08 December 2009

Kerja Pengarah JPJ hanya keluarkan no plat baru?

oleh Pak Awang
Salam dan selamat tengahari
Malam tadi anak pak awang talipon, bagitau pak awang bagaimana nak dapatkan no plat baru di JPJ Wangsa Maju KL Punya la susah katanya sampai kena pi jumpa pengarah. Pak awang mula tak percaya, tak kan nak beli no baru sampai kena jumpa Pengarah. Katanya ya, itu lah yang berlaku di JPJ sekarang ni
No yang anak pak awang nak tu bukan no yang kena tender tu, no. tu mahal-mahal. Dia nak no yang bukan "running no" dan bukan no tender. No yang duk tengah-tengah. Tak berapa mahal dan tak lah murah sangat.
Jadi semalam dia pi lah JPJ Wangsa Maju. Pi tanya kat kaunter pertanyaan tu. Ha katanya kalau nak no macam tu, kena jumpa pengarah sendiri. Pengarah saja yang simpan no tu. Pengarah saja yang boleh keluarkan no tu.
Jadi anak pak awang pun pi lah ke pejabat pengarah. Sampai saja ramai dah yang duk menunggu. Kena daftar nama dengan setiausaha pengarah dan tunggu lah sehingga di panggil. Bila dah di panggil, masuk jumpa pengarah dan bagitau lah apa-apa no yang cari.
Setelah dicari ada lah no yang anak pak awang berkenan. Tak la elok sangat pun no tu, biasa-biasa saja. Daftar dan bayar lah RM350.00.
Itu lah prosedurnya untuk mendapatkan no yang "elok sikit" ni.
Pak Awang sekadar ingin bertanya:
APA KAH KERJA-KERJA MENGELUARKAN NO PLAT BARU NI TUGAS PENGARAH JPJ? TIDAK BOLEH KAH TUGAS SERINGAN INI DI JALANKAN OLEH PEGAWAI LAIN SELAIN PENGARAH...???
Kalau ya pun sebelum ini katanya ada penyelewengan dalam pengeluaran no-no plat baru ni, tak kan la tak dak sorang pun kakitangan JPJ yang boleh dipercayai selain dari Pengarah?
Jangan sampai persepsi orang ramai terhadap JPJ - hanya Pengarah saja yang boleh dipercayai di JPJ?
Kalau Pengarah ke out-station, pengarah tiada di pejabat, maka pengeluaran no. kategori ini pun dah tentu lah terhenti bukan? Senang sungguh depa ni buat kerja ...
Janganlah buat kerja yang menyusahkan orang ramai la wahai JPJ.

6 comments:

Anonymous said...

Tengah praktis nak jadi jin jaga tokong datuk la tu.

Prof. Era Pasca said...

keje part time lak bli no ekoq depa2 nih... heh

jpj said...

1. fitnah itu sudah berdosa
2. bukan semua skop kerja pengarah perlu diwar-war kepada umum
3. untuk mengelakkan penyelewangan. Percayalah,penyelewengan banyak berlaku dikalangan org bawahan.
4. mungkin encik dah lama tak beli kereta, pengarah pegang no plat ni dah lama dah, kalau tak silap, lebih dr 7 tahun.
5. tugas dan amanah dari kerajaan perlu dipikul. walau semudah mana kerja itu,walau sesukar mana, kerja tetap kerja.
6. kalaulah kata-kata tukang komen diatas didengar oleh mereka, andai kata mereka tidak maafkan kata-kata seperti "tengah praktis nak jadi jin jaga tokong datuk la tu" ,"keje part time lak bli no ekoq depa2 nih..",nak cari kat mana minta maaf? akhirat? udah-udah ler mengata org.lebih baik senyap dari mengeluarkan kata-kata yang tidak bermanfaat.

pak awang KB said...

Salam saudara JPJ,
sebenarnya ini bukan fitnah. Ini adalah kejadian sebenar yg terjadi pada anak pak awang. Pak awang sekadar bertanya, apakah tiada seorang pun pegawai-pegawai JPJ yg lain yang boleh dipercayai selain pengarah untuk mengambil alih tugas pengarah (yg sememangnya pak awang tau banyak kerja lain yg patut dilakukan) menyimpan nombor-nombor pendaftaran seperti ini. Memanglah pak awang org kampong tak boleh lah nak beli kete baru setiap tahun, tak mcm encik yg mungkin dapat mendaftar kete baru setiap tahun. kete buruk pak awang ni dah lebih 10 tahun. itu lah satu-satunya kete yg pak awang ada wahai encik jpj

Anonymous said...

Saya baru daftar nombor. Hanya berurusan dengan kerani kat luar sahaja. Hanya nombor yang dalam kategori tertentu sahaja yang perlu dapat kelulusan Pengarah. Walau bagaimanapun mungkin cadangan supaya kuasa itu diperturunkan kepada kerani boleh difikirkan

rakyat biasa tapi matang said...

blog post ini tidak matang. dan tidak cerdik.

sememangnya kes2 khas memerlukan pengesahan orang tertinggi. tidak kira dalam apa2 kerja dan bidang sekalipun.

nak keluar duit dari akaun, kena jumpa bos. nak mintak kurang saman, kena jumpa ketua trafik. nak pilih nombor dengan harga murah rm350 pon sudah semestinya kena jumpa dgn pengarah.

lain kali bikin blog post yg lebih ilmiah ok. jgn hanya pandai komen tanpa berfikir pakai otak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive