Saya teruja juga kerana sebelum ini saya mendengar rakan-rakan saya menyertai program ini sebagai panel dan membincangkan topik-topik hangat tentang politik tanah air. Gambaran saya ialah program Hujah TV9 sememangnya mahukan pandangan yang kontroversial supaya penonton dapat melihat kelainan dari program TV1 Debat ataupun forum Awani dari Astro ...
Tajuk “Perbalahan dalam PAS” jika salah dihurai akan jadi masalah besar kerana melibatkan soal dalaman parti. Dalam kepala saya, bagaimana nak menghuraikan soalan-soalan panas hos yang memang pandai menimbulkan provokasi. Saya difahamkan seorang lagi ialah Hanipa Mydin, sahabat saya dalam Jawatankuasa PAS Pusat — seorang peguam yang berjaya dan vokal dalam pandangannya.
Banyak lagi soalan yang tak perlu saya sebut satu persatu walaupun terus terang saya katakan program Hujah TV9 dengan tajuk yang diberi ada sedikit tekanan untuk saya sedangkan dalam tajuk lain saya sertai seperti Debat dan Hujah Awani, perasaan itu tidaklah membimbangkan.
Artikel penuh DI SINI
No comments:
Post a Comment