23 December 2009

Solidariti Mahasiswa dedah rakaman ceramah kontroversi BTN esok

Oleh G Manimaran

PETALING JAYA, Dis 23 — Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mendedahkan rakaman audio mengenai pengendalian ceramah Biro Tata Negara (BTN), yang bulan lalu mencetuskan polemik dengan kandungannya dikatakan melahirkan rasa tidak senang di kalangan peserta, esok.

Rakaman itu dipercayai membabitkan ceramah yang disampaikan oleh jurulatih BTN.

“Rakaman ini bukan melibatkan ahli politik tetapi ceramah disampaikan oleh jurulatih dalam kursus BTN,” kata pemimpin SMM Muhammad Hilman Idham ketika dihubungi hari ini.
Kata beliau pihaknya memutuskan untuk mendedahkannya selepas meneliti dengan mendalam kandungan rakaman.

Selain itu, SSM juga akan membawa beberapa peserta daripada kalangan pelajar untuk mendedahkan pengalaman masing-masing.

“Selain rakaman audio, peserta-peserta ini juga akan menyatakan pengalaman masing-masing... akan membuat pengakuan masing-masing,” kata Hilman.

Awal bulan ini SSM memberitahu pihaknya sedang mempertimbangkan untuk mendedahkan rakaman-rakaman itu yang dipercayai mengandungi unsur doktrinasi Umno-BN ekoran pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mempertahankan perjalanannya.

Dalam kenyataannya Hilman berkata, SMM menolak sekeras-kerasnya kenyataan dan pendirian Dr Mahathir bahawa BTN adalah program yang baik, harus dikekalkan serta tidak perlu dirombak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan beliau sebagai rasis kerana mempertahkan kursus dan program BTN.

Hilman yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen, salah satu gabungan SMM, memberitahu gerakan itu menolak pandangan beliau atas beberapa hujah kukuh bahawa BTN adalah program tidak sihat dan tidak bermatlamatkan objektif yang sepatutnya.

Tambah Hilman, SMM berpendirian bahawa BTN harus dimansuhkan terus kerana jelas membawa agenda perkauman yang memecahbelahkan masyarakat serta memanipulasi program ini untuk kepentingan sesetengah pihak. - TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive