oleh: Mahaguru58
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Baru baru ini saya dijemput Ketua Penerangan PAS Selangor Saudara Roslan Shahir Mohd Shahir @ Roslan SMS untuk menghadiri majlis dailog ulung kali Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr.Hassan bin Haji Ali bertempat dikediaman beliau berdepan Masjid Al Ghufran d Pinggir Taman Tun Dr.Ismail.
Turut hadir bersama saya pada malam itu adalah Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, seorang ahli Muslim Bloggers Alliance.Saya lah yang memanjangkan jemputan kepada beliau diatas permintaan Saudara Roslan SMS untuk saya menjemput sama ahli ahli MBA.Tidak timbul soal bahawa Akhramsyah adalah Ketua Pemuda Cawangan UMNO Bendang Baru, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.
Bukannya Roslan SMS atau Dato Dr Hassan Ali yang menjemput Akhramsyah secara terus.Mereka tidak bersalah diatas jemputan itu. Harap jelas tentang perkara ini. Takkan Dato Dr Hassan Ali atau Roslan SMS nak menghalau tetamu blogger yang hadir? Jemputan terbuka!Maka kena lah terima siapa sahaja yang hadir.Sebenarnya saya telah menjemput ramai bloggers lain seperti :
Ahiruddin Atan @ Rockybru,
Zaharin Mohd Yassin @ Sang Kelembai,
Salahudin @ Voice.
Yusri Mohamad @ mantan Presiden ABIM,
Azril Mohd Amin @ Presiden Islamic Outreach ABIM,
Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz,
Zulkifli Noordin (PKR),
Sis Zabrina (MBA),
Syawal Yaacob(MBA),
GOMO (BPN),
Parpukari (BPN).
Rockybru tengah demam selesema - tak dapat datang ~ kirim salam kpd Dato Dr Hassan Ali.
Sang Kelembai sms janji nak datang ~ tak hadir akhirnya.
Voice ~ jawab sms dan telefon kata tak dapat hadir.
Yusri Mohamad ~ tak jawab sms.
Azril Mohd Amin ~ sms kata tak dapat datang - ada urusan lain.
Dato Kamal Amir ~ sms kata mungkin hadir - tak dapat juga.
Zulkifli Noordin ~ jawab telefon kata mungkin datang tapi tak dapat juga.
Sis Zabrina ~ jawab telefon kata teringin nak hadir tapi dah ada program lain.
Syawal Yaacob ~ tak respon langsung!
GOMO ~ tak hadir tetapi telah memanjangkan jemputan saya itu kepada kenalan beliau - 2 orang dari Neutral Daily. Saya terima permintaan mereka untuk hadir setelah mereka menelefon saya dan meminta izin untuk bersama dimajlis dailog tersebut. Roslan SMS dan Dato' Dr Hassan Ali tidak tahu langsong tentang tamu 'bidan terjun' ini. Harap semua faham akan perkara ini. Terimakasih. *
Parpukari ~ tak jawab sms langsong dan tak hadir.Mungkin jika kesekelian
... seterusnya di MAHAGURU58
2 comments:
Apakah tindakan kepada mereka yang terlibat dengan kemelut UG lebih ringan daripada golongan pro syiah dulu? Tindakan yang dikenakan mencerminkan persepsi PAS terhadap taraf syiah dan UMNO di sisi PAS.
Diharap pihak yg menjemput Maharaja69 tu memberi penjelasan samada memang betul apa yg ditulis oleh penulis blog itu atat itulah satu pembohongan. Jika betul maka perkara ini amat teruk buat Parti tp kalau pembohongan maka pihak yg menjemput penulis blog itu memang mempunyai agenda yg tersendiri. Tp kalau di nilai dr segi blog Maharaja ni saya lebih menganggapnya sebagai berita dari seoranf yg fasik...biar diteliti dahulu dari dipercayai! Susuah nak percaya ttg sumpah utk menceraikan isteri kalau lompat parti sebab begitu ramai wakil2 rakyat pas, bekas2 pemimpin PAs yg keluar dari PAS takde pun bawak cerita ini? Hassan Ali dan Nasa yg tipu atau Maharaja69 yg tipu atau ????
Post a Comment