07 October 2009

Teori RAHMAN akan menjadi kenyataan : Najib PM BN terakhir - nizar news


Rakyat Port Dickson, khususnya Bagan Pinang 'faham' mengapa Tan Sri Isa Samad tetap dipilih sebagai calon pilihan raya kecil Bagan Pinang walaupun dikritik banyak pihak termasuk mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Naib Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, pemilihan bekas Menteri Besar itu sebagai calon menunjukkan Najib ada agenda tersendiri sehingga membakulsampahkan nasihat mentor politiknya sendiri.

Dalam majlis ceramah, Azmin bertanyakan ribuan penyokong sama ada mereka memahami mengapa Najib tetap memilih Isa sebagai calon.

"Khalwat," laung penduduk tempatan yang hadir pada majlis itu. Azmin langsung tidak menyentuh perkara itu, sebaliknya meminta rakyat menolak Isa kerana bekas Naib Presiden Umno yang digantung tiga tahun itu, terpalit dengan imej sebagai perasuah.

“Inilah sikap tolong menolong dalam Umno-Barisan Nasional (BN). Engkau tolong aku, aku tolong engkau; engkau tutup kes aku, aku tutup kes kau. Inilah semangat muafakat yang paling kental dalam Umno-BN," kata Azmin lagi.

Azmin menyifatkan Mahathir sebagai insan paling sedih dan muram pada hari berkenaan kerana berulang kali datang ke majlis Aidilfitri Negeri Sembilan beberapa hari sebelum pengumuman itu, tetapi nasihatnya tidak diendah.

“Dr Mahathir beritahu jangan pilih bahan yang dikitar semula. Dr Mahathir mengingatkan, jangan pilih orang yang rasuah tetapi Umno-BN akhirnya mengemukakan calon simpanan terbaik mereka, Isa Samad,” sindir Azmin.

Sambil menyifatkan pemilihan Isa sebagai satu penghinaan Umno kepada rakyat Bagan Pinang, beliau berkata, parti itu tidak belajar dari kesilapan dengan menonjolkan calon yang disabitkan dengan kesalahan politik wang.

“Hebat Umno sekarang, orang yang bergelumang dengan rasuah politik wang hari ini diangkat didewa-dewakan hendak menjadi calon di Bagan Pinang. Ini membuktikan sekali lagi dalam Umno daripada muda sampai tua semuanya bapa rasuah dan penyelewengan belaka.

“Ini penghinaan kepada kemulian orang Bagan Pingan. Orang Permatang Pasir sudah tolak Pemuda Umno yang rasuah. Kali ini, angkat lagi calon yang bergelumang dengan rasuah. Umno cuba menghina pengundi pos. Ayuh, orang Bagan Pinang tolak Umno pada 11 Oktober depan," katanya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata, pemilihan Isa membuktikan Najib tiada keinginan menghapuskan rasuah seperti yang dilaungkannya hingga menyebabkan rakyat menggeleng-geleng kepala.

“Satu daripada enam KPI ialah membanteras rasuah. Tapi, (Najib) meletakkan seseorang yang terlibat dalam politik wang, mewakili Umno-BN. Ini maknanya, Najib bukan mahu menghapuskan rasuah," katanya.

Beliau optimis betapa kegagalan Umno-BN mempertahan kerusi Bagan Pinang, bakal menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri BN yang terakhir, selaras dengan teori politik negara - 'RAHMAN' - TVA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive