10 November 2009

Sultan tiada kuasa pecat Nizar - Peguam



OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”.

Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu.Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak.

Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai budibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan ( b ) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) ... [seterusnya]

1 comment:

Anonymous said...

SAYA RAKYAT MALAYSIA YANG PANDAI SYORKAN LANTIKLAH PERDANA MENTERI ,SULTAN KETUA HAKIM,DAN PEMBESAR MALAYSIA DRI GOLONGAN MANUSIA YG PANDAI DRI SEGI UGAMA DAN EKONOMI.APA LA BODO SANGAT SANGAT HAKIM DAN PM,ISU PERAK PUN TAK BLEH SELESAI.PDN LA EKONOMI MALAYSIA TERUK.NILAI RINGGIT HARI2 TURUN.INI APABILA PEROMPAK MEMERINTAH MALAYSIA.SIAL..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive