PETALING JAYA, Nov 11 — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui ada individu-individu yang pernah membiayai beliau untuk menunaikan haji dan ada yang mahu berbuat demikian tahun depan.
Beliau tidak menganggap ia sebagai satu bentuk rasuah.
"Orang nak bawa saya pergi ke Mekah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Mekah, jarang belanja saya sendiri.
"Orang tolong bayar. Semua orang berebut (untuk membiaya saya ke Mekah)," kata beliau di Kota Bharu semalam.
Kelmarin beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menantu beliau, Mohd. Ariff Fahmi Abdul Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan yang dikatakan berlaku dalam perbadanan tersebut.
Mursyidul Am PAS ini berkata, beliau bersedia untuk menerima tawaran untuk mengerjakan haji daripada sesiapa sahaja asalkan tidak menyalahi undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Kata Nik Aziz, sebelum ini pun beliau jarang mengunjungi Mekah dengan pembiayaan sendiri memandangkan ada sahaja individu yang ingin membawanya ke Tanah Suci.
Bagi menggambarkan betapa ramai yang merebut-rebut untuk membiayai beliau, Nik Aziz menambah, seliparnya selalu diambil orang.
"Selipar saya pun orang ambil. Dia kata bukan curi tapi nak ambil berkat.
"Selipar saya di rumah saya tak boleh letak bawah, letak habis tak dok (hilang)," kata beliau dipetik Sinar Harian.
Tambah Nik Aziz, sudah bertahun-tahun beliau diminta oleh orang-orang tertentu untuk pergi ke Mekah dengan kosnya dibiayai mereka.
"Bertahun-tahun saya diminta oleh orang tertentu untuk pergi ke Mekah. Tahun ini dua orang nak hantar (saya) ke Mekah," katanya lagi.
Menteri Besar Kelantan ini mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengatakan beliau akan ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji tahun ini dengan ditaja oleh individu tertentu.
Dakwaan itu menyebut Nik Aziz akan ditaja menunaikan haji dengan tiket VVIP yang kosnya mencecah RM65,000 seorang.
Bagaimanapun Nik Aziz menjelaskan, ia tidak boleh disamakan dengan satu bentuk amalan rasuah.
"Biar tentu dulu... kalau tentu rasuah, saya tolak. Biar tentu rasuah benda apa. Dia nak bawa, dia nak bayar tambang.
"Alasan dia nak bawa saya, saya tidak tahu. Tahun depan pun ada lagi yang nak bawa (saya)," jelas beliau. - TMI
4 comments:
kalau kena kat tok guru kau tak rasuah, kalau kena kat orang lain kira rasuah. mabuk punya parti.
masuk le pati yg dapat....smua pati pun ok...sape nak larang, itu pun bengap sgt ke nak pikir
khianati anak bini salah tetapi khianati org ramai ok,,,,cntek punya mupti hruscunni
kalau tu 1 bentuk rasuah, aku rasa eloklah diamalkan oleh semua orang UMNO juga...sebab PAS boleh gi haji/umrah buat lebih ibadah/taubat...Tentu ramai orang & pemimpin UMNO akan dapat 'rasuah' gi haji tu..tak ler asik-asik 'rasuah' rombongan ke Golok, Hatyai, Phuket, Medan saja...hehe...fair eh?
Pasni SPRM pun tak payah sibuk nak siasat rasuah dlm bentuk sponsor gi haji..sebab dah ditentu 'halal' & semua pun nak merasa dapat...daripada depa (sponsor) bagi duit beribu-2 atau berjuta RM, baik depa tolong sponsor pemimpin UMNO, pAS, PKR yg Islam gi buat haji...sama-sama dapat pahala? hehe
Post a Comment