Salam buat semua dan selamat pagi
Lepas pekena secawan kopi dengan 2 keping roti canai kat kedai che abang ni, pak awang belek-belek lah surat khabar hari ini, Utusan Malaysia. Walau pun pak awang tak berapa suka sangat cara puak-puak ni buat cerita tapi pasai nak tau apa cerita depa dok melalak kat kuala lumpo tu, kan najib dengan kaum kerabat 1malaysia tengah habiskan beras di pwtc tu. Mesyuarat punya mesyuarat balik kampong masing-masing perangai duk macam tu jugak.
Pasai apa yang pak awang kata habiskan beras, ... sebab yang ramai pi tu bukan nak pi mesyuarat sangat tapi nak pi shooping saja. Tengok la bila balik nanti, kalau yang pi dengan kereta akan penuh la tempat simpan barang tu, kalau yang dengan bas pun sama, silap-silap ruang bejalan dalam bas pun akan penuh dengan barang-barang. Yang duk dalam dewan ramai yang tidor, bukan depa dengar sangat pun apa yang tok-tok ketua dok cerita di atas pentas. Itu lah perhimpunan agong umno. Tak percaya pi la jenguk-jenguk kat chow kit tu, pagi-pagi ni mungkin kurang sikit, tapi kalau sebelah petang membawa ke malam nya boleh tengok la ... chow kit akan dipenuhi dengan warna merah, bukan FRU tapi orang-orang umno.
Belek punya belek surat khabar ni ada la satu dua tajuk berita yang pak awang teringin nak ulas sikit. Satu, pasai ketua umno bhg putatan ni kata UMNO kini punya sikap 3 "L" - Apa dia 3 L tu? ... Lagak, Laga dan Leka, dan pak awang nak tambah 1 lagi L ... Lembu ... jadi umno ada 4 L lah, bukan 3
Memang pun, pak awang setuju sangat dengan apa yang dikatakan oleh Yahya Husin tu ... puak-puak umno ni memang berlagak, suka melaga-laga (sesama depa) dan Leka (kepada rakyat/pengundi). Bagus sangat, pak awang harap juak-juak umno ni terus kan lah dengan perangai L depa tu, mudah-mudahan cepat la sikit depa "padam".
Cerita lagak ni, baik dari mat-mat rempit yang pak awang tengok masa di Bagan Pinang itu hari, bukan main samseng lagi, tambah-tambah yang pakai riben merah di lengan tu, sampai lah ke ketua-ketua cawangan/bahagian, wakil-wakil rakyat depa semua nya bila masuk kampung seolah-olah depa lah yang paling hebat. Menyampah pak awng tengok. Depa akan buat muka kesian, muka 10 sen kata orang KL bila mai masa nak mengundi. Kalau masa lain jangan harap lah. Tu bab lagak.
Cerita laga melaga ni biaq pi kat depa la. Tu cerita sesama orang dalam depa. Berebut nak jawatan. Biar mampuih lah dengan laga melaga depa. Yang tu tak sabit dengan kita. Mai tang Leka ni, kita yang kena. Depa leka. depa tak kisah dengan pengundi-pengundi bila depa dah dapat jawatan. Dapat projek. Depa lupa dengan pengundi yang menaikkan depa dulu. Itu lah sikap-sikap kebanyakan pemimpin-pemimpin umno karat sekarang ni, yang diakui oleh orang umno sendiri. Bukan pak awang yang kata, tapi orang depa.
Dan yang satu lagi yang menarik perhatian pak awang ialah kenyataan ini ...
Wakil Pemuda Umno Muhammad Suffian Awang mencadangkan agar syarikat-syarikat telekomunikasi membantu menyebar maklumat tentang usaha murni kerajaan membantu rakyat kepada masyarakat khususnya golongan muda menerusi SMS.
Beliau berkata telefon bimbit yang sudah menjadi nadi kehidupan generasi muda sekarang adalah alat penyebaran maklumat yang cukup mustajab khususnya melalui SMS. -
Depa rasa tak cukup lagi pembohongan depa melalui TV surat khabar, la ni depa cadang pulak nak guna telefon bimbit untuk teruskan penyebaran pembohongan penipuan mereka kepada rakyat, khusus kepada orang-orang muda. Pasai apa depa nak buat macam tu? Pasai budak-budak muda sekarang ni dah menyampah dengan umno ni, dah tak pandang pun. Yang depa bawa mai kat Bagan Pinang itu hari mungkin budak-budak estate yang tak dak kerja, bila ditawarkan 50 ringgit kira dah besar la. Dapat baju 2 helai, riben merah satu, konon "komando" lah tu ... kesian melayu pekena melayu untuk kepentingan seseorang.
"Pak awang, hang tak pi market lagi ka, duk nagadap paper tu sampai petang la oooiii, jom-jom pi tengok ikan ....." jerit Man karan pada pak awang.
Kita sambung lagi petang nanti ya, pak awang nak pi market sat nak cari apa yang patut untuk hari ni. Bini duk tunggu nak masak ni.
Salam dari Pak Awang
No comments:
Post a Comment