Bala : (Saya masih berada dalam keadaan keliru & risau terhadap keselamatan keluarga saya. Saya difahamkan selepas saya berjumpa dengan VIP datuk di the Curve bahawa Deepak mempunyai pertalian dengan yang ber’power’ & nasihat itu masih dalam minda saya.
Saya juga terkejut dengan sejauh mana pertalian Deepak menjangkau kerana beliau nampaknya boleh menguruskan hal-hal di negara-negara luar & telah mengatur seorang wanita Thai untuk memohon visa kami di Bangkok. Pada ketika itu saya tidak dapat menjangka apa yang mereka boleh lakukan, oleh itu saya hanya mengikut arahan mereka sehinggakan saya dapat berfikir dengan tenang/jelas sebab saya masih memikirkan keluarga saya & saya tidak mahu mereka dicederakan. [seterusnya]
No comments:
Post a Comment