10 October 2009

Tamparan buat UMNO - 279 ahlinya sertai PKR di Bagan Pinang - nizar news

Pak Ngah Zainal, bekas ahli UMNO selama 15 tahun menyerahkan 279 borang keahlian PKR kepada YB Azmin dalam satu majlis ceramah di Bagan Pinang malam tadi


Sah. 279 bekas ahli UMNO telah menyertai PKR di DUN Bagan Pinang malam ini.

Pak Ngah Zainal yang sudah 15 tahun berada dalam UMNO malam ini membawa bersama-sama nya 278 lagi ahli UMNO untuk menyertai PKR. Beliau telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada YB Azmin dengan di saksikan oleh TGNA, DSAI, Datuk Kamarul Bahrin, YB Titiwangsa Dr Lo Lo, Bendahari Agung PKR William Leong, Che Gu Bard, Shamsul Iskandar dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat.

Upacara penyerahan borang tersebut saksikan oleh kira-kira 2,000 penyokong yang membanjiri sekitar rumah Pak Ngah Zainal untuk mendengar ucapan dari pemimpin tertinggi PR.

Acara dimulakan dengan ucapan oleh Prof Shahril dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO dan diikuti dengan Dr Lo Lo, Sdra William Leong, calon Pas Bagan Pinang, Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin dan DSAI dengan seterusnya menerima borang permohonan keahlian dari Pak Ngah Zainal.

Selepas menerima borang-borang keahlian baru dari Pak Ngah Zainal, DSAI meninggalkan majlis untuk ke satu lagi ceramah di Bt 9 Jln Pantai, iaitu di Bangunan DAP. Selepas DSAI, TGNA pula mengambil tempat dengan pesanan-pesanan nya yang cukup memberi erti buat yang mendengar.

Alhamdullillah, setakat jam 11.15 semasa saya meninggalkan majlis, segala-galanya berjalan dengan lancar, tanpa ada lagi gangguan dari samseng-samseng seperti apa yang berlaku malam tadi semasa ceramah di markaz Ulama'.

para pimpinan Pakatan Rakyat
antara hadirin yang begitu ramai

Dr Lo Lo

calon Pakatan Rakyat - Sdra Zulkifli

Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul

DSAI sedang berucap
Pak Ngah Zainal selepas menyerahkan borang

Pak Ngah memberi sepatah dua kata

TGNA dengan nasihat yang cukup bermakna buat pengundi Bagan Pinang

2 comments:

Putra IJ80 said...

Yg pasti berita kemasukan ini tidak ada dalam akhbar Perdana.,Berita Perdana,TV perdana.,apa lagi dlm TV tiga suku dan sealiran dgn nya.

Kita dah banyak belajar dari sejarahnya.

freefingers said...

279 ahli umno sertai PKR?
Lawak ke apa. Tapi yang penting Pakatan Pembangkang kene tampar dengan pengundi Bagan Pinang. Hidup BN.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive