18 December 2009

SAH Bung Mokhtar - Zizie Izette berkahwin

KUALA LUMPUR, Dis 17 — Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin “disahkan” sudah berkahwin dengan pelakon Zizie Izette, demikian menurut rakan-rakannya di Parlimen.
Rakan Bung Moktar, Datuk Mohamed Aziz berkata, “terjawablah sudah teka-teki.”

“Saya telah menghubungi kawan saya Bung Moktar, senang cakap mereka sudah selamat.

“Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagian kawan adalah kebahagian kita,” kata Mohamed yang juga Ahli Parlimen Sri Gading ketika ditemui di bangunan Parlimen sebentar tadi.

Beliau menghubungi Bung Moktar di hadapan beberapa wartawan dari ruang rehat VIP ahli-ahli Parlimen kira-kira 3.30 petang.

Mohamed menegaskan apa yang dilakukan oleh Bung Moktar tidak salah dari segi undang-undang, adat dan agama.

“Saya doakan beliau gembira dan saya telah menasihatkan Bung Moktar jangan merahsiakan... biar kawan-kawan berdoa, ucapan tahniah kawan-kawan adalah doa,” katanya.

Dalam pada itu Bung Moktar ketika dihubungi The Malaysian Insider meminta agar jangan buat spekulasi.

“Tak usah buat spekulasi,” kata beliau ketika dihubungi sebelum Mohamed menghubunginya.
“Ini kehidupan orang, jangan buat spekulasi. Cukuplah apa yang saya cakap semalam,” kata beliau sambil menambah, laporan semalam adalah “nakal.”

Bung Moktar ketika dihubungi berada di kawasannya di Sabah.

Bung Moktar juga tidak kelihatan di Dewan Rakyat sehingga tengah hari tadi. Beliau yang jarang elak daripada menghadiri sidang Parlimen tidak muncul semalam.

Hari ini juga adalah hari terakhir sidang Dewan Rakyat kali ini.

Semalam Bung Moktar menafikan desas-desus sudah berkahwin dengan aktres itu.

Katanya, beliau tidak cukup “kacak” untuk berkahwin dengan aktres tersebut.

Ibu Zizie, Khaty Fauziah juga memberitahu kedua-dua mereka belum bernikah dan tidak ada sebarang majlis resepsi dalam waktu terdekat ini.

Menurut Khaty, apa yang dilaporkan dalam laman-laman web semuanya tidak benar dan sebagai ibu sudah tentu beliau paling sibuk ketika ini menyelenggarakan majlis pernikahan anaknya.

Pada masa yang sama, Khaty memberitahu, dia merestui Zizie untuk bernikah dengan sesiapa sahaja lelaki pilihannya termasuk Bung Moktar.

1 comment:

Falinda said...

Kambing tua gilakan pucuk muda..Kambing byk duit mestilah org suka wlaupun muka mcm cekodok penyek..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive