18 November 2009

Menara Berkembar PETRONAS terbakar

Suasana di hadapan menara 1 dan 2

Kakitangn kedua-dua menara berkumpul di Taman KLCC berhampiran Masjid

Balai POLIS bergerak juga ditempatkan di hadapan menara

Sekitar jam 9.30 pagi ketika aku sedang menikmati nasi lemak di "pantry" pejabat aku di Menara 2, Menara Berkembar PETRONAS, aku dikejutkan dengan bunyi siren kecemasan yang tidak henti-henti.

Tiba-tiba aku dijerit oleh Haji Nazri, rakan sepejabat, "oi bangunan terbakar ... cepat-cepat turun" arahnya. Hj Nazri adalah "floor safety manager" di tingkat aku. Tanpa berlengah, walaupun nasi lemak masih ada separuh, aku bergegas ke pintu kecemasan. Rupa-rupanya dah ramai yang dah pun mula turun melalui pintu kecemasan untuk ke tangga kecemasan untuk turun ke bawah.

Diwaktu kecemasan lif sudah tidak berfungsi kecuali lif kecemasan di tingkat 42 untuk membawa turun kakitangan yang bertugas di tingkat 42 keatas. Untuk kakitangan yang bertugas di tingkat 42 kebawah kenalah menapak turun melalui tangga kecemasan hingga ke lobi. Aku ditingkat 32. Alahai ....

Setiba di lobi kami (semua kakitangan di kedua-dua menara) diarahkan ke tempat berkumpul di Taman KLCC, berhampiran Masjid KLCC. Jam sudah pun 10 lebih. Jalan-jalan disekitar kawasan hadapan menara telah ditutup, di penuhi jentera-jentera bomba, ambulan dan kereta polis. Kami terus ke Taman KLCC untuk "Head Count"

Selepas head count aku berpatah balik ke menara untuk mengetahui apa yang sebenar nya berlaku sambil mengambil sedikit gambar (tak sempat nak bawa kamera, hanya guna hp aku saja) .... Dari seorang Polis Bantuan PETRONAS aku diberitahu ini hanya lah Latihan Kebakaran, yang mesti diadakan setiap tahun .....Emmmm penattttt ....
Aku terus ke food court di tingkat 2 Suria untuk meneruskan sarapan pagi aku ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive