17 November 2009

Lagi ADUN BN di Selangor bakal digantung

Oleh Neville Spykerman

SHAH ALAM, Nov 17 —Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul untuk merujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Satim Diman kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa mengelirukan dewan minggu lalu.

Usul itu dikemukakan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Justeru, Satim menghadapi kemungkinan hukuman digantung dari menghadiri DUN Selangor.
Kini lima ADUN termasuk bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo digantung daripada menghadiri DUN antara enam bulan dan setahun.

Hari ini, Khalid berkata usul dikemukakan selepas Satim yang juga ADUN Sri Serdang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN gagal memenuhi tuntutan agar memohon maaf atas kenyataan beliau Selasa lalu.

Satim sebelum ini berkata beliau tidak risau dengan kata dua Menteri Besar yang mahu merujuknya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan jika enggan menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya.

Khalid memberi tempoh sehingga semalam kepada Satim untuk menarik kenyataan beliau dan memohon maaf.

Satim mempertahankan segala kenyataan yang beliau buat ketika perbahasan DUN.

Ketika sesi perbahasan Selasa lalu, Satim berkata, Khalid tidak layak untuk mengutip hutang Talam Corporation berjumlah RM392 juta kerana beliau sendiri belum menyelesaikan pinjaman RM66 juta yang perlu dibayar kepada Bank Islam - The Malaysian Insider

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive