17 January 2010

Pakatan ketengah konsep "Malaysia Sederhana" tawan Putrajaya



Oleh Clara Chooi

IPOH, Jan 17 – Lim Guan Eng mengetengahkan pendekatan “Malaysia Yang Sederhana” buat parti itu dan Pakatan Rakyat (PR), usaha yang Setiausaha Agung DAP itu yakin akan menarik pengundi-pengundi berpendirian sederhana untuk membawa ikatan pembangkang peringkat persekutuan tersebut menuju Putrajaya.

Selepas pencapaian dalam pilihan raya umum dua tahun lalu PR kini meletakkan Putrajaya sebagai sasaran mereka yang seterusnya.

Berucap pada Konvensyen Kebangsaan DAP di sini hari ini, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menggesa PR perlu mengambil pendekatan sederhana dan melahirkan Malaysia sebagai sebuah negara sederhana dan lebih bertolak ansur, yang dikenali sebagai “Malaysia Yang Sederhana”.

“Malaysia Sederhana mengutamakan kerjasama bukannya konflik, perundingan berbanding konfrontasi dan sebuah masyarakat inklusif yang sedia berkongsi berbanding masyarakat inklusif yang berasingan.

“Kita tidak mahu (situasi) ekstrem meminggiri dengan pengumuman dan kedudukan yang menakutkan mana-mana rakyat biasa Malaysia,” kata beliau dalam ucapan pembukaan konvensyen yang dihadiri lebih 1,200 perwakilan.

Lim juga menyentuh perjalanan kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui PR sambil menekankan prestasi ini akan menentukan pencapaian pakatan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

“Prestasi kita atau kekurangan yang wujud, di negeri-negeri ini akan bertindak berlawanan dengan kita ataupun membawa kita ke kuasa peringkat nasional. Kita harus bertindak di luar perubahan kosmetik.

PR dibentuk selepas pilihan raya umum ke-13 Mac 2008. Ia menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Selain itu ia juga menguasai 10 daripada 11 kerusi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di samping menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

Kata Lim, PR juga tidak harus berada dalam kuasa hanya kerana pilihan pengundi disebabkan pembangkang tradisi mereka ‘musnah’ ekoran pergolakan dalaman masing-masing.

Justeru dalam ucapannya, beliau menyenaraikan kelemahan dalam kerajaan BN, rampasan kuasa di Perak, kematian setiausaha politik pemimpin DAP dari Selangor Teoh Beng Hock dan kontroversi semasa penggunaan kalimah “Allah”. - The Malaysian Insider

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive