09 October 2009

Samseng Umno BN cuba mengganas lagi ... nizar news


Berhampiran Markaz Ulama' PAS Bt 3 Jln Pantai, samseng-samseng Umno cuba membuat kacau lagi malam tadi. Mereka meminta agar khemah-khemah peniaga disepanjang jalan berhampiran masjid ditutup/diturunkan, dengan memberi masa 1 jam untuk semua khemah-khemah tersebut dibuka. Mereka akan merobohkannya seandai khemah-khemah tersebut masih berada disitu selepas jam 11.10.

Polis menutup laluan dari persimpangan masjid masuk ke Markaz Ulama'. Mereka (samseng-samseng umno) terus membuat provokasi di hadapan penyokong-penyokong pas yang hanya melihat akan tindakan tak bertamadun tersebut.
Menurut kata che gu Bard dalam ucapan nya, Kg Bagan Pinang ini, adalah antara kubu kuat umno suatu ketika dahulu.

cheGu Bard sedang berucap

Tapi dengan kehadiran anggota polis yang ramai percubaan untuk membuat kacau itu dapat dipatahkan.

sebahagian dari orang ramai sedang mendengar ceramah che gu Bard
kepala samseng gambar dalam bulatan

Pada masa yang sama , Markaz Ulama' sedang mengadakan ceramah nya. Antara penceramah, cheGu Bard dan Ustaz Haron Din.

FRU terpaksa membuat dua benteng bagi memisahkan antara penyokong PAS yang sedang mendengar ceramah dengan samseng-samseng Umno yang ingin membuat kacau.


Sehingga jam 12 malam sewaktu saya meniggalkan kawasan tersebut, tiada sebarang kejadian buruk berlaku. Anggota polis terus berkawal.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive