PETALING JAYA, Nov 13 — Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang kini digantung dari menghadiri Dewan Undangan Negeri sekadar “membahaskan” bajet negeri 2010 dengan melahirkan rasa khuatir ia tidak realistik, sekadar “usaha menutup bangkai gajah dengan nyiru”.
Ketua Pembangkang ini yang digantung selama setahun dari menjejaki kaki di bangunan DUN mendakwa, pentadbiran Pakatan Rakyat hari ini lebih kepada "menang sorak tapi Selangor mungkin tergadai" kerana membuat bajet berasaskan andaian semata-mata, bukannya anggaran.
Katanya, Bajet 2010 yang memperuntukkan RM1.3 bilion walaupun kelihatan anggaran realistik, namun percaya akan ada lagi pembentangan bajet tambahan tahun depan, yang akhirnya memerlukan wang simpanan negeri dikeluarkan tanpa diganti.
"Justeru saya berharap, kerajaan negeri dapat memberi fokus yang jelas kepada usaha meningkatkan kewangan negeri dan pertumbuhan ekonomi bukannya berusaha memburukkan Barisan Nasional (BN) setiap masa sehingga lupa tanggungjawab sebenar. [seterusnya]
No comments:
Post a Comment