03 November 2009

Kuala Lumpur tempat transit pengganas antarabangsa

KUALA LUMPUR: Enam orang suspek yang dipercayai mempunyai rangkaian dengan Kumpulan Al-Qaeda telah ditahan dalam satu serbuan oleh pihak berkuasa malam Jumaat lalu ketika mereka sedang mengadakan pertemuan di sebuah hotel lima bintang di Jalan Ampang di sini.

Sumber-sumber memberitahui mStar Online, keenam-enam yang ditahan itu adalah warga asing dan berasal dari negara teluk.

Serbuan tersebut telah dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia dengan pemerhatian dilakukan oleh para pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kata sumber itu lagi, selepas keenam-enam suspek tersebut disoal-siasat mereka terus dihantar pulang ke negara masing-masing 24jam kemudian.

Tindakan itu dilakukan sebagai satu langkah pencegahan bukannya satu tahanan jenayah atau politik kata sumber tersebut.

Pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen boleh menghantar pulang (depot) mana-mana warganegara asing tanpa perlu memberi sebab atau sebarang alasan untuk berbuat demikian.

“Dalam kes Jumaat lalu, pihak berkuasa dari pelbagai jabatan telah melakukan pemerhatian dari jam 9 pagi sebaik sahaja keenam-enam suspek memasuki hotel berkenaan sehinggalah serbuan dibuat pada jam 9 malam hari yang sama,” katanya.

Menurut sumber berkenaan lagi, ketika serbuan dilakukan, tidak ada rakyat tempatan yang terlibat dalam pertemuan itu.

mStar Online difahamkan, Kuala Lumpur dijadikan tempat transit untuk kumpulan ini mengadakan pertemuan. - mStar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive