02 October 2009

SIS dan JAG - ‘Tolak hukum Islam murtad’ : Harussani

Oleh Maiamalina Mohamed Aminmaiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Kalau kita menolak hukum Islam, itu murtad namanya,” tegas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengulas cadangan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dianggotai Sisters in Islam dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain supaya hukuman sebat dalam undang-undang syariah dinilai sekali gus dimansuhkan.
JAG yang dibangun atas nama pembela hak asasi manusia sebelum itu menggesa kerajaan menilai kembali dan memansuhkan undang-undang syariah yang menerapkan hukuman sebatan berikutan menurut mereka dianggap mendera selain mencabul prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggapnya kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah.
Mereka turut mendakwa mengikut peruntukan Seksyen 289 Kanun Acara Jenayah menyebut dengan jelas wanita dilarang daripada tindakan sebat sekali gus bercanggah dengan sebatan mengikut undang-undang Syariah yang aktif dijalankan Perlis, Pahang dan Kelantan.
Mengulas isu itu, Harussani berkata, Allah SWT secara terang menyebut dalam al-Quran bahawa apa yang didatangkan dan dihukum Rasullah s.a.w hendaklah diambil sekali gus diikuti, manakala larangannya perlu dipatuhi dan jangan sesekali diamalkan dalam kehidupan harian.
STONE: walaupun akhir-akhir ini aku kurang bersetuju dengan Mufti UMNO ini, tapi untuk kali ini aku menyokong apa yang beliau katakan diatas. Memang patutlah SIS diharamakan. Tindak tanduk badan NGO ini yang pada namanya saja Islam, tapi dari orang-orang didalamnya hinggalah kepada tindakan dan kenyataan-kenyataan nya tidak menunjukkan yang mereke itu Islam. Umpamanya mereka tidak bersetuju yang bertudung itu WAJIB. Mereka meminta agar dimansuhkan undang-undang syariah. Apakah ini Islam?

2 comments:

Liza said...

dalam dok pekat biru-nya, mungkin kemasyuran dah semakin hilang tu yang balik melatah tu... atau kepekatan birunya kembali pudar kerana keinsafan???? cari populariti atau benar2 nak menegakkan hukum Allah? hanya Allah dan TS H yg tahu...

anakpahang said...

Mereka yang duduk di dalam golongan ini namanya macam Melayu, UMNO kata Melayu itu ISLAM.

Kata UMNO sungguh pelik PAS ni mereka boleh bersama dengan DAP.

Cuba buat pengesahan kumpulan SIS yang suruh batalkan hukum sebat tu dan kata bertudung tak wajib ahli PAS ke ahli DAP.

DAP tak pernah bersuara pakai tudung tak wajib.

Jadi jelaslah bahawa puak mana yang boleh dibawa bersama puak mana yang kena tolak.

Mana menteri UMNO yang jaga Islam, tolonglah bersuara sikit pasal perkara ni, mufti UMNO dah kata murtad.Bagaimana menteri agama UMNO ada khilaf lagi ke?

Manalah tau kalau-kalau ada ulama deme yang menyatakan terdapat khilaf ulama pasal perkara ini!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive