PUTRAJAYA: Seorang Ahli Parlimen berusia 50-an, Abdul Rahman Bakri (BN- Sabak Bernam) bersama lima lagi menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, membabitkan tujuh pertuduhan rasuah dan pecah amanah.
Menurut kenyataan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), wakil rakyat di Selangor itu bakal didakwa di mahkamah berkenaan bersama pembantunya mengikut Seksyen 11 (c), Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.
Ahli politik itu ditahan atas kesalahan mengemukakan invois mengandungi butiran palsu ketika beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan.
Manakala, pembantu beliau ditahan atas kesalahan bersubahat dengan wakil rakyat berkenaan dalam membuat tuntutan bagi program sama.
Sementara itu, SPRM turut menahan bekas pembantu khas Exco Kerajaan Negeri Selangor yang akan menghadapi pertuduhan mengikut akta sama dan Kanun Keseksaan.
Sementara itu, SPRM turut menahan bekas pembantu khas Exco Kerajaan Negeri Selangor yang akan menghadapi pertuduhan mengikut akta sama dan Kanun Keseksaan.
Beliau akan dituduh terhadap kesalahan mengemukakan invois mengandungi butiran matan palsu kepada Pejabat Daerah Sepang bagi membekalkan barangan sempena program Hari Kemerdekaan 2008, tetapi tidak dibekalkan.
Menurut kenyataan itu, bekas pembantu terbabit akan dituduh atas dua kesalahan pecah amanah mengikut Seksyen 406, Kanun Keseksaan.
Selain itu, mahkamah sama akan turut mendengar pertuduhan terhadap seorang bekas pegawai Menteri Besar Selangor mengikut kesalahan Kanun Keseksaan.Beliau ditahan selepas disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaaan (GLC) Selangor bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran kerajaan negeri itu yang membabitkan nilai RM50,000.
Sementara itu, SPRM akan menghadapkan seorang pengarah syarikat mengikut Seksyen 11 (c), APR 1997, atas tuduhan mengemukakan invois mengandungi butiran palsu kepada Pejabat Daerah Hulu Langat bagi membekalkan keperluan program di kawasan Dewan Undangan Negeri Teratai, Selangor tahun lalu, walaupun pembekalan itu tidak dilakukan.
- sumber : myMetro/MediaRakyatMalaysia
No comments:
Post a Comment