu bagai nak rak punya gaduh, tau-tau petang ni leh duk semeja untuk bersama demi kepentingan parti konon. Pulak dah. Dulu pakat-pakat tak percaya. Hang tak percaya kat aku. Aku tak percaya kat hang. Hang tak betul. Dia ni tak baik. Penghunjung leh pulak duk sama-sama, leh pulak lupakan kisah lalu demi parti demi penyokong. Wakaka kelakar, orang penang kata lawak. Ala-ala lawak ghazal parti Kepala Batas ditahun 60an 70an dulu la pulak depa ni. Pak Awang dah kata dari awal lagi depa ni macam budak-budak main perang-perang, lepas habis main, geng jahat geng hero boleh duduk sama sembang2. Macam juga dengan WWE McMohan tu, Atas pentas hang hempuk aku, aku hempas hang, aku terajang hang, hang pulas kaki aku, belakang stage depa duk minum sama, gelakkan penonton yang dah kena tipu. Itu politik MCA. Lawak, lawak ...

Yang ni pak awang tak nak komen banyak nanti kata tak hormat keputusan mahkamah. tapi sekadar nak ulang balik saja la. Bukan nak kata keputusan mahkamah tak betoi. Betoi sangat keputusan tu. Tak dak yang tak betoi, segala-galanya betoi. YB Tian Chua di kenakan hukuman penjara 6 bulan dan didenda 3ribu. Katanya dia gigit sorang polis ni yang sebelum tu dah tumbuk dia. Tak tau pula pak awang kata polis ni senang-senang boleh tumbuk orang. Mungkin atas sebab nak mempertahankan diri la kot. Alasan yang selalu diguna oleh polis la. Tapi yang paling syok nya depa tengok rakaman video, tapi tak nampak pun YB TC gigit polis tu. Jadi tang mana bukti dia gigit polis tu. Ooooppppssss ... bukan pertikai keputusan mahkamah tapi sekadar pak awang bertanya. Alasan untuk salahkan YB TC semua orang tau ... YB TC akan kemukan rayuan. Kita tunggu.

Correct ... Correct ... correct ... tiada kes kata Nazri Aziz. Lawak lagi. Suruhanjaya yang ditubuhkan kata ada kes. Linggam boleh disabitkan kerana mengatur perlantikan hakim-hakim. Bila pi kat depa, depa kata tak dak kes terhadap Linggam ... Emmmmmm Pak Awang nak tanya sikit la kat si Nazri ni, pasai apa yang hangpa susah payah pi tubuh Suruhanjaya hari tu? Untuk apa kalau dah cadangan dia macam tak berguna. Buang karan jer la kerja-kerja ahli-ahli Suruhanjaya tu hari tu. Atau sekadar tak mau bagi orang bising bila DSAI keluarkan kes tu? Jadi utk itu tubuh kan lah Suruhanjaya konon untuk siasat, padahal hangpa dah ada perancangan lain ... lepas ni kita tutup kes. Pasai apa kes ditutup? Pasai banyak ikan-ikan jerung terlibat kan ... Kah kah kah ... hangpa tipu rakyat demi nak jaga perut masing-masing.

Penat bila memikirkan keadaan yang berlaku di keliling kita ni setiap hari. Tapi apa yang kita sebagai rakyat boleh lakukan. Macam pak awang dan kebanyakan blogger ni boleh la meluahkan ketidakpuasan hati melalui luahan hati di sini. Tapi itu pun sekadar tulis, bagi orang baca. Tak lebih dari itu pun. Tak akan dapat apa-apa, hang tulis la apa pun depa tetap macam depa, cuma satu kalau terlebih tulis baru depa mai cari di rumah. Tapi bagi rakyat biasa, mau tidak mau TERPAKSA terima juga lah apa saja yang dipersembahkan oleh kerajaan yang tak pernah sedar diri ini. Tiada ruang untuk rakyat membantah, menyuarakan sesuatu. Berhimpun depan Sogo ramai-ramai sat lagi air asid depa sembor, gas depa tembak. Dah tu nak buat mcam mana lagi. Betul ka tak betul ka terpaksa lah pakat-pakat duk diam saja.

Mereka akan terus menerus menipu, mempermainkan pemikiran rakyat yang pada anggapan mereka semua rakyat bodoh. Mereka akan menggunakan segala kekuatan, segala tembok yang ada untuk mempertahan pemerintahan jijik mereka. Kata-kata manis yang diucapkan setiap hari malaui media perdana sekadar untuk survival untuk terus memerintah dengan cara yang semakin tidak betul. Rakyat semakin menyampah. Teruskan lah ...

Banyak lagi pak awang nak tulis, tapi simpan la untuk esok pula ya ...

Wassallam ... Pak Awang KB

20 October 2009

UMNO ni RM100 pun depa sapu ...

oleh : Pak Awang KB

Semalam Pak Awang cerita pasal juta-juta. Tanah balak yang bernilai berjuta-juta ringgit depa bagi kat kawan-kawan, atas sebab kawan lama. Pada hal kawan yang dapat balak tu tak tau nak buat apa pun, Bukan dia tak tau nak buat apa, maksud Pak Awang dia bukan taukey balak pun, dia taukey kedai makan saja. Jadi dah tentu lah dia pun serah kat orang yang lebih fasih yang reti pasal nak urus tanah balak ni. Jadi kawan kita ni dapat lah duit atas angin saja. Yang kaya orang lain. ... ni la yang pak awang kata KRONI. Kalau hangpa rapat kenal baik dengan pemimpin tak kira BN atau Pakatan, hangpa akan senang, senang dapat duit juta-juta. Bukan bidang kita tak jadi masalah, janji hangpa kenal dengan orang besar-besar dah cukup untuk memenuhkan poket, Itu lah dunia politik kita masa kini.

Ni petang ni bukan yang juta-juta yang Pak Awang nak cerita. Ni setakat seratus dua saja. Makan kecik-kecik saja. Sebab depa ni mungkin baru nak naik, Tak berapa kenal lagi dengan pemimpin besar besar di Kuala Lumpur. Mungkin depa kenal Pak Lah, tapi yang jadi masalah Pak Lah tak berapa kenal depa. Pak Awang kenal Pak Lah, Pak Awang kenal Datuk Bakar, dan depa kenal Pak Awang tapi Pak Awang tak suka bab-bab nak"gosok bahu"depa untuk dapat habuan ni. Itu bukan cara Pak Awang. Lagi pun Pak Awang bukan orang atau ahli parti depa tu. Kalau Pak Awang nak sesuatu Pak Awang akan guna saluran yang betul, yang bersih, bukan guna kabel atau saluran politik. InsyaAllah akan berkekalan.

Ni yang Pak Awang nak cerita petang ni pasal sorang orang Umno kat cawangan Pak Awang ni la. Entah apa jawatan dia dalam Unmo kampung ni Pak Awang tak tau, Pak Awang memang tak penah ambil tau. Tapi dia ni baik sangat dengan ketua cawangan ni. Lantak pi la kat hangpa. Janji hangpa tak kacau aku. Tapi kali ni walau pun hangpa tak kacau aku, tapi saja aku nak kacau hangpa sikit. Nak bagi orang tau perangai busuk hangpa tu. Walau pun kecik, tapi apa yang hangpa buat tu tak kena. Hangpa tidak amanah. Hangpa mula dengan yang kecik-kecik lama-lama akan jadi besar la.

Pak Awang dapat tau sorang mak cik ni, umur dia dah dekat 80, duduk sorang-sorang. Dua anak-anak dia bekerja di KL. Jadi bila mai dekat nak raya, sebagai penduduk dalam kawasan Parlimen Pak Lah, maka Pak Lah akan edar-edarkan lah kepada orang-orang tua, ibu-ibu tunggal hamper-hamper raya, ada kain batik ada kain pelikat, beras dan duit katanya RM150. Kebetulan kali ni mak cik ni tak dapat nak pi Kepala Batas untuk terima barang-barang tu, kalau sebelum-sebelum ini ada arang yang tolong bawakan dia pi. Jadi dipesan lah pada salah seorang orang kuat umno ni untuk tolong ambilkan barangan tersebut termasuk duit untuk nya.

Apabila balik, mak cik ni hanya menerima RM50, sehelai kain batik dan hamper. Katanya itu saja yang Pak Lah bagi untuk raya tahun ini. Tak pa lah. mak cik tu pun terima tanpa banyak soal. Selepas seminggu cerita sebenar terbongkar. Bukan RM50 yang Pak Lah bagi, tapi RM150.00. Kah kah kah ... RM100 pun depa kemut

Cerita ketua cawangan nya pulak. Peruntukan basikal untuk ibu-ibu tunggal di kampong. Ya la depa pun nak jalan-jalan juga, nak naik basikal pi kedai beli ikan, pi hantar anak sekolah, pi kenduri kendara ka senang la. Tapi si ketua cawangan ni bukan saja masukan nama ibu-ibu tunggal, tapi juga untuk dua anaknya yang masih bersekolah. ...

Pening Pak Awang memikirkannya. Sikap tak amanah depa ni. ... Tapi Itu lah sikap orang-orang UMNO ....

Nota: Apa yang pak awang tulis selama ni adalah CERITA BENAR yang terjadi di sekeliling Pak Awang setiap hari. Ada yang besar ada yang kecik. Insyallah pak awang akan terus bercerita penyelewengan demi penyelewengan tak kira sapa, BN ka Pakatan ka, untuk tatapan anak-anak semua dan untuk peringatan kepada yang melakukannya, agar hangpa tau yang kerja busuk, kerja tak senonoh hangpa tu ada orang yang tahu.

Wassalam

RM 2 juta hanya sebab "kita kawan lama"

oleh Pak Awang KB

Salam dan selamat malam semua

Pak Awang tak mau tulis cerita ni masa bulan puasa dan bulan raya hari tu. Tapi hari ni bulan raya dah pun berakhir. Ya la bulan raya kan biar bagi depa beraya dulu.

Kejadian ini berlaku pada 15 hari puasa baru-baru ni. Sorang kawan dari Kangar ajak Pak Awang berbuka di Alor Setar. Pak Awang setuju. Tempat nya di Holiday Villa Alor Setar. Depa ni berbuka di hotel-hotel saja. Ya lah taukey-taukey ni kan berbuka puasa pun mesti di hotel-hotel.

Sampai dekat Gurun hujan lebat, jalan sesak teruk. Yang buat sesak teruk tu bukan pasal hujan sangat, tapi ada lori terbalik sebelum susur keluar Gurun. Disebabkan dah lambat kami ubah tempat. Katanya kat satu kedai makan di Simpang Empat.

Pak Awang sampai dah dekat pukul 7. Berbuka jam 7.11. Kawan Pak Awang ni dengan 2 lagi kawan nya yang Pak Awang pun tak kenal sapa dah pun ada di sana. Tapi rasa Pak Awang gaya tu macam bisnesman juga lah. Jadi kami berempat lah semuanya. Makanan siap terhidang dengan 1 jug sirap bandung.

Waktu berbuka pun sampai. Makan nasi ayam goreng kampung katanya. Pak Awang bukan reti sangat rasa ayam kampung dengan ayam "bandar" ni macam mana. Tak kisah apa pun janji ada rezeki untuk berbuka hari ni.

Selesai berbuka, tuan punya kedai datang menyapa kawan Pak Awang termasuk kami bertiga. Peramah orang nya. Walau pun ini lah pertama kali Pak Awang jumpa dia, tapi cara sembang dia macam dah kenal lama.

Dari sembang-sembang dapat lah Pak Awang tahu yang kedai makan ni dah lama beroperasi. Dan pemiliknya tiada pernigaan lain kecuali kedai makan ini. Dia bekas seorang tukang masak tentera. Cuma satu yang Pak Awang tak dapat agak samada dia orang BN atau PR.

Tau- tau ... "Ni abang nak tunjuk satu benda" katanya nya pada kawan Pak Awang" sambil dia berjalan menuju kebahagian dapur kedai.

Dalam masa 10 minit dia keluar semula dengan satu sampul surat putih di tangan nya, Di hulurkan sampul surat tersebut pada kawan Pak Awang. Kawan Pak Awang membuka sampul surat tersebut dan membelek isi kandungan nya.

Di hulurkan pada Pak Awang pula. Pak Awang merenung surat tersebut.

"Ini lah yang Ustaz bagi kat abang," terang pemilik kedai makan tersebut
Katanya lagi "ustaz kata sebab abang (pemilik kedai) dah kawan lama dengan dia (ustaz), jadi inilah hadiah persahabatan kami" kata pemilik kedai tersebut dengan bangga.

Pak Awang tengok kawan, dia juga tengok Pak Awang .... "rezeki dia" kata kawan Pak Awang.

Pak Awang yang kurang faham sikit dalam bab-bab macam ni bertanya
"ni abang nak buat macamana"?

"Dah ada satu taukey nak bayar 2 juta pada abang" katanya bersungguh.

"Lepas tu?" Pak Awang nak tau lagi

"4.6 juta dan apa-apa lagi bayaran taukey tu bayar la nanti pada kerajaan negeri, janji dia bawa mai tunai 2 juta pada abang, abang bagi lah kawasan balak tu pada dia" kata abang pemilik kedai tersebut sambil tersenyum.

Pak Awang juga tersenyum. Kawan Pak Awang tersenyum. Semua kami tersenyum sengeh.

Dalam kepala otak Pak Awang "ini lah dia yang dikatakan amalan kroni, sebab kawan, taukey kedai makan boleh dapat konsesi balak" .... persoalan itu terus duk main dalam kepala otak Pak Awang sampai ke hari ni.

Wassallam

18 October 2009

Perangai macam ni yang buat pengundi meluat

oleh : Pak Awang KB

Salam dan selamat malam semua

Sebelum apa-apa harap baca dulu DI SINI . Kalau tak baca nanti tak tau apa yang pak awang dok merepat ni. Baru semalam pak awang tulis bab-bab pemimpin-pemimpin politik kita ni. Pemimpin politik kena rapat, kena baik, kena ingat kat pengundi-pengundi dia. Pasai apa? Pasai pengundi lah yang buat bagi depa naik. Pengundi lah yang pangkah bagi depa dapat "title" (maaf no pak awang tulis orang putih sikit) YB .. depa kata Yang Berhormat, tak pa pi lah panggilan tu adalah panggilan rasmi, tapi bagi pak awang YB makna dia Yang Berkhidmat untuk pengundi.

Ha dah baca kan apa saudara MSO tulis. Pak awang golek (geleng) kepala bila baca apa yang saudara MSO tulis tu. Awat jadi lagu tu? Pak awang tau (tengok di blog Stone) hari ni juga ada rumah terbuka Keadilan Wilayah Persekutuan KL di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru. DS Anwar pun katanya ada di sana. Pagi tadi rumah terbuka Nurul Izzah di Bangsar. Jadi depa penat la kot, pasai tu sapa pun tak dak di Gombak ni.

Pak Awang nak pesan la buat wakil-wakil rakyat, tak kira Parlimen ker DUN ka, jangan la buat perangai macam tu. Macam si YB Azmin ni, majlis tu dianjurkan oleh PKR Cabang Gombak, Parlimen Gombak di wakili oleh YB Azmin, memang tak kena sangat sampai tak jenguk muka, Kalau ya pun sibuk sangat pi la jengok sat, sua muka bagi orang-orang yang berusaha buat program tu tengok muka YB depa. Pekena sepotong dua lemang, segelas air sirap ha pi la nak miting ka nak pi tempat lain pulak ka tak pa la, sekurang-kurang nya YB depa dah mai jengok muka. Dah bagi sokongan. Walau pun kerja teruk tapi rasa pak awang bila tengok YB depa mai tentu depa rasa seronok, sejuk hati depa. YB depa tengok apa yang di lakukan oleh anak-anak buah di bawah sana.

YB kena ingat yang uruskan buat rumah terbuka tu orang-orang "kita". Penyokong/ahli parti "kita" bukan parti lawan. Depa ni yang nak buat kerja, depa yang nak panjat pokok, tiang letrik nak gantung poster bila mai pilihanraya nanti. Tak kan YB nak pi jumpa depa dok sembang dengan depa dari lepas subuh sampai nak subuh pulak hanya bila dekat-dekat pilihanraya saja. Lagipun bukan nya tiap hari tiap minggu ada rumah terbuka. Setahun sekali saja. Bukan susah pun. Bagitau saja kat driver nak pi mana, driver bawa lah, YB duk melentang kat belakang saja.

Ni pak awang tulis ni bukan hanya untuk YB Azmin saja. Pak Awang tuju pada semua wakil-wakil rakyat/pimpinan samada PKR, PAS dan juga DAP. Yang sebelah sana tu biaq pi kat depa la. Pak awang tulis, pak awang pesan sebab pak awang "sayang" kat YB-YB Pakatan semua. Pak awang tak mau nanti lama-kelamaan kalau dok buat perangai tak kisah tak heran dengan pengundi lama-lama pengundi meluat. Bila dah meluat 1 sen tak guna la. Bila mai hari mengundi depa tak pangkah dah kita, macamana?

Itu la pak awang nak pesan buat pemimpin-pemimpin Pakatan ni, untuk nak menang pilihanraya kita kena menangi hati pengundi dulu. Tapi jangan duk pi rasuah pengundi pulak. Tapi yang jadi masalah nya yang rasuah pun boleh menang ni ... alahai. Tak pa biaq pi kat depa, tapi orang kita jangan duk buat kerja tak senonoh macam tu. Buat kerja dengan ikhlas, bukan dengan duit ringgit.

Tapi inilah sikap kebanyakan YB-YB kita. Memang susah nak nampak muka depa kalau hari-hari biasa ni. Pak Awang pun sama, susah sangat nak tengok muka Pak Lah ni, tengok kat surat khabar saja la. Yang ADUN pulak lagi la menyampah pak awang. Si Azhar (DUN Penaga) tu, tak pernah jumpa langsung lepas mengundi hari tu. tak tau apa yang dia sibuk sangat.

Pak awang teringat satu kejadian di kampong pak awang ni la, ada la budak-budak kampong pi jumpa dia (Azhar) nak minta jersey bola. Ada ka dia perambat budak-budak tu balik dengan kata-kata "hangpa ingat aku cop duit ker"? Itu sikap ADUN BN, ADUN Pakatan jangan buat lagu tu na.

Wakil rakyat Pakatan buat macam ni. ... Kejadian berlaku lebih kurang jam 2 pagi. Pak Awang dalam perjalanan nak ke KL, memandu kereta sorang-sorang. Tiba-tiba ada satu kemalangan di persimpangan keluar ke Tapah, lebih kurang 1 km dari Hentian Tapah. Pak Awang turun dengan lampu suluh mengawal kenderaan lain agar tidak merempuh kereta yang mengalami kemalangan tu yang dah menghalang laluan kanan. Hujan tengah turun walaupun tak lebat tapi pak awang basah juga la. Tiba-tiba Pak Awang ternampak satu muka yang pak awang rasa macam kenal sedang membantu mangsa-mangsa kemalangan tersebut. Dia pun macam pak awang basah juga. Pak awang pi dekat dia, dan bertanya "Ni che Gu Bard kan"? .... "Ya" jawabnya.

Wassalam ... dari Pak Awang

17 October 2009

Apa cerita ni Anwar?


oleh Pak Awang Kepala Batas

Salam buat semua dan selamat hari Deepavali untuk yang beragama Hindu

Pak Awang suka sangat bila MCA bergaduh hari tu antara Ong Tee Keat dengan Soi Lek. Begitu juga bila MIC bergaduh. Pak Awang rasa marah bila ada orang kata, terutama puak-puak UMNO atau Barisan, kata PKR tak punya umur yang panjang atau Pakatan Rakyat satu pakatan yang rapuh. Sebab apa pak awang marah? Sebab pak awang rasa itu hanya kata-kata dari orang yang kecewa, kata-kata dengan niat untuk menjahanamkan Pakatan Rakyat atau PKR. Pak Awang tak percaya yang PKR akan berkubur tak lama lagi. ... Tapi

Tapi apa yang terjadi akhir-akhir ni menampakkan yang kenyataan-kenyataan di atas seolah-olah ada kebenarannya. Kekalahan PAS/Pakatan Rakyat di Bagan Pinang baru-baru ini sedikit sebanyak telah meruntuhkan keyakinan rakyat pada PAS/Pakatan. Pak Awang tak mau ulas lagi bab tu, sebab ramai dah pimpinan baik PAS mau pun Pakatan dah pun bagi ulasan masing-masing tentang kekalahan yang bagi Pak Awang agak memeranjatkan. Tak pa biaqpilah nak buat macam mana dah kalah. Samada silap strategi atau apa ka biaq pemimpin-pemimpin Pakatan yang selesaikan untuk mencari strategi baru bagi mengahadapi PRU13 yang bakal mendatang.

Yang PAk Awang nak cerita ni bab PKR ni. Pasai apa tiba-tiba Dato Zaid Ibrahim ambil "cuti politik" selama 6 bulan mulai semalam. Pasai apa DSAI?

Dari apa yang pak awang baca dari blog-blog, dari surat khabar (terpaksa baca sebab nak dapat info) kononnya DSAI telah menghalang Dato Zaid dari pergi ke Sabah untuk bertemu pemimpin-pemimpin PKR Sabah. Sebab apa DSAI halang?

DSAI halang Dato Zaid (DZ) mungkin atas desakan Azmin. Azmin telah tidak diterima oleh 18 ketua-ketua bahagian PKR di Sabah. Bagi Azmin pemergian DZ ke Sabah, seolah-oleh ingin merampas tempat beliau (Azmin) di sana. Azmin adalah Pengerusi PKR Sabah. Tapi bagi ketua-ketua bahagian di sana, mereka lebih memerlukan orang tempatan untuk mengepalai mereka.
Azmin juga dikatakan tidak bersetuju dengan pendekatan DZ yang selalu menghentam rakan-rakan lain dalam pakatan terutama pemimpin-pemimpin PAS. DZ telah dilantik oleh DSAI menganggotai Biro Politik PKR.

Bagi pak awang cerita-cerita yang macam ni lah yang buat puak-puak umno duk tepuk tangan gembira, yang pada pandangan pak awang ia sepatutnya tidak berlaku dalam parti yang sedang merangkak naik ini, (maaf pak awang terpaksa kata merangkak saja dulu, makna nya berjalan pun belum boleh lagi, apatah lagi berlari. Sebab apa merangkak? Ha sebab kes-kes macam ni lah, sikit-sikt terjatuh) belum betul-betul kukuh lagi tau ...

Pak awang ada terbaca dalam komen saudara STONE tadi, katanya nawaitu kita berpolitik ni kena betul. Tanya diri sendiri untuk apa kita berpolitik? Untuk kembongkan poket sendiri atau benar-benar ingin membela nasib rakyat? Pak awang tak nafikan, poket kena juga kembong, kalau tak kembong macamana nak tolong rakyat. Betul, tapi jangan jadikan dia sebagai agenda utama kita. Agenda utama wakil-wakil rakyat, ahli-ahli politik adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat. Berapa banyak atau berapa peratus kah agenda itu tersemat di setiap kepala otak wakil rakyat kita sekarang ini. Jangan kira wakil-wakil rakyat atau pemimpin-pemimpin UMNO BN, kepala otak depa dok nampak projek nampak duit saja. Jangan juga kita jadi macam depa.

Untuk YB Azmin, kalau orang-orang Sabah dah tak mau kita dan depa mau orang tempatan, demi parti demi rakyat, bagi saja jawatan tu pada depa. Pak awang rasa tak susah. Jangan kita kejar sesuatu yang boleh merobohkan usaha niat murni kita untuk menumbangkan UMNO BN pada PRU13 nanti ... Insyaallah.

Jadi jangan lah ada iri hati sesama pemimpin. Jangan ada kerakusan untuk berkuasa. Ingat pada pengundi, rakyat yang dibawah yang memerlukan pemimpin-pemimpin yang berwibawa, pemimpin yang dapat membawa perubahan kepada rakyat. ... Tanpa rakyat. tanpa pengundi siapa lah anda ...

Salam dari Pak Awang

16 October 2009

UMNO ada 3+1 L - Lagak, Laga dan Leka + Lembu

oleh Pak Awang Kepala Batas.

Salam buat semua dan selamat pagi

Lepas pekena secawan kopi dengan 2 keping roti canai kat kedai che abang ni, pak awang belek-belek lah surat khabar hari ini, Utusan Malaysia. Walau pun pak awang tak berapa suka sangat cara puak-puak ni buat cerita tapi pasai nak tau apa cerita depa dok melalak kat kuala lumpo tu, kan najib dengan kaum kerabat 1malaysia tengah habiskan beras di pwtc tu. Mesyuarat punya mesyuarat balik kampong masing-masing perangai duk macam tu jugak.

Pasai apa yang pak awang kata habiskan beras, ... sebab yang ramai pi tu bukan nak pi mesyuarat sangat tapi nak pi shooping saja. Tengok la bila balik nanti, kalau yang pi dengan kereta akan penuh la tempat simpan barang tu, kalau yang dengan bas pun sama, silap-silap ruang bejalan dalam bas pun akan penuh dengan barang-barang. Yang duk dalam dewan ramai yang tidor, bukan depa dengar sangat pun apa yang tok-tok ketua dok cerita di atas pentas. Itu lah perhimpunan agong umno. Tak percaya pi la jenguk-jenguk kat chow kit tu, pagi-pagi ni mungkin kurang sikit, tapi kalau sebelah petang membawa ke malam nya boleh tengok la ... chow kit akan dipenuhi dengan warna merah, bukan FRU tapi orang-orang umno.

Belek punya belek surat khabar ni ada la satu dua tajuk berita yang pak awang teringin nak ulas sikit. Satu, pasai ketua umno bhg putatan ni kata UMNO kini punya sikap 3 "L" - Apa dia 3 L tu? ... Lagak, Laga dan Leka, dan pak awang nak tambah 1 lagi L ... Lembu ... jadi umno ada 4 L lah, bukan 3

Memang pun, pak awang setuju sangat dengan apa yang dikatakan oleh Yahya Husin tu ... puak-puak umno ni memang berlagak, suka melaga-laga (sesama depa) dan Leka (kepada rakyat/pengundi). Bagus sangat, pak awang harap juak-juak umno ni terus kan lah dengan perangai L depa tu, mudah-mudahan cepat la sikit depa "padam".

Cerita lagak ni, baik dari mat-mat rempit yang pak awang tengok masa di Bagan Pinang itu hari, bukan main samseng lagi, tambah-tambah yang pakai riben merah di lengan tu, sampai lah ke ketua-ketua cawangan/bahagian, wakil-wakil rakyat depa semua nya bila masuk kampung seolah-olah depa lah yang paling hebat. Menyampah pak awng tengok. Depa akan buat muka kesian, muka 10 sen kata orang KL bila mai masa nak mengundi. Kalau masa lain jangan harap lah. Tu bab lagak.

Cerita laga melaga ni biaq pi kat depa la. Tu cerita sesama orang dalam depa. Berebut nak jawatan. Biar mampuih lah dengan laga melaga depa. Yang tu tak sabit dengan kita. Mai tang Leka ni, kita yang kena. Depa leka. depa tak kisah dengan pengundi-pengundi bila depa dah dapat jawatan. Dapat projek. Depa lupa dengan pengundi yang menaikkan depa dulu. Itu lah sikap-sikap kebanyakan pemimpin-pemimpin umno karat sekarang ni, yang diakui oleh orang umno sendiri. Bukan pak awang yang kata, tapi orang depa.

Dan yang satu lagi yang menarik perhatian pak awang ialah kenyataan ini ...

Wakil Pemuda Umno Muhammad Suffian Awang mencadangkan agar syarikat-syarikat telekomunikasi membantu menyebar maklumat tentang usaha murni kerajaan membantu rakyat kepada masyarakat khususnya golongan muda menerusi SMS.
Beliau berkata telefon bimbit yang sudah menjadi nadi kehidupan generasi muda sekarang adalah alat penyebaran maklumat yang cukup mustajab khususnya melalui SMS. -

Depa rasa tak cukup lagi pembohongan depa melalui TV surat khabar, la ni depa cadang pulak nak guna telefon bimbit untuk teruskan penyebaran pembohongan penipuan mereka kepada rakyat, khusus kepada orang-orang muda. Pasai apa depa nak buat macam tu? Pasai budak-budak muda sekarang ni dah menyampah dengan umno ni, dah tak pandang pun. Yang depa bawa mai kat Bagan Pinang itu hari mungkin budak-budak estate yang tak dak kerja, bila ditawarkan 50 ringgit kira dah besar la. Dapat baju 2 helai, riben merah satu, konon "komando" lah tu ... kesian melayu pekena melayu untuk kepentingan seseorang.

"Pak awang, hang tak pi market lagi ka, duk nagadap paper tu sampai petang la oooiii, jom-jom pi tengok ikan ....." jerit Man karan pada pak awang.

Kita sambung lagi petang nanti ya, pak awang nak pi market sat nak cari apa yang patut untuk hari ni. Bini duk tunggu nak masak ni.

Salam dari Pak Awang

15 October 2009

Permainan "perang-perang" Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek



oleh Pak Awang Kepala Batas

Masa Pak Awang (PA) kecik-kecik dulu, masa sekolah rendah diawal 60'an, masa L Ramlee dengan Orkes Teruna Ria tengah hot dengan lagu "Dara Pujaan", masa zaman tak dak lagi video game, tak dak lagi Play Station, petang-petang kami budak-budak kampong akan berhimpun lima enam orang, Ada hashim tok chah, mat deris, li berahim, man kabong, din tok chat, ashim roh. Kadang-kadang mi mamak dari kampong sebelah dengan din pak ndak pun mai join sama. Tujuan, nak main perang-perang.

Untuk nak perang mesti ada senapang. Pokok bemban belakang rumah Leh Banjar, ketua kampong habis kami korbankan buat senapang. Tak sampai 30 minit senapang siap. Peluru nya getah bulat. Dibahagi dua kumpulan. Satu kumpulan baik dan satu lagi kumpulan jahat. Kumpulan jahat akan bersembunyi dan kumpulan baik akan memburu kumpulan jahat seterusnya membunuh mereka, atau silap-silap kumpulan baik akan terbunuh dulu .... Habis satu kumpulan dibunuh, semua akan "dihidupkan" semula dan bermain lagi sehingga lah hampir magrib ... Ha itu lah permainan yang sedang dimain oleh MCA sekarang. Mula depa bunuh lepas tu akan "dihidupkan semula"

Ong Tee Keat (Keat=Kiat: bahasa orang utara adalah "tak betul") yang pada awalnya telah menerima undi tak percaya dari pada perwakilan yang menghadiri EGM khas, dan dia pun telah mengeluarkan kenyataan yang menerima usul para perwakilan, hari ini telah "dihidupkan" semula sebagai Presiden MCA dan Jawatankuasa Pusat MCA pula telah memilih Liow Tiong Lai sebagai Timbalan Presiden. Permainan depa ni pun ala-ala perang senapang bemban juga la ni. Yang dijangka akan terus "dimatikan" dalam permainan ini adalah Chua Soi Lek.

MCA pun sama atau lebih kurang macam UMNO juga lah. Seperti apa yang berlaku di Bagan Pinang Sabtu lalu, pemimpin RASUAH tetap diterima oleh pengundi. Sama juga lah dengan MCA, walaupun pemimpin (OTK) yang didakwa telah menerima rasuah sebanyak RM10 juta, tapi atas khidmatnya pada orang-orang tertentu, dia masih dapat diterima lagi.

Ong kini sedang disiasat SPRM atas dakwaan menerima 10 juta dari Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Tiong King Sing yang juga Pegerusi Kelab Penyokong Kerajaan. Tapi memandangkan Ong adalah "orang kerajaan" dan MCA adalah kaum kerabat BN, jadi sikap endah tak endah SPRM pasti ada. Itulah dia kerajaan 1Malaysia najib.

Di awal pertembungan Ong dan Chua, ramai yang meramalkan masa depan politik Ong bakal berkubur ditambah dengan undi tidak percaya terhadap nya dikemukakan perwakilan. Tapi yang menariknya mereka (perwakilan) juga tidak mahukan Chua kembali memegang jawatan Timbalan Presiden. Apakah undi tidak percaya terhadap Ong sekadar satu permainan perwakilan, atau permainan Ong terhadap Chua?

Sama-sama kita tunggu episod selanjutnya "permianan perang-perang" Ong dan Chua ini.

salam dari Pak Awang

14 October 2009

Fitnah di blog cemar Malaysia sebagai negara Islam - Puteri UMNO

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Perwakilan Puteri UMNO Kedah hari ini mencadangkan parti itu menubuhkan satu suruhanjaya khas siber bagi memantau laman web dan blog secara lebih serius supaya penyebaran gejala fitnah dapat dibendung.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kedah, Norashimah Md. Nowar berkata, gejala fitnah di kalangan pengendali laman web dan blog semakin berleluasa sehingga mencemarkan imej negara sebagai sebuah negara Islam.

"Ia bukan sahaja mengelirukan masyarakat, malah ia bertentangan dengan ajaran agama Islam yang sebenar.

UNTUK KETUA PUTERI UMNO KEDAH - Perbetulkanlah cara pemakaian anak-anak buah anda mengikut Islam seperti yang di pakai oleh dua muslimat PAS dalam gambar di atas dahulu sebelum anda cuba menyalahkan blog-blog yang kononnya mencemar Islam ... Dan juga, tidak kah tindakan bini najib seperti di atas tidak mencemarkan Islam? ..

oleh Pak Awang Kepala Batas


Chek Norashimah oi, tang mana yang blog-blog ni dok buat fitnah ni? Blog-blog ni buat cerita sebenaq yang tak disiar di media-media hangpa tu. Awat tak minta tubuh juga Suruhanjaya untuk pantau Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, Rangkaian TV Media Prima, yang tiap hari juga duk pembohong. Awat chek tak tengok ka?

Media-media hangpa tu la yang lagi teruk duk putaq segala cerita-cerita ni, nak habaq bagi kat chek shimah ... Jangan nak buat tak tau pulak na ...

Yang terbaru di Bagan Pinang hari tu, yang konon nya si mamak azeez tu dah kena pukui sampai masuk hospital, media sapa yang tak habis-habis buat cerita? Bukan RTM? Bukan TV3? Bukan Utusan Malaysia? Bukan Berita Harian ka? Memang banyak blog-blog yang membuat cerita kes mamak azeez tu, tapi semua menafikan yang mamak tu kena pukui? Awat sampai la ni tak dak pun gambaq dia kena pukui tu? Mana dia, tunjuk la mai kalau ya mamak tu kena pukui ....

Jadi sapa sebenarnya yang putaq alam? Blog-blog atau media arus perdana hangpa yang buat cerita pembohong? Depa kata makna UMNO tu ialah Umno Menipu No One ... dari pertubuhan nya sampai lah ke media-media yang dimiliki nya ... chek kene tau tu ya ..

Satu lagi chek Shimah kata blog-blog ni boleh mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam ... Awat chek Shimah tak pi jumpa Najib sebelum nak kata blog mencemar Islam ... Pi jumpa Najib minta Najib suruh bini dia tu pakai tudung dulu. Tak ker mencemar negara Islam apabila isteri PM nya tak pakai tudung, kadang-kadang kalau pakai pun nampak jamboi ...

Lagi malu chek shimah oi bila najib bawa bini dia pi merata dunia lebih-lebih lagi bila pi melawat negara Islam, orang sana tengok bini PM Malaysia (dari parti UMNO yang juga najib kata parti Islam) tak pakai tudung. Menutup aurat tu WAJIB chek shimah ai dalam Islam. Jangan jadi macam Sisters In Islam ....

Dan lagi chek shimah ai, anak bekas PM mahadet yang pi beli saham dalam syarikat minuman keras di Filipina tu tak cemar negara Islam ka?

Kalau nak bercakap bab-bab cemar Islam di Malaysia ni chek shimah ai, 44 hari 44 malam cerita pun tak habis. Jadi sebelum chek shimah nak kata blog atau laman web yang cemar Islam di negara kita ni, chek shimah kena tengok geng-geng chek shimah tu dulu ... UMNO BN. Pebetoi puak-puak tu dulu baru chek shimah pebetoi blog-blog ni.

Rasuah tu tak cemar Islam ka? Yang hangpa berhari-hari siang malam pi berkampong kat Port Dickson baru-baru ni berkempen untuk Isa Samad yang dah SAH kaki RASUAH tu juga tak cemar Islam ka.

Iskh ni yang kata tak akan habis kalau nak bercerita bab cemar Islam di Malaysia ni. Chek shimah pikir sendiri lah. Saya tak larat nak taip kalau nak ikutkan belambak yang nak di keluarkan.

Dan tentang blog-blog ni, tang mana pulak yang mencemar Islam nya chek shimah? Tapi mungkin ya juga macam blog Parpukari - House PK - yang ikut sedap mulut dia saja bila buat artikel ... mungkin cheh shimah tengok blog ni la kot ya ... Tapi blog tu penyokong UMNO BN untuk pengetahuan chek shimah ai. Cuba chek shimah mai tengok blog-blog sebelah sini, blog-blog Pakatan Rakyat, saya rasa tak dak lagi la blog yang boleh mencemar Islam ...

Lain kali kalau chek shimah nak bawa usul mai perhimpunan pun bawa lah usul yang lebih bernas, lebih mantap untuk dibahaskan yer, kalau setakat kes blog-blog ni saya rasa kecik sangat lah kes nya ...
Salam dari Pak Awang Kepala Batas

19 July 2009

PakAwang kepada DPP Kubang Pasu

Assalamualaikum,
D'lloyd, sebuah kumpulan muzik 60an dari Indonesia telah mengadakan konsert di Stadium Negara, Kuala Lumpur. PakAwang dah tak ingat tahun berapa. Pasai dah lama sangat. Demi minat, lagi pun D'lloyd ni tak pernah mai Malaysia, PakAwang bersama isteri telah turun ke Kuala Lumpur semata-mata nak tengok persembahan mereka.
Sambutan menggalakan. Penuh stadium. Memandangkan D'lloyd adalah kumpulan muzik 60an, jadi yang mai tengok tu pun semua dah beranak-pinak. Sebab minat punya pasai, ada yang sanggup bawa anak kecik, mungkin sebab tak dak orang gaji dirumah kot. Boleh kata 99% yang masuk stadium malam tu semua dah berumur, dah kahwin dan mungkin juga ada yang dah bercucu. Tak nampak pun PakAwang budak-budak muda, mat rempit, pakwe makwe, marka.
Kesimpulan, yang mai tengok konsert D'lloyd malam tu semua yang dah berakai, boleh fikir sendiri dah. Dah tua-tua belaka.
Maaf la PakAwang ni tak pandai sangat, maksud PakAwang, pakAwang mengaji tak tinggi bab-bab agama ni. jadi PakAwang agak musyhkil pasai apa Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu membantah sangat penganjuran Konsert 60an yang bakal diadakan di Laguna Merbok, Sg. Petani bersempena dengan Festival Kedah Sejahtera seperti yang tersiar di Kedahlanie kelmarin (semalam).
PakAwang tak nafikan, sesetengah konsert yang dianjurkan memang boleh mendatangkan kemudaratan kepada penonton. Tengok pada artis yang diundang. Siapa depa?. Memang penonton akan terikut-ikut dengan lagak gaya persembahan di atas pentas. Kalau artis diatas pentas berlagak kurang ajar, penonton pun akan ikut serta. Tapi PakAwang tengok artis yang depa nak bawa mai di Laguna Merbok nanti adalah seperti J Sham, L Ramlee, dan A Halim. Semua artis-artis ni dah bercucu, tua lagi dari PakAwang ni. PakAwang kenai sangat dengan L Ramlee tu, penah kerja di Pusat Kesihatan Kepala Batas. J Sham pula pensyarah musik. A Halim ni pakAwang kenai la dia tapi dia tak kenai PakAwang pasai dia duk jauh, di JB.
Kalau tak silap PakAwang, TGNA pun pernah membenarkan satu Konsert diadakan di KB baru-baru ni. Dah tak ingat tarikh. Ada Mawi ada Siti Norhaliza ada Amy Search ada Ringgo (yang dah pun sertai PAS).
Apa yang pakAwang nak habaq kat Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu, jangan lah kita terlampau berkasar dalam bab-bab macam ni. Beri lah sedikit ruang untuk anak-anak muda mendekati PAS. Tindakan DPP Kubang Pasu ni macam nak menidakan kehendak anak muda. Jadi macam mana kita nak mendekati mereka? Jangan lah berulang kembali "PAS hanya untuk pak pak lebai dan pak pak aji", pemahaman yang tersemat di kepala anak muda (termasuk pakAwang) suatu ketika dulu .... Tapi kini dah berubah.
PakAwang sekadar meluahkan rasa. Maaf andai terkasar.
Hidup PAS, Hidup PAKATAN

18 July 2009

Kisah Pak Awang dari Kepala Batas - 1

oleh: PakAwang

Assalamualaikum semua.

Ni Pak Awang. Dari Pulau Pinang. Negeri Pak Lah ni. Duduk pun di kawasan parlimen Pak Lah. Pak Awang tak yah cakap la duk tang mana, nanti hangpa boleh cari. Kot-kot la ada apa yang pak awang nak cerita ni kena batang idung hangpa semua.

Apa yang pak awang nak cakap ni adalah pasai negara kita la ni. Dah jadi macam negera tak dak undang-undang dah jadi nya. Bukan tak dak undang-undang. Undang-undang tu ada, tapi bagi puak-puak yang sepatutnya kerja kuatkuasa undang dah amik undang-undang buat macam harta bapak depa. Bila dah buat harta bapak depa, maknanya depa boleh buat apa saja. Depa boleh buat sesuka hati depa lah. Bila dah undang-undang jadi harta bapak depa, depa dah jadi keras kepala. Apa aku nak takut, harta bapak aku kan ... kalau apa-apa terjadi bapak aku ada. Bapak aku akan mai selamatkan aku.

Dah lama pak awang dok tengok bab-bab orang yang patut menguatkuasakan undang-undang ni sikit pun tak takut pada undang-undang. Mungkin depa ingat pasai undang-undang ni depa yang buat jadi depa tak takut. Kita pangkah depa masa mengundi (pilihanraya) hantar depa pi parlimen untuk buat undang-undang untuk menjaga rakyat, jaga negara tau tau depa yang tak kisah pasai undang-undang. Mungkin juga kot pasai depa ingat undang-undang depa yang buat jadi depa nak takut apa.

Tapi bukan setakat yang buat undang-undang di parlimen saja yang tak takut pada undang-undang, puak-puak yang di bawah ni pun tak takut juga. Sebab apa depa ni tak takut? Sebab depa ada bapak depa di atas yang duk jaga depa. Bapak ni pula kena lah juga jaga anak-anak kat bawah ni, pasai bapak depa pun tak betoi juga. Bapa depa ni pun perangai tak berapa elok juga. Katanya bapa depa juga pernah dituduh merogol seorang artis. Tapi pasai dah bapa, walau pun masa tu belum jadi bapa sebenar lagi, baru anak-anak buah kepada seorang lagi bapak, tapi pasai anak buah kesayangan, bapa dia masa tu tak mau malu, jadi kes ni diam macam tu saja sampai hari ni.

Puak-puak ni rasa macam depa berada atas pada undang-undang. Depa kebai (kebal). Tak dak sapa yang boleh tangkap depa, dakwa depa. Seolah-olah apa depa buat semua betoi (betul). Bukan macam orang bawah-bawah ni, curi teloq (telor) ayam sebiji pun .. - sebenarnya bukan dia nak curi, dia ambik saja dah terjumpa di luar lau (reban) ayam. Entah macam mana si ibu ayam sekoq (seekor) ni dah beteloq (bertelor) di luar lau (reban ayam) ... ha dah kena bawa pi balai. Kes curi teloq (telor) ayam sebiji. Riuh sekampong. Anak tok cha tu polis bawa pi balai pasai curi teloq (telor) ayam piah uduh. (Tapi bukan pak awang yang curi, ada la budak-budak kampong ni) Ha tu dia beza kita orang bawah dengan orang-orang yang ada kuasa di negara malaysia kita sekarang ni. Curi teloq ayam kena tangkap. Bunuh orang boleh buat tak tau saja. Kah kah kah.

Pak awang dulu jadi orang umno. Tapi pasai pak awang sekolah sampai tingkatan 3 saja, sampai ke mampuih lah (tapi alhamdullillah ada sampai hari ni tak mampuih lagi) pak awang jadi ahli biasa saja. Tapi pak awang pun tak pernah harap pada pangkat tu. Mengarut. Nak dapat pangkat ni kena kuat ampu bodek. Pak awang tak reti semua tu. Mungkin juga pasai pak awang tak pernah ada angan-angan nak jadi menteri kot, jadi tak payah lah nak bodek-bodek ni.

Ada la budak kampong jiran pak awang ni, sekolah sampai tingkatan 5 saja. Mula kerja di Kuala Lumpur lepas tu balik mai kerja di Bagan (Butterworth). Pak awang tak tau la apa kerja dia sebenarnya. Tapi kalau dah belajar pun sampai tingkatan 5 saja, paling-paling tinggi setakat kerani saja la kot. Masa balik mai bagan ni dia masuk umno. Kuat bodek ampu punya pasai boleh sampai jadi setiausaha bahagian. Dan kerana kipas dia kuat, katanya bukan pakai kipas lagi, tapi dah guna airkon. maka dapat gelaran Dato'.

Ni yang pak awang duk garu kepala. Apa khidmat bakti dia pada orang-orang setempat yang sampai dia boleh dapat Dato' tu. Pak awang tak nampak apa-apa pun. Tapi tak pa itu rezeki dia, dia pandai ampu pandai bodek. Dia dapat lah. Kalu pak awang jumpa dia pak awang tak panggil Dato ... pak awang panggil nama saja. Satu sebab kenai (kenal) dari kecik, yang kedua Dato' yang dia dapat tu macam tak dak apa-apa erti pasai Dato' bodek, bukan Dato' kerana berkhidmat pada rakyat. Huuuh

Iskh dah melalut pulak. Ooopsss

Berbalik pada cerita orang-orang yang buat undang-undang dan orang-orang yang rapat dengan depa. 1Malaysia dah tau depa-depa tu cuma tak dak cop saja di dai (dahi) saja, AKU KEBAI (kebal). Tapi ada satu kes ni, mungkin pasai ramai orang dah mengamuk rakyat dah nampak yang si mamat ni yang punya kerja, akhirnya orang no 1 (yang dah pun tak kerja lagi) agensi pengutkuasa ni disabitkan juga kesalahan dia. Ini mungkin setakat nak bagi rakyat kata uih baguih (bagus) nya kerajaan kita ni. Dengar cerita walau pun perkhidmatan mamat ni telah ditamatkan oleh Yang Di Pertuan Agong, tapi katanya elaun-elaun dan pencen nya tetap diterima. Maaf kalau apa yang pak awang tulis ni tak berapa betoi (betul). Hangpa cari la yang betoi.

Ni sejak dua tiga hari lepas hingaq (bising) satu malaysia, kalah kes MU mai malaysia pasai seorang setiausah politik adun seri kembangan di selangor yang dijumpai mati di ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam. Ni apa cerita ni SPRM. Hangpa siasat ke hangpa nak bunuh orang ... ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive